Sagu Gula Melaka Durian Memang Nikmat Di Tekak. Lembut Bergedik

Share

Lepas makan pasti ada yang teringin nak makan yang manis-manis . Pergh memang terangat kalau dapat nikmati ni. Lemak manis , nikmat di tekak.

Sagu Gula Melaka Durian

Bahan-bahan:
1 cawan sagu (rendam 10 minit). Didihkan 2 liter air, baru masukkan sagu.Kacau hingga jernih,toskan dan alir bawah air paip untuk buang kanjinya. Letak pewarna jika mahu. Sebab ada sagu jernih je kat rumah.Nak guna yang berwarna pun boleh.

1/2 cawan air
2 tongkol gula merah kecil
2 ketul kecil gula batu
1 helai daun pandan simpul
Masak biar sebati dan pekat sikit

500ml santan kotak pekat,250ml air ,1/2 sudu teh garam dan 1 helai daun pandan simpul. Masak biar naik wap/buih. Dah siap. Tujuannya nak bagi santan tahan lama,sedap dan lambat basi. Boleh juga guna susu cair.

Campur semua dalam mangkuk letakkan ais sikit,letak durian.

#resepibensafwan

ADA YANG NAK MEMBELI JUICER, BOLEH BELI DI SINI.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari