Jika dahulu kurma daging antara hidangan yang tidak asing lagi di kenduri kendara, kini hidangan ini menjadi hidangan harian buat suri rumah. Aroma tumisan rempah-ratus serta rasanya yang berlemak menjadikan ianya kegemaran seisi keluarga terutama sekali bagi kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas. Selepas kekenyangan menikmati kurma daging, tepung pelita dijadikan pilihan sebagai pencuci mulut. Gandingan yang sedap tidak terkata.

Cabaran Saji-an Misteri minggu ini disambut baik oleh Datin Ismatia tatkala beliau menghidangkan dua menu ini. Sungguh teruja melihat aksi Datin Ismatia di dapur menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Dua hidangan yang pasti buat anda terliur dan tidak sabar untuk menikmatinya.

Kurma Daging

Saji-an Misteri, Ini Pemenang Minggu Pertama & Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

  • Minyak Masak SAJI
  • 1 cawan Santan Kelapa SAJI
  • Garam Gunung SAJI
  • Gula Kasar SAJI
  • Daging batang pinang
  • 5 sudu besar rempah kurma
  • Bawang merah – dihiris
  • Bawang putih – dihiris
  • Halia – dihiris
  • Rempah 3 sekawan
  • Daun pandan
  • Ubi kentang

 

Bahan Tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

 

Bahan Hiasan:

  • Bawang besar
  • Cili besar

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Masukkan sedikit Minyak Masak SAJI ke dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris, rempah tiga sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan.
  2. Bila sudah kekuningan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar dan masak sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan rempah kurma dan sedikit air supaya rempah kurma tidak hangus. Kacau sehingga naik minyak.
  4. Bila sudah kering masukkan daging dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Kemudian, masukkan sedikit air dan tutup masakan buat seketika.
  5. Masukkan satu cawan Santan Kelapa SAJI. Boleh tambah sedikit lagi air jika mahu.
  6. Tambahkan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar SAJI.
  7. Akhir sekali, masukkan ubi kentang, bawang dan cili besar. Masak sehingga daging empuk.
  8. Okay dah siap!

Tepung Pelita

Saji-an Misteri, Ini Pemenang Minggu Pertama & Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

  • Santan Kelapa SAJI
  • Gula Kasar SAJI
  • Garam Gunung SAJI
  • Tepung beras
  • Daun pandan
  • Air

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula buat lapisan berwarna hijau. Kisar 15 helai daun pandan dihiris nipis serta 4 cawan air. Kisar sehingga betul-betul halus.
  2. Kemudian tapiskan ia sebelum dimasuk ke dalam kuali, tambahkan secawan gula dan secawan tepung beras.
  3. Kacau dengan api yang perlahan sehingga betul-betul pekat, tidak melekat dan tepung bertukar warna hijau yang cantik dan berkilat.
  4. Kemudian masukkan sedikit gula ke dalam bekas acuan dan barulah masukkan tepung hijau yang dimasak tadi. Jangan letak terlalu penuh.
  5. Seterusnya untuk bahagian atas pula, masukkan 4 cawan Santan Kelapa SAJI, 1 sudu kecil Garam Gunung SAJI dan 4 sudu besar tepung beras.
  6. Kemudian kacau bahan-bahan tadi dengan api yang perlahan sehingga betul-betul pekat.
  7. Bila dah sebati, masukkan santan untuk lapisan atas tadi ke dalam acuan anda.
  8. Kukus tepung pelita selama beberapa minit.
  9. Tepung pelita dah siap dan boleh dihias dengan hirisan daun pandan.

 

Pemenang Minggu Pertama

IKLAN

Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu pertama. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.

  1. Zafira | @zafira5225
  2. Angle Keen | @angelkeen
  3. Honey Chan | @honeychmm
  4. Zarith Husna | @zarith.husna
  5. Ana | @cullah_canah

Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada cabaran minggu hadapan. Mana tahu ada rezeki anda. Jangan berputus asa okay!

 

 

IKLAN
 

Masak, Kongsi & Menang!

Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.

Saji-an Misteri, Ini Pemenang Minggu Pertama & Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap

 

Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet.

Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:

  1. Follow Instagram @majalahrasa @sajimalaysiaofficial
  2. Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
  3. Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.

Saji-an Misteri, Ini Pemenang Minggu Pertama & Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap

 

Tonton video Saji-an Misteri Datin Ismatia disini:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI