Sagu Gula Melaka ni jika makan sejuk-sejuk memang sangat sedap. Manisan ini memang popular dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak buatnya pun tidak sukar. Bahan-bahan sangat ringkas dan mudah didapati. Terasa nak makan Sagu Gula Melaka petang ni? Saudari Izzaty Azhar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula melaka, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan likat. Tutup api dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan periuk berlainan, didihkan air dan masukkan sagu. Kacau selalu supaya bahagian bawah tidak melekat. Kalau tak cukup air boleh tambah, air ni tiada sukatan, lebih pun tidak mengapa kerana nanti sagu akan ditapis.
3. Kacau sagu hingga menjadi jernih. Kemudian tapis, bilas dan buang lebihan air.
Ads
4. Masukkan sagu yang telah ditapis ke dalam air gula melaka yang telah dimasak tadi. Kacau sampai sagu dan gula melaka sebati.
5. Masukkan campuran sagu ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais. Jika suka, boleh dinikmati suam tanpa susu cair pun sedap.
6. Bila sagu sudah sejuk, boleh hidangkan bersama susu cair. Jika gaul bersama kelapa parut pun boleh. Nikmati sesuai cita rasa dan selera.
Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!
Ayam goreng Korea menu kegemaran anak-anak. Sangat sesuai untuk dimasak musim cuti sekolah ni. Puas hati dapat buat banyak-banyak untuk dimakan bersama keluarga.
Rupanya nak bagi rangup dan lebih sedap ada petuanya sendiri. Goreng dua kali jika nak bagi ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Guna sos yang dibeli di kedai Eco pun dah boleh buat menu ini menjadi sedap macam makan di restoran-restoran terkenal yang menjual hidangan seumpama ini.
Ayam Goreng Korea Sedap
BAHAN PERAPAN AYAM:
Ayam bahagian drummet atau wing
Tepung jagung
Tepung gandum
Bawang putih – tumbuk halus
Halia – tumbuk halus
Serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
Bawang putih – hiris halus
Serbuk cili
Sos Daebak Sweet Chili Sauce
Madu
Lemon
Bijan
CARA MEMASAK:
1.Ayam diperap selama 1/2 jam dengan halia Dan bawang putih yang dah ditumbuk halus. Tambahkan serbuk sedap GILER bagi mengantikan garam dan perasa. Setelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.
2.Gaul ayam dengan tepung
Pastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.
Goreng ayam sehingga masak dan angkat. Rehatkan selama tiga minit.
Goreng ayam kali kedua sehingga garing.
sejukkan ayam dan ketepikan.
CARA BUAT SOS:
1.Tiga ulas bawang putih di hiris halus dan ditumis hingga keperangan. Masukkan sedikit air dan masukkan sesudu serbuk cili. Gaul rata.
Masukkan dua paket sos Daebak Sweet Chili Sauce.
Tambahkan 1 sudu besar madu dan perahkan sedikit lemon. Kacau sebati.
Sepanjang bulan Syawal, di sana sini orang mengadakan rumah terbuka. Bagi tuan rumah, rasa pening juga memikirkan menu yang hendak dihidangkan untuk para tetamu. Untuk sajian lemang & ketupat, biasanya dimakan dengan rendang kan? Tapi jika tak sempat buat, ni ada 5 menu lain yang sangat dihidangkan dengan juadah ni. Memang sedap! Selamat mencuba!
1. AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
Angkat ayam dari periuk.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
2. DAGING KASTURI BERCILI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
1 cawan air rebusan daging
1 cawan santan
3 batang serai muda | ketuk
3 helai daun limau purut | siat
4-5 biji limau kasturi | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
10 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
3. DAGING TETEL SAMBAL BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah | goreng dan kisar kasar
300gm daging tetel | rebus empuk dan potong kecil
1 cawan air rebusan daging tetel
4 sudu makan cili kisar
12 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm belacan
3cm lengkuas | ketuk
2 batang serai | ketuk
2 sudu makan udang kering | kisar
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula merah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar (kecuali kacang tanah) hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, serai, lengkuas dan belacan. Tumis hingga cili benar-benar masak.
Masukkan daging tetel dan kacang tanah yang dikisar kasar. Tambah air rebusan daging dan didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah air asam jawa, garam dan gula merah secukup rasa.
Didihkan lagi beberapa minit lagi hingga terbit minyak.
Angkat dan sedia dinikmati.
4. KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | potong kecil & rebus empuk
1 cawan air rebusan daging kambing
400ml santan pekat
100ml tairu/yogurt
2 biji tomato | dadu kecil
1 biji bawang besar | dadu kasar
6 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 tangkai daun kari
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan tomato puri
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B bersama daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan-bahan kisar, bawang besar dan tomato lalu tumis lagi beberapa minit.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk paprika, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk buah pala dan garam masala. Tambah tomato puri dan satu cawan air rebusan daging. Didihkan hingga semua rempah masak.
Masukkan daging kambing yang telah direbus, santan, tairu/yogurt dan didihkan hingga semua bahan masak sebati dankuah menjadi pekat.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmti.
5. SAMBAL TAHUN KERANG
BAHAN-BAHAN:
500ml santan pekat
500gm isi kerang
300gm lengkuas muda | hiris nipis
100gm ikan bilis
20 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk lumat.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan hirisan lengkuas, cili padi dan sedikit air. Didihkan hingga lengkuas empuk.
Masukkan santan, isi kerang, air asam jawa dan cili padi. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak sebati. Gunakan api kecil.
Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zaimah Zakaria yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Untuk sukatan resipi ni bolehlah untuk stok seminggu kalau memang jenis suka makan roti dengan kaya. Jom cuba!Kaya Homemade4 biji kuning telur
1 kotak santan...