Makan

SAJI Aroma Beras Wangi Malaysia Sebagai Bahan Utama Dalam Masakan 8,000 Pek Bubur Lambuk di RASA Bubur Lambuk Rewang Wira

Share

Pada 22 Mac 2025 yang lalu, bersempena dengan RASA Bubur Lambuk Rewang Wira, sebanyak 8,000 pek bubur lambuk telah dimasak di Dataran Merdeka dan diedarkan di sekitar Kuala Lumpur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dari Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Para anggota telah turun padang untuk bersama-sama menyediakan pek-pek bubur lambuk bersama-sama sukarelawan dan komuniti setempat.

Kalau nak masak bubur lambuk, pastinya wajib ada beras. RASA Bubur Lambuk Rewang Wira kali ini takkan berjaya dihasilkan tanpa SAJI Aroma Beras Wangi Malaysia. Aroma pandan yang wangi dicampur dengan bahan rempah lain dalam penyediaan bubur lambuk ini memang sangat sebati dan menyelerakan. Hebat sekali produk tempatan ini – SAJI Aroma Beras Wangi Malaysia yang dihasilkan oleh FGV Holdings Berhad (FGV). Warga FGV juga turut turun padang untuk membantu membungkus bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai.

Sepanjang program ini berlangung di Dataran Merdeka, orang ramai yang datang ke reruai FGV berpeluang untuk memenangi hadiah percuma dengan setiap pembelian, selain daripada menerima sampul raya eksklusif SAJI AROMA secara percuma.

RASA Bubur Lambuk Rewang Wira kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Peristiwa yang meriah ini dihadiri oleh Encik Abdul Razak Bin Aya, Ketua Pertanian Bersepadu FGV; dan Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, yang bekerjasama dalam membantu pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai di Dataran Merdeka.

Published by
Nadzirah Rashid