Roti Tempayan Cheese Super Lembut, Sekali Makan Confirm Nak Lagi

Share

Bosan berbuka dengan nasi dan lauk pauk. Apa kata bawa keluarga berbuka di Roti Tempayan Kassim Baba Roti Tempayan Cheese Denai Alam.

Ruang makan yang selesa memang sesuai bagi anda yang berkeluarga. Terdapat 13 jenis roti tempayan boleh anda pilih untuk dinikmati antaranya (With garlic, Keledek Daging, Nutella dan Milo).

Pendek kata ikut citarasa anda. Makan roti ni tak lengkap tanpa gulainya. Jadi anda boleh pilih gulai kambing, gulai daging cincang dan gulai Ayam serta ayam tandoori. Selain itu restoran ini juga menyajikan kuah dhal dan sambal bilis.

Restoran yang diusahakan bersama adik beradik ini memulakan operasinya sejak 2020. Antara makanan yang menjadi kesukaan ramai ialah Roti Tempayan Cheese yang dimakan bersama gulai kambing dan ayam tandoori. Manakala pilihan yang sering dipesan pelanggan ialah Teh Buih LAVA dan Teh Hijau Buih LAVA.

Hos Makan Di Mana sempat berbuka puasa di restoran ini dengan mencuba Roti Tempayan Cheese yang memang kaya dengan cheese, puas makan. Teksturnya super gebu dan lembut.

Dihidang bersama gulai kambing, gulai ayam dan ayam tandoori.Bagi menu special Ramadan Choleq Kassim Baba turut ada di sini. Biasanya selepas teraweh ramai yang memesan makanan ini. Portionnya yang banyak memang sesuai dinikmati bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Bagi yang ingin mencuba menu di sini bolehlah ke sini.

Lokasi perniagaan:

22, Jalan Elektron F U16/F Denai Alam, Shah Alam

Waktu perniagaan semasa bulan puasa:

4.30pm-12pm

Published by
Putri