Lepas makan pasti ada yang teringin nak makan yang manis-manis . Pergh memang terangat kalau dapat nikmati ni. Lemak manis , nikmat di tekak.
Sagu Gula Melaka Durian
Bahan-bahan: 1 cawan sagu (rendam 10 minit). Didihkan 2 liter air, baru masukkan sagu.Kacau hingga jernih,toskan dan alir bawah air paip untuk buang kanjinya. Letak pewarna jika mahu. Sebab ada sagu jernih je kat rumah.Nak guna yang berwarna pun boleh.
1/2 cawan air 2 tongkol gula merah kecil 2 ketul kecil gula batu 1 helai daun pandan simpul Masak biar sebati dan pekat sikit
Ads
500ml santan kotak pekat,250ml air ,1/2 sudu teh garam dan 1 helai daun pandan simpul. Masak biar naik wap/buih. Dah siap. Tujuannya nak bagi santan tahan lama,sedap dan lambat basi. Boleh juga guna susu cair.
Campur semua dalam mangkuk letakkan ais sikit,letak durian.
Viral sekarang Nasi Ayam Claypot tak halal kan?Mesti ramai nak tahu kenapa orang ramai pergi makan mestilah sebab sedap kan.Mari sini nak share resepi yang halal dan korang pasti boleh buat. Jom masak ikut resipi di @ezzuchang .Tambah sup kosong pun sedap.
CLAYPOT CHICKEN RICE
Bahan-bahan:
Beras
Chicken Stock
Ayam
Kicap Serbaguna Oppa Zuzu
Garam
Minyak bijan
Daun bawang
Halia
Ikan masin tenggiri
Kicap pekat
Minyak bawang
Cara memasak:
1. Masukkan daun bawang,halia,kicap char kuew teow ke dalam ayam. Kalau kuat masin boleh lebihkan kicap dan garam sikit.Kicap letak dua sudu dan 1/2 sudu kecil garam.Masuk satu sudu tepung jagung.Kemudian gaulkan sampai sebati.
2.Letakkan sedikit minyak bijan dalam 1 sudu, kemudian gaul.Perap selama sejam.
3.Basuh beras lebih kurang setengah mangkuk kecil. Rendam selama sejam atau setengah jam.
4.Nak lagi sedap gunakan chicken stock.Kalau tak ada gunakan air biasa dan masukkan dalam beras tadi.Masak selama 5 minit.
5.Kemudian masukkan ayam yang sudah diperap tadi, cendawan butang dan kuah kicap perapan tadi.
6.Masak lagi selama 10 minit.
7.Sementara itu goreng ikan tenggiri masin. Ia paling sesuai untuk Claypot Chicken Rice.
10.Dah 10 letakkan kicap dan minyak bawang.Letakkan ikan masin tadi. Tabur daun bawang.Kemudian tutup sekejap selama 5 minit.
11. Siap untuk dinikmati.Lagi sedap makan dengan cili potong.
Tak tau nak masak apa hari ni, berikut tiga resipi daging dan ayam yang mudah dan pedas. Cadangan ini sesuai sangat korang masukkan dalam senarai menu minggu ini sebagai hidangan keluarga atau bila tetamu yang datang berkunjung di rumah.
DAGING LADA HITAM BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1, Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
3. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
GULAI KETING
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
3. Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
4. Biarkan mereneh hingga keting empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
7. Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN SAMPINGAN:
Mi kuning | rendam dan celur
Hirisan daging
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur & dihiris
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan mi ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Mi Celup Daging Siam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira