Sekali tengok macam roti chicken floss kan, tapi bukan, meat floss pun bukan. Ni resipi istimewa yang dikongsikan oleh kakak cantik Fatin Damia.
Selalu udang geragau ni ramuan utama belacan dan boleh dimasuk dalam cucur dan lain-lain. Tapi inovasi resipi dari Fatin adalah menggabungkannya dengan roti yang dibakar lembut.
Berbaloi dicuba ni.
ROTI UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN :
1 1/4 cawan tepung roti
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
120 ml susu full cream suam
1 sudu besar Yis
20 gm Shortening
Bahan filling :
20gm mentega |suhu bilik
1 sudu besar gula icing
1 biji telur gred B
2 sudu besar serbuk santan
1 cawan udang geragau kering
Secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan dan rasa gurih udang.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam dan tunggu lebih kurang 5 minit sampai berbuih.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, garam dan tuang adunan yis tadi dan uli sebati lebih kurang 10 minit dan masukkan shortening dan uli lagi sampai adunan tidak melekat di jari.
3. Rehatkan doh selama 45 minit – 1 jam.
4. Untuk menyediakan filling, gaul mentegadengan gula icing sampai tidak berketul. Masukkan serbuk santan, garam dan juga udang geragau. Gaul sebati dan ketepikan.
5. Setelah doh mengembang, buang angin dalam adunan dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
6. Masukkan filling udang tadi ke dalam doh dan tutup kembali doh. Bentukkan doh mengikut citarasa sendiri.
7. Setelah siap dibentuk, rehakan doh lebih kurang 10-15 minit. Kemudian sapu cairan susu atau air sebelum dibakar.
8. Bakar selama 10-12 minit suhu 170-180 darjah celsius menggunakan api atas bawah. Suhu dan waktu memasak bergantung pada oven masing masing.
9. Setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sapu mentega cair pada permukaan roti untuk mengunci lembapan roti dari menjadi kering.
Siap untuk dihidangkan!
Kredit foto & resipi : fatin damia
#kakak cantik
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Idea Makanan Yang Boleh Dihasilkan Guna Nasi Sejuk.
Jika ada ‘leftover’ nasi semalam atau juga dikenali sebagai nasi sejuk, jangan dibuang ya. Jika dahulu kala, nasi sejuk menjadi bekalan sarapan si ayah ke ladang ataupun jika sudah tidak elok, diberi kepada ayam dan itik. Namun jika tinggal di bandar, rata-rata jika ada lebihan nasi kita akan simpan di dalam peti sejuk dan hangatkan kembali. Tetapi, rasanya pula kurang enak. Oleh itu untuk mengelakkan pembaziran, ada beberapa idea yang boleh anda cuba menggunakan lebihan nasi ini.
1. JERUK MAMAN
Lauk kampung yang sememangnya digemari ramai. Rasanya yang masam-masam rangup, memang sangat sedap. Walaupun makan dengan nasi putih je, pun dah cukup berselera. Jika anda ada lebihan nasi sejuk, anda boleh hasilkan Jeruk Maman ni. Best!
JERUK MAMAN KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 3 ikat daun maman atau secukupnya
- Air masak secukupnya
- Garam secukup rasa (jangan masin sangat)
- 1 senduk nasi sejuk
CARA-CARA:
- Maman disiang dan ambil daun serta bahagian tangkainya yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan air masak agak-agak tenggelam maman tu.
- Masukkan garam agak-agak ye dan nasi sejuk diperoikan. Kacau-kacau sikit. Tutup bekas dan peram sebaiknya 2 malam sebelum dimakan bersama nasi.
- Boleh juga masukkan cili padi ke dalam jeruk maman dan masa nak makan picitkan cili tadi. Boleh juga dihidang dengan ikan bakar.
- Selepas beberapa malam dijeruk, jika nak bagi tahan lama, simpan jeruk maman dalam peti sejuk.
