Sagu Gula Melakaadalah salah satu pencuci mulut yang terkenal dek kerana rasanya yang enak, lembut dan menyegarkan. Selain dipanggil Sagu Gula Melaka, ada juga yang menyebutnya sebagai Kuih Sagu Bersantan.
Bila buat manisan ni, ada kalanya warna pada sagu tu turun dan mewarnai susu @ santan. Bila kuah tak jadi putih, Nampak tak cantik dan kurang menyelerakan.
Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Fadzilah Ani ni. Lengkap dengan tip bagaimana nak mendapatkan sagu yang berbentuk bulat seperti telur ikan dan tak bergumpal. Selamat mencuba!
BAHAN AIR GULA:
1/2 cawan gula merah – beli online disini
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
1 cawan air (masak dengan gula sehingga agak pekat dan likat)
Susu kotak (Dutch Lady) – boleh ganti dengan susu cair
CARA MEMASAK:
1.Masak air dalam 1.5 liter sampai betul-betul mendidih kemudian masukkan sagu (tak perlu rendam atau basuh sagu). Sukatan untuk sagu terpulang pada masing-masing (empunya resipi guna 2 cawan sagu).
2. Masak sagu sampai jadi jernih dan tak ada putih-putih dalam sagu.
3. Dalam tempoh memasak sagu tu, kalau air makin kurang dan menjadi pekat, tambah air panas dan terus masak sampai sagu betul-betul masak cantik.
4. Bila sudah siap masak, tapis sagu dan lalukan bawah air paip untuk buang lebihan kanji dalam sagu. Buat sedikit-sedikit supaya sagu tidak terkeluar dari penapis.
5. Hasilnya sagu akan nampak berbutir yang cantik. Toskan dan bahagikan sagu kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
TIP UNTUK SAGU NAMPAK CANTIK DALAM SUSU:
1.Lepas sagu sudah diwarnakan, biar seketika.
2. Kemudian lalukan semula sagu di bawah air paip untuk buang lebihan warna.
3. Maka sagu yang terhasil akan lebih cantik bila dituang gula melaka dan susu. Barulah tiada lebihan warna bercampur dalam susu.
Kalau nak makan salad yang ada sayuran saja, memang membosankan. Tapi lain lah kalau anda tahu akan resepi salad yang unik dan bermacam jenis perisa, kan?
Pada masa kini pemakanan salad semakin popular dan menjadi antara makanan pilihan orang ramai. Ini kerana mereka sedari bertapa pentingnya menjaga kesihatan kepada tubuh badan mereka.
Kepada mereka yang was-was tentang sajian salad atau baharu mahu menjinak-jinaknya diri, ada beberapa resepi salad yang boleh anda cuba untuk menyenangkan anda menjadikan salad sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian anda. Perkongsian dari Butterkicap
1. Salad Cajun Ayam Goreng
Kepada mereka yang mengemari ayam goreng tetapi masih mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, kami mengesyorkan agar anda mencuba resepi salad ini. Keunikan salad cajun ayam goreng ialah pada kombinasi kerangupan ayam dan sayuran, sambil memberi perisa yang lebih enak dengan campuran ayam Cajun.
Bahan-bahan:
2kg ayam ( dihiris sederhana )
2 sudu kecil Garam dan lada sulah
2 liter buttermilk
2 lbs tepung
120g perasa cajun
3 bawang merah
2 lada merah
2 lada hijau
2 lada kuning
Sebiji daun salad
2 liter mayonis
Cara penyediaan:
Sadurkan ayam dengan garam dan lada sulah serta biarkannya diperap dengan buttermilk.
Gaul semua campuran tepung tersebut dan masukkan perasa Cajun.
Toskan ayam yang telah dicampurkan dengan tepung. Buang lebihan tepung.
Goreng ayam dalam minyak yang panas (180 selsius). Toskan ayam tersebut dan biarkannya sejuk.
Apabila ayam telah sejuk, gaulkan ayam tersebut dengan mayonis, hiris bawang merah dan juga lada.
Letakkan ayam tersebut diatas daun salad yang dihiris nipis.
2. Salad Tembikai, Salmon dan Kacang Badam
Sajian ini mungkin pelik bagi sesetangah orang, namun begitu campuran manis dan masin sajian ini sebenarnya sangat mengamit selera. Campuran sayuran, ikan dan kacang yang rangup bukan saja penuh dengan khasiat tapi memang sesuai untuk yang kurang gemar makan salad yang hanya ada sayuran biasa.
Bahan-bahan:
2 sudu besar badam dicincang
½ cawan daun pudina dicincang halus
½ sudu kecil oren yang diparus halus
2 sudu besar jus oren segar
1 sudu besar minyak zaitun
½ sudu kecil garam
1 biji tembikai (dibuang kulit serta dipoton 1 inci)
2 sudu besar cuka
60 gram ikan salmon dihiris
Cara penyediaan:
Panaskan kuali kecil dan bakar badam sehingga coklat keemasan (kira-kira 5 minit)
Campurkan badam, pudina, oren yang dicincang serta jus oren dan minyak dalam mangkuk kecil.
Campurkan tembikai yang telah dipotong dengan cuka dan garam.
Pindahkan campuran tembikai tersebut dalam pinggang dan letakkan ikan salmon beserta dengan campuran badam diatasnya.
Makan selepas badam telah dicampurkan.
3. Salad Ambrosia
Kredit: Flickr.com/kurmanphotos
Kepada mereka yang mengemari rasa susu dan inginkan sesuatu yang mudah dibuat, salad ambrosia merupakan resepi salad yang mudah dibuat dan ianya juga boleh dimakan bila-bila masa yang anda ingini. Cubalah resepi salad yang tertera dibawah ini.
Bahan-bahan:
½ cawan krim pekat
1 sudu besar gula
120g krim masam
170g marshmallow
1 cawan nenas yang dicincang
1 cawan kelapa parut
1 cawan kacang pecan yang dicincang
½ cawan ceri
Cara penyediaan:
Campurkan krim dan gula dalam mangkuk pengadun dan gaulnya hingga puncak tebal terbentuk.
Kemudian, campurkan krim masam ke dalam campuran tadi dan gaul hingga menjadi sebati.
Tambah marshmallow, nenas, kelapa parut, kacang pecan serta ceri dan gaul hingga menjadi sebati.
Pindahkan bahan-bahan tersebut dalam mangkuk, kemudian tutup dengan pembalut plastik dan letakkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum ianya disajikan.
4. Salad Strawberi dan Bit
Resepi salad ini ialah bagi mereka yang gemari perisa strawberi beserta dengan rasa bit dan keju. Sajian salad ini akan menyegarkan mereka yang memakannya dan memberi satu perisa yang baharu kepada mereka yang kurang mengemari salad.
Bahan-bahan:
4 bit kecil
16 strawberi
1 cawan keju ricotta
2 sudu kecil madu
2 cawan gula
½ cawan cuka
½ cawan madu
1 batang kayu manis
2 sudu besar daun pudina
½ sudu kecil garam
¼ cawan minyak zaitun
1 sudu besar cuka buah
¼ cawan badam marcona
Cara penyediaan:
Panaskan ketuhar hingga 200 darjah celcius. Panas bit tersebut dengan meletakkanya dalam foil aluminium. Sadurkan dengan minyak zaitun dan garam. Letakkan dalam ketuhar selama 20-25 minit dan bila sudah lembut, biarkannya sejuk sebelum mengupas kulit dan mengirisnya.
Pada periuk kecik yang lain, rebus strawberi dengan cuka dan masukkan 1 sudu kecil madu kedalamnya. Tambah kayu manis dan sambung merebusnya selama 3 minit. Selepas itu, toskan strawberry dan biarkannya ditepi.
Sos salad dibuat dengan mencampurkan minyak zaitun, 1 sudu kecil madu. Gaul hingga sebati.
Kemudian dalam mangkuk yang kecil, campurkan keju ricotta dengan 1 sudu kecil madu. Kemudian campurkan dengan strawberi tersebut dan bit. Selepas itu, hiaskan dengan badam dan juga daun pudina.
