Nasi Goreng Kampung menu yang sesuai dimakan sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Pendek kata menu Nasi Goreng Kampung sesuai untuk semua waktu makan. Perasan tak setiap kali kita makan Nasi Goreng Kampung di restoran tom yam, rasa Nasi Goreng Kampung sedap sangat. Nah, jom kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Hawa Abdul Aziz ini.
6 cawan nasi 5 biji telur 1 ikat kangkung Ikan bilis (digoreng) Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
Ads
3. Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
4. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
5. Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
6. Nasi goreng kampung sudah siap!
Ads
7. Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
8. Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
9. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yang cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yang cukup popular adalah popia sira.
Ni min kongsikan resipi popia yang dikongsikan dari resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali
1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
1 labu bawang holand | dipotong cincang
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk halus
1 batang lobak merah | dipotong dadu
Bahan B :
50 keping @1 bungkus kulit popia
300 gm bungkus ayam cincang
1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
6 keping keju cedar
1 tin cendawan | dipotong racik
1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
Cara Membuat: 1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali. 2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk. Cara Membungkus Popia: 1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang. 2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum. 3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN
2. POPIA INTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
Keju cedar
Daun Bawang
Tepung Gandum (ejen pelekat)
BAHAN SOS :
5 biji cili masak
4 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
5 sudu makan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Biji bijan secukupnya | disangai
Cara Membuat: 1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu. 2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang. 3. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia. 4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng. 5. Untuk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan. 6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer. 7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.
Kredit foto dan reipi : resipibonda.my
3. POPIA SIRA KARI
BAHAN-BAHAN :
2 paket kulit popia *Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.
Bahan Sira :
3 labu bawang putih* |kisar
6 tangkai daun kari atau lebih
6sudu makan cili boh
8 sudu makan gula pasir
3sudu makan bijan
Cara Membuat: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak. 2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana. 3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus). 4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis. 5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.
Resipi sup siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Selamat mencuba!
KUETIAU/BIHUN/MI SUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau/ bihun/mi – dicelur
BAHAN KUAH SUP SIAM
4 ketul dada ayam
1/2 kg kaki ayam
2 inci halia – dititik
2 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
Sos tiram secukupnya
Sos sotong secukupnya
Kicap secukupnya
2 kiub pati ayam
1 kiub pati ikan bilis
Daun ketumbar & akar ketumbar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:
Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
Tauge
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!