Kredit resipi & gambar: Blog http://mamawandiha.blogspot.my
2. NASI GORENG
Hidangan biasa yang kita akan buat jika ada lebihan nasi sejuk di rumah. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh anda cuba asalkan mengikut citarasa anda.
NASI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 potong ikan sardin bersama kuahnya
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas awang putih
- 1 tangkai cili kering | digoreng tanpa minyak dan digunting halus
- 1 sudu makan pes cili kering
- Daun bawang secukupnya
- Garam secukup rasa | gula jika perlu
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sardin.
- Masukkan nasi, gaul rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.
Tonton video penyediaan disini:
3. ROTI
Bagi yang suka membuat roti, mungkin boleh cuba roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang seperti seperti roti biasa namun ditambah sedikit kisaran nasi di dalamnya. Roti ini sangat gebu dan enak dan sesuai dinikmati bersama jem dan kaya atau dicicah air kopi.
ROTI NASI GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 80gm nasi putih
- 80ml air
- 250gm tepung roti
- 60ml susu segar
- 4gm yis kering
- 2 sudu makan gu;a
- 20gm mentega atau marjerin
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Satukan yis, 1/2 sudu teh gula dan 1/2 sudu teh tepung. Masukkan 1/3 cawan air suam. Tgunggu hingga berbuih.
- Kisar nasi bersama air dan susu hingga halus.
- Masukkan bancuhan yis, kisaran nasi, mentega, gula dan garam ke dalam tepung. Uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Rehatkan doh selama 1 jam dan kemudian, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Terap doh memanjang dan lipat tiga. Jika nak terus bulatkan doh dan bahagi kepada dua bahagian pun boleh.
- Letakkan doh ke dalam acuan roti dan biarkan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
- Bakar pada suhu 190C selama 25 minit.
- Keluarkan roti dari ketuhar dan sapukan mentega cair dipermukaan roti supaya berkilat.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit gambar & resipi: Blog http://zulfadreamland.blogspot.my
4. APAM
Ha…Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba menggunakan nasi sejuk. Ada yang panggil sebagai apam beras. Ada juga yang memanggilnya apam nasi. Kedua-duanya merujuk kepada hidangan yang sama.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan nasi sejuk
- 2 cawan air
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 1/2 sudu teh mauripan/ibu roti
- Pewarna merah/hijau/ungu secukupnya
- Perasa rose/pandan/keladi secukupnya
- Kelapa parut | diperasakan dengan garam
CARA MEMASAK:
- Kisar nasi bersama air hingga hancur.
- Kemudian campurkan tepung beras, tepung gandum, gula dan mauripan. Gaul sebati.
- Tuangkan bahan kisar dan gaul sebati sehingga gula larut.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan pewarna merah ( perasa rose), hijau ( perasa pandan) da ungu ( perasa keladi).
- Perap adunan selama 1 jam sebelum dituang ke dalam acuan dan dikukus selama 15-20 minit.
- Hidangkan bersama kelapa parut.
Kredit resipi & gambar: Salimah Olie
5. LEMPENG
Siapa tidak kenal lempeng? Ia makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang atau kelapa. Anda juga boleh memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar dan adun seperti biasa. Anda hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum dan beberapa bahan sampingan yang lain. Adun dan masak seperti biasa. Enak dinikmati bersama sambal tumis atau kari.
LEMPENG NASI
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan sejuk | dikisar dengan 1 cawan air
- 1 cawan tepung
- Sedikit garam
- 1/2 kiub pati ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
- Panaskan kuali dan oles sedikit minyak.
- Sudukan adunan dan ratakan. Bila nampak garing, terbalikkan dan angkat.
- Enak dinikmati bersama akri atau sambal.
Kredit resipi & gambar: Jamaliah Othman
6. BUBUR
Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi dan air ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama hidangan sampingan lain. Memang sedap! Waktu memasak pun menjadi singkat.
BUBUR NASI POWER
BAHAN-BAHAN:
- 400gm nasi sejuk
- 750 ml air – boleh dilebihkan jika pekat
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 ulas bawang besar | dicincang halus
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 cm halia
- 1 helai daun pandan
- 2 keping dada ayam | didadu kecil
- 100 gm daging kisar
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan lada putih
- 500 ml santan pekat
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 cm kulit kayu manis
- 1 helai daun ketumbar
- 1/2 sudu teh perasa ayam | jika suka
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dan nasi ke dalam periuk. Masak hingga lembut.
- Pada masa yang sama, panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit wangi.
- Masukkan daging kisar dan potongan dada ayam.
- Selepas itu masukkan serbuk lada putih dan serbuk kari. Barulah dimasukkan daun pandan, perasa ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
- Bila sudah masak, campurkan kesemua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk berisi nasi tadi.
- Masukkan santan dan masak sehingga pekat. Akhir sekali bolehlah diangkat dan hidang dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Tabur dengan bawang goreng dan lebih sedap lagi sekiranya dimakan dengan kicap pedas.
7. BAHAN SALUTAN
Siapa sangkat nasi sejuk boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perlu anda lakukan ialah keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.
8. KEROPOK
Siapa sangka, hanya menggunakan nasi sejuk, boleh hasilkan keropok enak. Mudah disediakan & tidak membazir. Lepas ni, jika ada lebihan nasi putih, bolehlah hasilkan keropok ni. Sesuai dijadikan kudapan dan snek ringan buat anak-anak.
KEROPOK NASI BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nasi suam
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu teh garam
- Pewarna merah, hijau dan kuning
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang putih bersama garam hingga lumat.
- Masukkan nasi. Tumbuk lagi hingga nasi hancur. Masukkan nasi yang ditumbuk tadi ke dalam bekas.
- Uli campuran nasi dengan tepung ubi. Uli rata.
- Ambil adunan nasi sebanyak 2 sudu makan, letak di atas plastik dan uli memanjang. Ulang langkah sehingga adunan habis.
- Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh nasi tadi. Masak sehingga doh terapung. Angkat, toskan air dan biar doh menjadi kering.
- Sapu pewarna pada doh tadi hingga rata. Tidak perlu menambah air pada pewarna. Biarkan kering sekali lagi.
- Ambil doh dan hiris nipis. Susun kepingan keropok di atas tampi. Jemur di bawah matahari sehingga kering. Jangka masa anggaran 1-2 hari bergantung kepada cuaca.
- Setelah kepingan keropok kering, bolehlah digoreng dan dinikmati.
Tonton video penghasilan Keropok Nasi Bawang Putih:
9. CUCUR NASI
Langkah yang sama seperti menghasilkan cucur yang biasa Cuma perlu menambahkan kisaran nasi ke dalam bancuhan tepung. Olah dengan menambah bahan-bahan lain seperti hirisan bawang, udang, cili dan serbuk perasa. Goreng dan nikmati segera.
CUCUR NASI LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi
- Air secukupnya
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan ikan bilis
- Garam secukup rasa
- 1 biji cili besar} dihiris
CARA MEMASAK:
- Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
- Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
- Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
- Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA: Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Kredit foto & resipi: mingguan wanita
10. BERTIH NASI
Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menajdi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng didalam minyak yang panas sehingga kembang. Sedap! Tapi jika nasi anda tidak benar-benar kering, keropok ini tidak akan mendapat hasil seperti diingini.
11. BEPANG NASI SEJUK
Snek manis ringan yang sangat mudah dan cepat disediakan. Hanya menggunakan nasi sejuk. Memang tidak membazir! Nak cuba buat Bepang Nasi? Jom ikut langkah-langkah di bawah ni
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nasi sejuk
- 4 sudu maka gula
- Secubit garam
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Nasi semalam diletakkan dalam loyang dan dijemur di panas mentari.
