3 Menu Guna Tempe, Simple & Mengenyangkan

Share

Siapa yang tidak mengenal tempe, selain rasa yang lazat, manfaat tempe bagi kesihatan juga membuat tempe menjadi makanan yang sangat digemari. Tempe juga boleh diolah menjadi pelbagai jenis menu yang menggugat selera.

Tempe mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan tubuh. Bahkan boleh dikatakan kandungan nutrisi dalam tempe mengalahkan kandungan nutrisi dalam daging lembu.Kandungan protein dalam tempe lebih tinggi daripada daging. Kandungan lemaknya jauh lebih rendah. Tempe juga mengandungi kalsium dan fosforus yang jumlahnya jauh lebih tinggi daripada daging. Selain itu, tempe juga mengandungi zat antoksidan bernama isoflavon yang sangat baik untuk tubuh.

TEMPE NUGGET MASAM MANIS
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak dan rasa masam manis dan pedas
Anggaran kos: RM6

BAHAN-BAHAN:


1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1 biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1 biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
8. Sedia dihidangkan.

TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM15

BAHAN-BAHAN:
1 paket tempe | hiris
200gm udang | buang kulit
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
10 biji cili padi | hiris 1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi.


3. Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe.
4. Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika ingin dicampurkan dengan batang leek atau batang seleri juga boleh dan enak.

JEJARI TEMPE BERSAMA SOS KICAP
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak dan ranggup.
Anggaran kos: RM8
INFO CHEF: Anda boleh cicah dengan pelbagai sos ikut cita rasa jika tidak suka sos kicap.

BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan 1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam

BAHAN SOS KICAP:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
2. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
4. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
5. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
6. Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.

Published by
Putri Adila Saari