Kalau makan restoran nasi kandar, nasi beriani, nasi tomato selalunya akan dihidangkan sekali dengan papadom, sejenis keropok nipis dan rangup. Ia jadi pelengkap hidangan nasi ini.
Rasanya memang lain daripada keropok yang dihasilkan di negara kita kerana papadom ini berasal dari India. Jika ramai ahli keluarga suka ‘melayan’ papadom ini boleh juga kalau nak buat sendiri.
Dah tentu lebih terjamin kebersihan malah saiznya pun boleh kita buat ikut citarasa sendiri. Jika nak cuba boleh gunakan panduan yang dikongsikan oleh Encik Roslan Mamak Haji ini. Memang mudah hanya guna 4 bahan.
Buat sendiri papadom, ini caranya
Bahan-bahan
500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
1/2 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil rempah ajowan / lemuju. Biasa digunakan dalam Muruku
1/4 sudu kecil baking powder.
garam ikut rasa sendiri.
Cara membuat:
1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dalam sebuah bekas.
Ads
2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit demi sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.
3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh di dalamnya selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyek (tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.
5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang dikehendaki. Jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadom yang kita beli dikedai sebelum digoreng.
Ads
6. Sekiranya semasa leperkan doh melekat, boleh gunakan sedikit minyak dan sapu bekas peleper.
7. Kepingan papadom yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari.
Ads
Info Ekstra!
Jangan keringkan terlampau sangat nanti papadom boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara.
Mustahak ialah doh. Kalau tak mahir lenyek jadi bulat, masukkan dalam mesin pembuat pasta dan jadikan papadom Malaysia. Kita buat dia…
Untuk resipi kali ini terdapat dua jenis kuah yong tau foo iaitu kuah hitam dan kuah merah. Bila hendak makan hanya perlu campurkan kedua-dua kuah ini mengikut citarasa anda.
BAHAN KUAH HITAM:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos masam manis
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili blend
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Menu sampingan yang ringkas dan sedap, rasa pedas lemak untuk idea menu berbuka, melengkapkan hidangan makanan di meja utama. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang putih – cicang halus
2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
2 tangkai daun kari
Sepeket tempe – goreng tanpa garam
2 sudu makan susu cair
1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
Dapat sebalang kuih tiram yang rangup memang enak.
Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Anda yang teringin
nak buat sendiri, boleh ikut resepi mudah ini.
Kuih Tiram
1 kg tepung gandum
4 sudu besar-marjerin
1 biji telur
Sedikit garam
Air sejuk peti secukupnya
Cara membuat:
1.Masukkan tepung,telur,marjerin, garam ke dalam bekas.Gaul menjadi serbuk roti.
Selepas itu masukkan air sejuk peti tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Langkah seterusnya bulat-bulatkan doh kepada beberapa bahagian.Ikut suka nak buat
tiram besar atau kecil.
2.Ambil doh tadi.Gelek dengan penggelek sampai nipis sapu pes tadi.Gulung biar
padat.
3.Potong serong sedikit. Terpulang nak besar atau kecil.Dulang ditabur tepung dulu.
4.Goreng dengan api perlahan.
5.Balik dua kali dah cukup.
Untuk pes sapu
6 sudu besar tepung ubi
6 sudu besar minyak masak
(adun sebati jadi pes untuk disapu)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!