Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk sarapan atau minum petang. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni.
ROTI TELUR SARDIN VIRAL
Bahan-bahan
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 biji cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Resipi oleh Zur Ain Salim dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Parmesan Pastry Bites, Kudapan Enak Yang Tak Jemu Dimakan
Parmesan Pastry Bites, hidangan yang mudah untuk disediakan. Malah, ia begitu enak dimakan ketika panas-panas. Tak sedar habis sepinggan. Memang tak jemu makan. Paling penting, gunakan Keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan ini. Bertambah enak dibuatnya. Anda boleh cuba hidangan ini. Pasti puas hati.
PARMESAN PASTRY BITES
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 keping puff pastry segera
- 100gram Perfect Italiano Parmesan
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Cincangan parsli kering secukupnya
- 1 biji telur – pukul dengan garfu
CARA MEMASAK:
- Potong puff pastry mengikut saiz yang disukai.
- Berus dengan telur di sekeliling pastri.
- Letak 1 sudu makan Perfect Italiano Parmesan di bahagian tengah. Tabur serbuk paprika dan parsli kering secukupnya.
- Susun puff pastri di dalam dulang pembakar.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 10-15 minit atau hingga pastri keperang-perangan. Hidangkan panas.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju, Mudah & Mengenyangkan
Buat anda sedang mencari menu sahur yang sedap dan mengenyangkan, Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju adalah pilihan yang paling tepat. Hanya guna roti berintikan daging keema dan keju lalu bakar. Nak mudah, boleh siapkan daging keema pada waktu malam dan esok pagi boleh terus bakar. Sebagai pelengkap, taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Memang menambat selera kerana ia tidak berminyak dan menambah keenakan dalam hidangan. Anda wajib cuba resipi ini.
BREAD CUP BERINTI DAGING KEEMA BERKEJU
Bahan-bahan:
- 6-8 keping roti
- 200gram Perfect Italiano Perfect Bakes
- Anchor Unsalted Butter
Bahan-bahan B (Daging Keema):
- 400gram daging kisar
- 180gram kacang peas (dalam tin)
- 120gram Anchor Salted Butter
- 2 biji tomato – cincang
- 1 tangkai daun ketumbar – cincang
- 1 labu bawang besar – cincang
- 3 sudu makan garam masala
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 3 ulas bawang putih – kisar halus
- 2sm halia – kisar halus
- Rempah 3 sekawan – ½ batang kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih
- 1 helai daun bay kering
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
Cara Memasak:
- Untuk membuat daging keema; cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih kisar dan halia kisar hingga wangi. Masukkan rempah 3 sekawan tumis lagi hingga wangi.
- Masukkan rempah garam masala, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air lalu kacau rata. Tumis lagi hingga rempah masak.
- Masukkan daging kisar, daun bay dan tomato. Didihkan hingga daging empuk.
- Masukkan kacang peas dan tambah garam secukupnya. Masak hingga semua bahan masak sempurna. Tutup api dan tabur cincangan daun ketumbar. Sejukkan sebentar.
- Sediakan dulang/acuan muffin. Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya dalam acuan muffin. Letak sekeping roti dalam acuan muffin, leperkan sedikit dan kemaskan kelilingnya.
- Letak sesudu inti keema dalam roti. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga roti keperang-perangan. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Cara Pantas Buat Piza Guna Roti Arab. Tak Perlu Uli Doh & Tak Guna Oven.
Tak terasa nak makan nasi? Ini ada cara-cara buat piza yang paling senang! Anda tak perlu susah-susah nak uli tepung dan tak guna ketuhar pun untuk masak. Sangat senang kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari SyazwAni DaRwiny ni. Memang terbaik!
RESIPI PIZA EKSPRESS GUNA ROTI ARAB
BAHAN-BAHAN:
- Roti arab secukupnya
- Sos pasta @ tomato puri
- Sos cili secukupnya
- Mayones
- Mentega @ marjerin
- Keju mozarella
BAHAN TOPPING (BOLEH PELBAGAIKAN IKUT CITARASA):
- Bawang Holland – dipotong dadu kecil
- Sosej – dihiris
- Isi ketam – dihiris
- Cili benggala – dipotong kecil
- Cili merah – dihiris
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti arab dan sapu mentega di kedua-dua belah permukaan roti.
2. Sapu sos pasta. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
3. Kemudian letak bahan-bahan topping dengan rata.
4. Paipkan juga mayones dan sos cili.
5. Taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju, lagi sedap!
6. Akhir sekali taburkan oregano leaves & chili flakes untuk menjadikan rasa piza lebih sedap dan wangi.
7. Masukkan piza ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan dan masak selama 8-10 minit menggunakan api yang paling kecil. Jika besar, dasar roti akan hangus dan tak sedap.
8. Bila keju dah cair, angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: SyazwAni DaRwiny