Nasi Goreng Kampung menu yang sesuai dimakan sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Pendek kata menu Nasi Goreng Kampung sesuai untuk semua waktu makan. Perasan tak setiap kali kita makan Nasi Goreng Kampung di restoran tom yam, rasa Nasi Goreng Kampung sedap sangat. Nah, jom kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Hawa Abdul Aziz ini.
RESIPI NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang besar
BAHAN UNTUK NASI:
6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
3. Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
4. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
5. Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
6. Nasi goreng kampung sudah siap!
7. Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
8. Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
9. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
Sumber kredit: Siti Hawa Abdul Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official