Sajian Cina Dumpling Udang @ Ketam, Kelazatan Rasa Satukan Hati Kita.

Share

Siapa yang tak sukakan dumpling lembut dengan inti sayur dan isi udang. Ni kudapan yang sedap dimakan begitu sahaja, atau dijadikan sebagai sajian pembuka selera.

Min kalau makan kat restoran Cina Muslim , sajian ni memang dicari. Kalau ‘umat’ ramai jom kita buat sendiri. Rasa memang tak mengenal bangsa, keenakannya satukan hati kita rakyat Malaysia.

DUMPLING UDANG & KETAM


Bahan A – Untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandumGaram secukup rasa
  • 2 sudu besar tepung ubi @ tepung jagungSedikit pewarna (ikut suka)
  • Air ( yang ni kene agak2 je)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna (ikut suka)

Bahan B – Inti:

  • 150gm isi udang / ketam | dicincang halus
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 25 gm lobak merah | dicincang halus
  • Sedikit daun bawang | dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit tepung jagung (campur ngan sedikit air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan

CARA MEMASAKNYA :
Bahan A : Kulit
1. Campurkan tepung, garam dan pewarna. Gaul rata.
2. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh (tak melekit kat tangan)
3. Rehatkan dalam 15minit pastu baru bulatkan jadi bebola kecil. Ni agak2 la..kalau nak besar boleh je.
4. Pastu canaikan doh tadi. Tebal sikit je dari kulit popia..
5. Buat sampai habis.


Bahan B : Inti
1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau wangi.
2. Masukkan isi ketam / udang dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan lobak merah.
3. Masukkan pula garam, lada sulah dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau rata.
4. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata. Selepas itu biar sejuk.
5.Isikan inti di tengah kulit dumpling yang dah dicanai tadi dan sapukan sedikit air / telur putih di keliling inti. Bentukkan seperti mangkuk atau lipat seperti karipap (ikut suka)
6.Buat sampai habis.
7.Dumpling ni boleh dimasak secara kukus ataupun digoreng.

8.Boleh dimakan bersama mayonis atau sos cili.

Kredit Resepi : lin linda azlinda
FB : Rasa Terbaik Keluarga

Published by
Faridah Talib