5. Salad Brokoli, Beri dan Walnut
Kredit: Paleo Leap
Kepada mereka yang tidak beberapa gemar dengan salad, apa kata anda mencuba resepi salad ini yang diperbuat daripada brokoli. Campuran brokoli dengan walnut membuat sajian salad ini ada keranggupan yang tersendiri, dan campuran beri biru dan kranberi memberi perisa masam manis yang unik.
Bahan-bahan:
7 cawan brokoli
¼ bawang merah (dihiris nipis)
130g beri biru
½ cawan kranberi
2/3 cawan yogurt
1 kulit limau
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar madu
2 sudu besar garam
2/3 cawan kepingan walnut
2 sudu kecil minyak zaitun
Cara penyediaan:
Letakkan kuali kecil dengan api yang sederhana. Masukkan kepingan walnut, minyak zaitun, madu dan ½ sudu kecil garam. Gaul campuran tersebut hingga ianya menjadi gelembung dan berkaramel. Walnut akan selesai dalam masa 5 hingga 8 minit. Apabila ianya sudah sejuk, hiris nipis walnut tersebut.
Potong kepala brokoli dan batangnya hingga menjadi satu inchi. Masukkan ke dalam mangkuk salad besar dan letakkanya di tepi dahulu.
Dalam mangkuk yang kecil, gaul yogurt, minyak zaitun, hirisan kulit limau, jus limau, madu dan satu sudu kecil garam. Tuangkanya ke atas brokoli tadi.
Masukkan bawang merah, beri biru, kranberi dan walnut yang telah disadurkan dengan madu ke dalam mangkuk salad.
Hiaskan dengan beberapa helai warna hijau dan nikmatinya.
6. Salad Kentang dengan Kerepek
Kredit: dreamers.id
Salad ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang garing dan sihat. Berbeza daripada salad kentang yang biasa, resepi salad ini tidak mempunyai mayonis yang akan menambah lemak dibadan anda. Salad ini juga antara yang paling mudah dibuat kerana ianya hanya memakan masa selama 20 minit untuk membuatnya.
Bahan-bahan:
1kg kentang
½ sudu besar garam
¼ cawan minyak zaitun
1 bawang merah kecil ( dihiris nipis )
¼ sudu besar cuka epal
1 sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil lada cayenne
2 cawan kerepek kentang
¼ cawan pasli
3 sudu kecil daun kucai
Cara penyediaan:
Letakkan kentang dalam periuk besar dan tuangkan air sejuk dan garam kemudian tutupnya. Biarkanya dalam periuk tersebut hingga mendidih (15-18 minit) dan kemudian tuangkannya kembali ke periuk untuk dikeringkan.
Sementara ianya disejukkan, panas kuali dengan minyak dan letakkan bawang dengan garam. Masak dan kacau bahan tersebut sehingga lembut.
Pindahkan bawang ke mangkuk besar. Gaulkan dengan cuka, lada hitam dan lada cayeene. Kemudian tambah kentang, kerepek kentang, daun pasli dan kucai.
Selepas itu, gaulkan bahan-bahan tersebut dengan ¼ sudu kecil minyak dan nikmatinya.
7. Salad Almond dengan Quinoa
Disamping rupa yang seperti nasi dan rasa yang unik, tahukah anda quinoa sebenarnya salah satu superfood yang paling berkhasiat? Salad bercampur quinoa memang sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang akan luar biasa. Ianya bukan sahaja penuh dengan zat, malahan ianya turut memberikan anda tenaga dari pagi sehingga ke petang. Cuba resepi salad yang unik ini dibawah.
Bahan-bahan:
¾ cawan quinoa kering
1 hirisan stawberri
450 gram beri biru
1 cawan ceri
2 sudu besar sirup maple
1 sudu kecil cuka balsamic
1 sudu besar jus limau
½ sudu kecil gara
½ badam yang dicincang
Cara penyediaan:
Didihkan satu periuk besar dan masukkan quinoa mengikut arahan pakej. Kembangkannya dengan garpu apabila selesai.
