Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan kenyal. Sedap, senang pulak tu nak buat.
SAGU GULA MERAH
Ads
Bahan-bahan
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
Cara Penyediaan Sagu
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Air Gula Merah
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Ads
Penyediaan Susu
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
Cara Menghidang
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Warna hijau lembut kuih lompat tikam ini sahaja sudah menggoda jiwa. Apatah lagi dengan sos gula Melaka dan juga kuah santan. Terasa-rasa lemak manis yang sukar nak ditolak. Melalui facebook Anys Idayu Zakaria telah berkongsi resipi kuih lompat tikan versi Kelantan yang sangat disukai ramai.
LOMPAT TIKAM VERSI KELANTAN
BAHAN UNTUK TEPUNG
• 3 cawan tepung beras
• Garam secukup rasa
• Air kapur (boleh ganti dengan dua sudu tepung jagung. Tujuannya untuk bagi tepung tak lembik)
• 6 cawan air
• Air daun pandan (boleh guna dua titik pewarna hijau)
CARA MEMBUAT TEPUNG
1. Campur semua bahan dan tapis. Masukkan dalam kuali.
2. Kacau sampailah pekat dan likat.
3. Bila nampak menggelembung dan melompat, maknanya tepung tu dah masak.
4. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang. Ratakan tepung. Sejukkan supaya nanti nak ambil makan dah agak keras.
BAHAN KUAH SANTAN
• Santan sekotak
• Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH SANTAN
1. Panaskan santan dalam periuk dan kacau.
2. Masukkan garam.
3. Apabila dah mendidih, tutup api.
BAHAN AIR GULA MELAKA
• Seketul gula melaka.
• Kacau dan masak atas dapur. Tambah air. Ikut sukatan sendiri.
• Aku tambah sesudu tepung jagung nak bagi agak pekat sikit.
CARA MEMBUAT AIR GULA MELAKA
1. Hiris gula melaka
2. Masukkan dalam periuk dan tambah air. Biarkan gula hancur.
3. Tambah tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah. Siap.
Sesekali terasa nak makan kek coklat, pasti tercari-cari resipi yang sedap tetapi nakkan cara penyediaannya yang mudah dan ringkas. Ini resipi yang anda perlukan. Memang terlajak mudah. Comfirm puas hati.
KEK COKLAT KUKUS BERSAMA CHOCOLATE GANACHE
BAHAN KEK:
BAHAN A:
1 1/2 cawan tepung superfine
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
BAHAN B:
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
BAHAN C:
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Gaulkan rata semua bahan A dalam satu bekas.
Masakkan semua bahan B dengan api sederhana hingga sebati.
Pukul bahan C sehingga kembang dan bebuih.
Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bahan A ke dalam sebatian B dan C.
Letakkan dalam loyang dan kukus selama 45 ke 50 minit.
CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN:
350gm coklat masakan
200ml susu cair
100ml susu pekat manis
1 sudu makan butter
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk secara double boil dan masukkan semua bahan dan kacau sebati.
Sejukkan sebelum di tuangkan atas kek.
Info Chef: Untuk rasa kek yang lebih enak, pastikan anda meletakkan chocolate ganache dalam kuantiti yang banyak.
Kadangkala timbul rasa blur sampai tak tahu apa nak dihidangkan ketika minum petang. Mi goreng dah buat, mihun goreng dah buat. Jadi apa kata buat kuih pula.
Tak dinafikan, selera terhadap kuih tradisional Melayu memang menggamit selera untuk minum petang. Kuih goreng selalu jadi pilihan sebab mudah disediakan dan enak walau sudah sejuk.
RASA tampilkan 4 resipi kuih goreng iaitu karipap inti daging, karipap inti kentang, donut dan keria. Empat jenis kuih ini memang boleh jadikan minum petang anda sempurna.
KARIPAP PUSING INTI DAGING
BAHAN ADUNAN A
700 gram tepung gandum
3 sudu besar mentega (dicairkan)
250 ml air
Secubit garam
CARA MEMBUAT
Satukan bahan dan uli sehingga lembut ketepikan
BAHAN ADUNAN B
1 cawan mentega
1 cawan minyak masak
300 gram tepung gandum
CARA MEMASAK
1.Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana.
2.Masukkan mentega dan minyak masak ke dalam tepung gandum.
3.Masukkan air perlahan-lahan.
3.Uli sebati.
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 peket kecil serbuk kari
250 gram daging cencang
1 kg kentang (dipotong dadu)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk kari.
3. Letakkan daging cencang. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan kentang masak. Gaul perlahan.
5. Masak sehingga air kering.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil Adunan A, leperkan.
2. Bulatkan Adunan B. Masukkan dalam Adunan A seperti inti kemudian bulatkan.
3. Gelekkan dan gulung tepung menjadi panjang.
4. Potong bulat-bulat dan canai leper.
5. Masukkan inti dan kelim tepinya.
6. Goreng karipap dalam minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
KARIPAP INTI KENTANG
BAHAN DOH
1 kg tepung gandum
3 sudu besar mentega (dicairkan)
250 ml air
Secubit garam
CARA MEMASAK
1. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana.
2. Masukkan mentega dan minyak masak ke dalam tepung gandum.
3. Masukkan air perlahan-lahan.
4. Uli sebati.
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 peket kecil serbuk kari
1 kg kentang (dipotong dadu)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1.Tumis bawang besar dan bawang putih.
2.Masukkan serbuk kari. Kacau sehingga sebati.
4.Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan kentang masak. Gaul perlahan.
5.Masak sehingga air kering.
CARA PENYEDIAAN
1.Ambil doh dan leperkan.
2.Gelek doh dengan penggelek.
5. Masukkan inti dan kelim tepinya.
6.Goreng karipap dalam minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
DONUT GEBU
BAHAN-BAHAN
1 kg tepung gandum biasa
200 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1peket yis mauripan
15 gram bread improver
500 ml air
1 biji telur ayam gred A
100 gram marjerin
CARA MEMASAK
1. Masukkan tepung, gula dan garam halus dalam mangkuk adunan.
2. Pasang mixer. Masukkan air sikit demi sikit sambil pecahkan telur.
3. Masukkan marjerin dan adun sampai kental.
4. Keluarkan daripada mixer. Biar kembang dan tumbuk-tumbukkan.
5. Timbang atau anggar 40 gram. Buat bulat-bulat seperti buat roti.
6. Susun atas loyang. Tunggu sampai kembang dua kali ganda baru goreng.
7. Semasa hendak goreng, masuk jari telunjuk di tengah-tengah.
8. Apabila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
CARA PENYEDIAAN
1.Salutkan dengan gula dan hidang bersama kopi panas.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN
600 gram keledek
1 ¼ cawan tepung gandum
1 camca teh garam
Minyak masak untuk menggoreng.
BAHAN SIRA
½ cawan gula
1 cawan air
CARA MEMASAK
1. Potong keledek kepada 2 bahagian kemudian rebus bersama garam.
2. Biarkan keledek empuk.
3. Buang kulit keledek. Lenyek sehingga tidak berketul.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan garam.
5. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
6. Goreng, angkat dan toskan.
CARA SIRA GULA
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk.
2. Masak hingga pekat.
3. Salut keledek dengan air sira.
4. Sejukkan dan hidang.