
Bagi penggemar mangga, manisan ini wajib anda cuba.Manis, lemak serta dilengkapi hirisan mangga segar menjadikan ia begitu enak serta tidak muak. Kena cuba!
BAHAN-BAHAN
- 100gm biji sagu
- 2 biji isi mangga
- 100ml susu cair
- 50ml susu pekat manis
- Hirisan mangga untuk hiasan secukupnya
- Didihkan air di dalam periuk dan rebus biji sagu sehingga jernih atau masak.
- Kisar kasar isi mangga bersama susu cair dan susu pekat manis.
- Tuangkan ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama sagu yang telah direbus dan hirisan buah mangga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bihun Cakar Madu Ala Kuih Karas, Mudah Je Nak Buat

Siapa pernah dengar atau buat Bihun Cakar Madu? Rupanya seperti kuih karas, tetapi yang ini ditekap dalam bentuk bulat.
Resipi yang dikongsi Ida Zaida ini, menggunakan bihun dan rasanya rangup serta manis-manis buah.
Anak-anak mesti suka dengan hidangan ini yang comel dan sedap dikudap macam tu je.
BIHUN CAKAR MADU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan Yang Sedap & Menyelerakan
TONTON Biscoff Brownies
CARA-CARA:
1. Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak, kemudian masukkan pewarna pilihan.
2. Kacau-kacau sekejap. Bila agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun.
3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
5. Panaskan minyak dalam 1kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap, masukkan dalam apa-apa acuan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap (bahagian menekap ni kena cepat-cepat sebab dia tak kan melekat kalau dah sejuk).
saya guna gelas plastik ini untuk menekap
7. Kalau ada yang tak faham, boleh rujuk link video DI SINI.
Kredit resipi: Ida Zaida
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Sangat Masak Rendang Ayam Jawa, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Agar-Agar Yogurt Buah Campur, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk

Isi Kandungan
ToggleBestnya kalau cuaca panas-panas ni dapat makan makanan yang sejuk kan? Jom kita buat Agar-Agar Yogurt Buah Campur untuk berbuka puasa nanti. Tak perlu bahan yang banyak pun dah boleh buat satu hidangan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan. Hidangan ini ternyata lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Yogurt Asli yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan. Jom cuba, pasti licin sepinggan!
AGAR-AGAR YOGURT BUAH CAMPUR
Bahan-bahan:
- 20gram agar-agar kering/tali
- 200gram Fernleaf Yogurt Asli
- 200ml Fernleaf Susu UHT
- 400ml air
- 180gram gula
- 1 cawan buah-buahan campur
Cara Memasak:
- Satukan agar-agar kering dengan air dan gula. Didihkan hingga semua bahan larut. Tapis dan masukkan semula dalam periuk.
- Masukkan Fernleaf Susu UHT dan didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
- Tutup api, masukkan Fernleaf Yogurt Asli dan buah-buahan campur. Kacau sebati.
- Tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam. Hidangkan sejuk.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Dadih Homemade Sedap Tanpa Guna Serbuk Segera

Dadih homemade memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah dengan kos yang lebih jimat, mudah serta sedap. Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.
RESIPI DADIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar tali
- 4 liter air
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 400gm krimer coffeemate
- 4 sudu makan gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.
Kredit resipi & foto: Jafahana Sulaiman