Bagi penggemar mangga, manisan ini wajib anda cuba.Manis, lemak serta dilengkapi hirisan mangga segar menjadikan ia begitu enak serta tidak muak. Kena cuba!
BAHAN-BAHAN
- 100gm biji sagu
- 2 biji isi mangga
- 100ml susu cair
- 50ml susu pekat manis
- Hirisan mangga untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air di dalam periuk dan rebus biji sagu sehingga jernih atau masak.
- Kisar kasar isi mangga bersama susu cair dan susu pekat manis.
- Tuangkan ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama sagu yang telah direbus dan hirisan buah mangga.