Rupa Tak Cantik, Tapi Bila Makan Karipap Jerawat Ni Memang Tak Cukup Satu

Share

Citarasa dan selera setiap orang berbeza-beza. Ada yang suka karipap goreng yang licin dan ada juga yang sukakan karipap menggerutu. Atau orang panggil karipap berjerawat.

Menerusi perkongsian resipi karipap jerawat daripada Arm Ika, walaupun rupa kuih ini tak flawless namun bila makan memang tak cukup satu.

 

RESIPI CARA BUAT KARIPAP JERAWAT

BAHAN UNTUK KULIT:

4 cawan tepung gandum – beli online di sini
+/- 1 cawan air sejuk
Garam – beli online di sini


(larutkan garam dalam air)
½ cawan minyak – beli online di sini
2 sudu besar marjerin – beli online di sini
(panaskan di atas api minyak & marjerin)

TONTON  Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

TONTON Makan Di Mana Eps 10: Menu Minum Petang Yang Paling Sesuai Time PKP 

CARA-CARA:

1. Masukkan minyak panas ke dalam tepung. Gaul guna senduk dulu hingga jadi macam serbuk roti.
2. Lepas tu, boleh masukkan air sejuk. Uli-uli hingga sebati.
3. Siap doh untuk kulit karipap. Boleh canai dan bentukkan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN UNTUK INTI KARIPAP:

5 biji kentang saiz sederhana | potong dadu – beli online di sini
1 bungkus kecil serbuk kari – beli online di sini
Bawang besar | potong dadu – beli online di sini
Daun sup
Isi ayam/daging atau apa-apa yang sesuai
Bawang merah kecil – beli online di sini
Bawang putih – beli online di sini


Daun kari – beli online di sini

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

CARA-CARA:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga jadi kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga garing.


3. Kemudian, masukkan ayam/daging. Gaul sekata.
4. Selepas ayam/daging kelihatan masak, masukkan kentang. Gaul sehingga semuanya sekata.


5. Tambah air mengikut kesesuaian untuk kentang empuk. Masukkan sekali bawang besar. Jangan lupa untuk perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak sehingga air kering dan kentang empuk. Apabila rasa semuanya sudah serasi, lengkap rasa masin, manis dan pedas, akhir sekali masukkan daun sup.

*kalau nak simpan untuk frozen, boleh bakar dulu sebelum difrozenkan
*hasil dia kalau lepas buat terus goreng, akan dapat kulit yang berjerawat macam dalam gambar. Kalau nak frozenkan tapi nak kulit jerawat, kena GORENG separuh masak.


*Kalau nak kulit licin, kena BAKAR baru dapat kulit karipap pelolesss

Kredit resipi: Arm Ika

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff