Selalu buat pisang goreng kita guna bancuhan tepung untuk lebih rangup. Tapi rupanya nak buat pisang goreng kosong tanpa bancuhan tepung pun boleh saja. Malah rasanya tetap sedap.
Pisang goreng kosong ini sebenarnya antara menu nostalgia yang jarang dibuat sekarang dan dikongsi oleh Puan Habibah Husin
.Menurut beliau pisang goreng kosong ini akan dibuat apabila diminta oleh bapanya yang banyak menanam pokok pisang untuk dijual.
Arwah abah dulu hanya menoreh getah, selain dari tu petang-petang abah akan ke kebun menanam pisang. Pisang nipah, tanduk, pisang nangka pisang rastali antara pisang yg abah tanam.
Setiap kali menebang pisang abah pasti akan bawa balik setandan dua untuk kami kat rumah. Kebiasaannya abah akan request goreng pisang kosong macam ni.
1.Boleh guna pisang nangka atau pisang nipah yang muda. Buang kulit dan bersihkan.
2. Potong nipis guna pisau ( bukan guna penyagat).
3. Rendam dalam air garam selama 15 minit.
4. Goreng sampai kekuningan. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Habibah Husin.