- Setelah nasi sejuk menjadi kering, lerai-leraikan sedikit, jika ada butir yang melekat. (Nurulsham gunakan anak lesung).
- Panaskan minyak. Masukkan nasi sejuk kering tadi, Goreng sehingga ia kembang dan membertih.
- Bertih nasi sejuk ini @ bertih beras diangkat dari minyak dan ditoskan seketika.
- Di dalam kuali atau periuk bersih, masukkan gula (dan sedikit garam) dan panaskan api. Masak hingga gula mencair. Masukkan sedikit minyak dan kacau lagi sehingga gula cair menjadi perang.
- Masukkan bertih nasi sejuk anda tadi. Kacau sehingga rata dengan gula cair.
- Setelah rata, masukkan bepang anda yang masih lembut ke dalam acuan.
- Yang ini kredit buat Nurulsham kerana berjaya membuat bepang bertih yang comel berbentuk LOVE ini.
Kredit resipi & gambar: http://nurulshamsaidin.blogspot.my
Selamat mencuba!
Cara Buat Roti Bakar Buttermilk Homemade Yang Lembut & Gebu.
Roti Bakar Buttermilk homemade ni memang sedap. Lembut, gebu, memang layan. Nak-nak kalau makan panas-panas. Jika anda suka resipi berasaskan roti ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Eiyjarn Aziean AnGah. Berbaloi kalau cuba.
RESIPI ROTI BAKAR BERINTI BUTTERMILK
BAHAN A:
- 220ml air suam
- 11gm yis
- 1 biji telur
- 5 sudu besar gula
* Satukan air,gula dan yis. Rehatkan sampai kembang, baru masukkan telur. Gaul rata.
BAHAN B:
- 500gm tepung roti
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bun softener
- 75gm marjerin
* Ramas bahan B sampai jadi seperti serbuk roti.
BAHAN INTI BUTTERMILK:
- 100gm mentega bergaram ( salted butter )
- 120gm susu tepung
- 2 biji kuning telur
- 30ml susu pekat manis
- 3 sudu makan penuh tepung gandum
- 70gm gula ising
* Pukul gula dan mentega sampai kembang. Masukan kuning telur, putar lagi. Masukan susu pekat dan susu tepung. Putar sebati. Kemudian masukan tepung. Putar lagi. Siap.
CARA MEMBUAT:
1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit semi sedikit . Gaul rata sehingga menjadi doh.
2.Uli doh sampai licin dan elastik. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
3.Tumbuk doh yang dah kembang tadi untuk keluarkan angin. Timbang doh 30 gram setiap satu.
4.Isikan inti buttermilk ke dalam doh dan bulatkan. Susun di dalam tray,pastikan ada jarak diantara doh. Rehatkan lagi selama 30-40 minit sehingga doh kembang.
5.Bakar doh selama 20 minit menggunakan suhu 170C . Harus diingat, lain ketuhar lain suhunya. Anda perlu perhatikan agar roti anda tidak hangit.
6.Setelah roti masak, sapu mentega di atas permukaan roti yang masih panas supaya nampak licin dan berkilat.
7.Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kata chef:
Bread improver dan bun softener boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan bakeri.
Kredit resipi & foto: Eiyjarn Aziean AnGah.
Susu Halia Homemade, Sedap dan Berkhasiat
Tak kira masih muda atau sudah berusia, masalah angin dalam badan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Jika anda kerap rasa sebu, itu adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah angin dalam badan. Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku apatah lagi dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
SUSU HALIA
BAHAN-BAHAN
Satu kotak susu segar (BELI DI SINI)
4 cm halia (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.
MANFAAT MINUM SUSU HALIA
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Sumber resipi dan petua daripada Wan Norma
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Lelaki Ini Olah Roti Jadi Biskut Kering Bergula, Kreatif Sungguh!
Jom tengok video ni