Rozita Che Wan Kongsi Resipi Mi Udang Sedap Dalam Rasa Anak Emak Anak Bapak Ep6.

Share

Episod ke-6 Rasa Anak Emak Anak Bapak menampilkan selebriti cantik manis Rozita Che Wan yang meluangkan masa untuk keluar makan Mi Udang sedap bersama ibunya Hajah Zabedah Saad di restoran kegemaran.

Kalau nak tahu, ibu Che Ta ni sangat suka makan Mi Udang dan lokasi pilihan beliau ialah Warung Rumpun Mambu yang terletak di Pantai Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Kedai ni menyajikan sajian Mi Udang yang sedap pada harga yang amat berpatutan.

Lihatlah udang yang Cik Ta pegang dalam rancangan tadi, Besar tangan katanya. Memang berbaloilah. ABC pun ada. Siap hidang dalam ‘timba’ bak kata Cik Ta lagi.

Bila dah kenyang makan, puas hati dengan rasa Mi Udang, Cik Ta siap minta resipi dengan pemilik kedai untuk cuba masak hidangan ni dekat rumah. Hasilnya memang nampak sedap kan? Sampaikan tauke Warung Rumpun Mambu pun puji.

Nak cuba masak menu ni untuk ibu bapa dan keluarg tersayang? Jom lihat resipi di bawah.

 

RESIPI MI UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang laut – bersihkan
  • 2 ketul ubi keledek – rebus dan kisar halus
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1 bungkus mi kuning – celur
  • 1 pokok sawi – celur
  • Tauge – celur
  • Hirisan limau nipis secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan udang kering – rendam dalam air hingga lembut

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan udang. Rebsu seketika untuk mendapatkan air rebusan.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan udang dan air secukupnya.
5. Tambahkan kisaran keledek anggaran 3 sudu makan. Masukkan juga sos cili, sos tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat.
6. Masukkan udang yang telah direbus tadi ke dalam kuah dan biar mereneh seketika. Siap.
7. Untuk menikmatinya, masukkan mi, hirisan sawi dan tauge ke dalam mangkuk. Tuang kuah dan udang dengan secukupnya.
8. Untuk rasa lebih sedap, boleh tabur bawang goreng dan juga perahan limau nipis.
9. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Air rebusan udang akan membuatkan rasa kuah Mi Udang jadi lebih sedap dan manis. Boleh juga tambah telur ke dalam kuah untuk rasa lebih enak.

 

Published by
Nur