Rutin Harian Sibuk? Nah, Ini Resipi Lauk Paling Simple Tapi Sedap. 15 Minit Je Siap

Share

 

 

Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.

RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.

DAGING GORENG KENTANG

Bahan-bahan

3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa

 

Cara memasak

1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Puan Nadia Mohamad

Published by
Maryam Elyas