Potong strawberi dan ceri, kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar dengan beri biru.
Dalam mangkuk yang kecil, buat kuah salad tersebut dengan mengaulkan sirap maple, cuka balsamic, jus limau dan garam
Selepas itu, masukkan quinoa ke dalam mangkuk buah dan gaulkanya. Tuangkan kuah salad ke atas bahan tersebut dan biarkannya sejuk dalam peti sejuk.
Keluarnya dari peti sejuk apabila anda mahu memakanya.
Kepada mereka yang tidak mengemari salad, cubalah resepi salad di atas kerana anda mungkin mengubah pandangan anda tentang salad. Selamat mencuba!
Musim buah Avocado sudah bermula, berita baik untuk penggemar buah lonjong berwarna hijau berisi lembut dan lemak rasanya ini juga sudah mula dijual di kebanyakan pasaraya-psaraya utama. Sempena dengan musim ini juga, Taste Australia dengan kerjasama Jaya Grocer Starling Mall telah melancarkan kempen ‘Tasty And Nutritious Avacado’.
Sesuai dengan kempen untuk memberi kesedaran tentang makanan berkhasiat melalui pengambilan buah Avocado yang kaya dengan nutrisi yang baik untuk diet sihat. Menariknya, selain dapat berkongsi info berkaitan dengan buah avocado yang tengah musim di Australia ini, berikut RASA kongsikan tiga menu berasaskan avocado yang disediakan oleh Alexandra Prabahan (Certified Nutritionist and Health Advocate) sewaktu menunjukkan demo menyediakan tiga menu sihat yang sungguh lazat ini di majlis terserbut.
AVOCADO DEVILLED EGGS
BAHAN-BAHAN:
1 biji acocado masak
4 biji telur | rebus
2 sudu teh mustard
1 cubit cayenne
1 cubit paprika
Sedikit daun ketumbar
Sedikit perahan jus limau nipis
CARA MEMASAK:
Telur yang direbus dibelah dua, keluarkan telur kuning.
Masukkan telur kuning dalam mangkuk dan gaul rata dengan isi avocado, mustard, jus limau, cayenne dan paprika.
Gaul hingga rata dan cukup rasa.
Kemudian sudu atau paipkan ke dalam telur putih tadi dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Avocado Devilled Eggs sedia dihidangkan.
MALAYSIAN AVOCADO SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN:
1 biji avocado
1 sudu gula Melaka | dimasak dengan sedikit air dan daun pandan
3/4 cawan susu badam
1/4 cawan santan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
Kisar hingga halus
Tuangkan dalam gelas dan sedia dihidangkan.
Jika suka boleh tambahkan ais.
AVOCADO CHOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN:
1 biji avocado
1 biji buah pisang masak
1/4 cawan santan
1-3 sudu teh madu | boleh tambah atau kurang ikut citarasa
2-3 sudu teh serbuk koko | boleh tambah atau kurang ikut citarasa
Buah beri untuk topping
CARA MEMASAK:
Campurkn semua bahan dalam mesin pengisar.
Kisar halus, kemudian masukkan dalam mangkuk.
Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Hias atasnya dengan buah beri sebelum dihidangkan.
Kalau korang nak cuba menu yang disediakan ini, sebelum membeli avocado, berikut tip untuk mengenalpasti kematangan buaha avocado sebelum ia boleh diolah dalam pelbagai sajian atau dimakan terus:-
Belum masak : Kulit berwarna hijau cerah dan fizikalnya agak keras.
Hampir masak : Kulit berwarna seakan coklat dan tidak berkilat.
Sudah masak : Kulit berwarna hitam dan jika dirasa fiziknya lebih lembut.
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
JERUK MANGGA EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 plastik buah mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
2 genggam garam kasar
1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
1 kg gula
3 cawan air
2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Cara buat puding koktel ini mungkin banyak prosesnya tapi tengoklah hasilnya cantik sangat.Rasanya jangan bimbang memang sedap. Bagi memastikan puding sebegini kejadiannya pastikan ikut...