Semua orang boleh buat air cocktail kerana sangat mudah untuk membuatnya. Namun tak semua boleh jadikan sedap lemak berkrim.
Nak buat air cocktail yang sedap dan ada ‘kick’, bolehlah cuba resipi yang dikongsi Hafidz Idris ini.
RESIPI COCKTAIL 7 KETURUNAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair (saya guna jenama carnation) – beli online di sini
1 tin laici – beli online di sini
1 tin mix fruit
Nata de coco
1 kotak kecil whipping cream
½ tin susu pekat manis (ikut tahap manis masing-masing) – beli online di sini
Ais secukupnya
CARA-CARA:
1. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Ketepikan.
2. Kemudian, tuang susu cair di dalam bekas/jag. 7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah, guna 2 tin.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan whipping cream dan susu pekat. Masukkan juga Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua.
4. Akhir sekali, masukkan semua buah dalam tin yang sudah ditoskan tado. Air laici kalau nak guna, bubuh sikit je. Jangan bubuh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan bubuh ais, siap la. Kacau-kacau. Dah boleh minum. Selamat mencuba.
Kredit resipi: Hafidz Idris
Resipi asal: Linda Martopo
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI