Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indoesia dan Filipina. Soal bahan-bahan, sama seperti orang Malaysia masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
AYAM WOKU MANADO
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.
Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.
.
Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni.
PULUT INTI MANIS
.
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gm kelapa parut /diambil putih sahaja
Bahan pulut :
100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan
100 ml air
50 ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
Masak hingga gula larut.
Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap
Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN : Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK : CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
KUIH ABUK -ABUK SAGU
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu
2 cawan kepala parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa. Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
KUIH KOCI PULUT HITAM
.
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan. NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka). BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat. BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
BAHAN-BAHANNYA: 1 cawan tepung beras 5 cawan santan 2 camca besar penuh tepung jagung 2 camca besar rata gula 1/2 camca teh garam Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2) Daun pisang secukupnya Pisang nangka (atau apa shj yg sedap) . CARA MEMASAKYA 🙂 1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. 2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. 3. Kemudian matikan api. Biar suam. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. 4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja. 5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap 6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….
Kredit :FB : Buku Resipi Online
6.PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut (rendam semalaman)
1 liter santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
Minyak masak untuk menumis
2 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
50 gram udang kering (rendam dan kisar)
2 sudu makan cili boh
½ biji kelapa parut
1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
1 batang serai (kisar)
1 cm lengkuas (kisar)
1 cm kunyit (kisar)
1 cm halia (kisar)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan. INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
Cara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.
Cara mudah buat bubur asyura kalau guna periuk Noxxa ni. Pelbagai resipi remeh boleh jadi mudah. Sajian wajib yang menjadi trend masyarakat Islam menyediakan bubur Asyura pada hari ke 10 dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Boleh cuba sendiri resipi dari utara ni memang sedap dan cantik rupanya.
Pada tahun lalu masak dalam kuantiti yang banyak sebab berniat nak berikan kepada semua kawan pejabat dan jiran tetangga. Masa tu Kak Noor guna dua bungkus @ 500 gram tepung beras. Kacau pula di dalam kuali. Ambil masa yang lama juga untuk kacau, lebih kurang 2 jam.
Resepi ini adalah dalam kuantiti yang sedikit; makan untuk keluarga dan bolehlah dirasai bersama oleh jiran-jiran terdekat. Bagi rakan-rakan yang memiliki periuk NOXXA, bolehlah ikut resepi ini. Lebih mudah dan cepat dimasak. Penerangan dan langkah-langkah ada pada setiap gambar. – Perkongsian dari Kak Noor
RESIPI BUBUR ASYURA NOXXA
(VERSI UTAQA)
Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan sawit KHALIS
Sedikit garam
1 cawan gula pasir } masak guna
2 ketul gula kabung } 1 cawan air
Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
3 sudu besar sagu biji
2 helai daun pandan
Persediaan awal bahan-bahan:
Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan. Setelah larut, masukkan gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.
Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.
Setongkol jagung – diambil isinya
Pisang emas dipotong dadu.
Sagu biji direndam selama 5 minit, kemudian dibersihkan dan ditoskan.
Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat dan kacang merah kecil dibasuh dan diketepikan.
Bahan A disatukan dan digaul rata.
Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang halus dan tidak berketul)
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:
Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam inner pot. Tuang 1 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.
Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan `OFF’.
Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama jagung krim, isi jagung, sagu, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan butang `OFF’. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
.
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan