Pergggh ..kalau dapat makan lauk-pauk berempah ni, pedas memangler tapi sedapnya sampai merecik peluh pun tak perasan. Lagi pulak kalau pekena lauk daging korban.
Lauk pauk daging pedas berempah, hot n spicy ni lama lagi lama mereneh lagi meresap rempah ratusnya. Kalau diperhangatkan esok hari pun masih ummph lagi.
Makan dengan nasi pun best, cicah roti pun bukan main sedapnya. Nah ni 4 sajian daging berempah yang pedas berempah, hot dan spicy sesuai dihidang di Aidiladha.
1. DAGING HITAM HALBA
.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat
2 labu bawang besar | mayang halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Saiz hidangan: 5-6 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma dan perisa halba yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
2. DAGING GORENG KETUMBAR
.
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm daging lembu muda |hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar | potong bulat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
3. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa ketumbar dan pedas lada hitam Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
3. DAGING MASAK JINTAN
.
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
8 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Daging empuk dan sebati dengan kuah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
Ads
4. DAGING TETEL DAUN SALAM
.
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tetel | rebus hingga empuk
2 batang serai |titik
2 helai daun salam
8 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih |kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Lemak tetel yang sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan tumis Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat
Ads
Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH TERKINI DAN CEKAP, JOM LAYARI DI SINI.
5 sudu besar rempah kerutuk – beli online di sini 1 pek kecil rempah masak cap bunga rose
BAHAN TUMIS:
Rempah 4 sekawan Minyak untuk menumis – beli online di sini 1 biji bawang besar | dimayang 3 biji bawang merah | dimayang 5 sudu besar cili boh
BAHAN LAIN:
2 kotak kecil santan – beli online di sini 3 sudu besar kerisik – beli online di sini ½ kerek besar nissey – beli online di sini Garam secukup rasa 1 mangkuk kecil air asam jawa 5 biji cili besar merah | dibelah 2 atau dipotong –beli online di sini 5 biji cili besar hijau | dibelah 2 atau dipotong 2 biji bawang besar | dibelah
CARA MEMASAK:
1. Tumis 4 sekawan hingga naik bau. 2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang yang dimayang, tumis lagi hingga garing. 4. Masukkan bahan kisar halus, tumis hingga naik bau dan masak cili hingga pecah minyaknya. 5. Masukkan rempah, tumis hingga sebati dan pecah minyak. 6. Kemudian, masukkan 1 cawan air, tumis lagi hingga mendidih.
7. Masukkan santan pekat, kacau sebati. Masukkan gula melaka/nissey dan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat. 8. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Renehkan dengan api kecil selama 20 minit lagi hingga kuah pekat. 9. Masukkan lada besar dan bawang besar, kacau-kacau. Siap dan tutup api.
1. Beras dibersihkan kemudian direndam dengan serbuk kunyit dan asam keping selama 8 ke 10 jam. 2. Kemudian, bersihkan beras tadi dan toskan. Masukkan dalam pengukus, letak daun pandan supaya wangi. Kukus selama 25 minit. 3. Santan perlu dimasukkan garam dan sedikit gula, biar rasa macam terlebih masin, nanti barulah pulut kita rasa berlemak. Kalau tak, pulut kita tawar je nanti.
4. Keluarkan pulut dari kukusan. Campurkan dengan santan, kacau perlahan atau arong. Jangan tekan-tekan pulut tu, kacau-kacau manja je, bagi serap semua santan. 5. Kukus lagi sekali selama 10 ke 15 minit. Siap. Tutup api. 6. Ada yang kukus sekali je, campur santan terus siap. Cara saya, kukus 2 kali supaya pulut tahan lama dan tidak cepat basi.
Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis. 2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.
3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.
4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.
6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.
11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.
Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok. Ni dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh sedap. Lembut dan mengenyangkan.
Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya. Wah boleh guna takoyaki pan ya, cantik aje hasilnya kan.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti daging :
100gm daging cincang
1/2 biji bawang Holland | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dipotong dadu
1 sudu makan rempah kari daging | dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
Daun sup secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan kuih cara :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air
1 sudu makan kunyit atau sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti daging :
Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak Bila dah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam.
Masak sehingga daging kering airnya
Cara masak kuih :
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul
2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil
3. Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara 4, Kemudian letak daging , daun sup , daun bawang dan cili
5. Masak atas api kecil. Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.