Sajian tradisional ini sungguh istimewa sekali. Campuran rempah ratusnya adalah resipi warisan zaman berzaman milik keluarga pemilik Bunga Lawang Cafe, Ruhil Shafinaz. Ia diwarisi dari moyang belah ayahnya yang berasal dari Muar, Johor. Rasa asli makanan kampung dari Johor ini pastinya mencetus rasa rindu air tangan ibu yang dikasihi. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Ruhil dan ibunya Hasnah Hassan ini.

Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!

 

AYAM GORENG JINTAN BLC

Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm isi ayam /dipotong saiz sederhana

BAHAN DITUMBUK KASAR:

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 2.5 cm halia

BAHAN HIRIS:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar /dihiris membulat
  • 2 cili hijau /dihiris kasar.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan isi ayam. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering.
  4. Goreng sampai ayam hingga empuk dan airnya sudah kering. Pastikan isinya sedikit garing di luar. Masukkan bahan yg dihiris dan gaulkan seketika dan padamkan api..
  5. Ayam goreng jintan sedia dihidang.

 

 

INFO CHEF : Untuk rasa rempah yang lebih berperisa dan sebati, anda boleh perapkan dahulu isi ayam dengan bahan yang ditumbuk kasar, sekurang-kurangnya setengah jam.

 

ASAM PEDAS KEPALA IKAN JENAHAK SAWI ASIN

Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kepala ikan Jenahak sederhana besar /dibersihkan
  • 1 tangkai sawi asin dipotong kasar.
  • 2 senduk minyak masak
  • 2 cawan air
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan menumis / dihiris:

  • 3 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2.5 sm halia

Bahan Dikisar/Jadikan pes basah :

  • 1 genggam cili kering direbus dulu
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan yg dikisar dan biar atas api sehingga naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan kepala Ikan dan sawi asin.
  4. Biar mendidih dengan api yang sederhana tambahkan air, garam dan perasa.
  • Biar mereneh seketika atas api yang perlahan dan asam pedas siap untuk hidangan..

 

INFO CHEF : Biasanya asam pedas yang berasal dari bandar raya Johor Bahru gemar meletakkan sawi asin. Anda boleh juga memasukkan bunga kantan dan serai bagi melazatkan lagi sajian.

 

SOTO AYAM BLC

Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu makan serbuk lada putih
  • Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
  • 2 sm kayu manis

BAHAN TUMIS – DIHIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5 sm halia

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5 sm halia
  • 1 sudu teh lada hitam

 

BAHAN SAMBAL CILI KICAP

  • Segenggam cili padi / ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih/ditumbuk
  • Kicap lemak manis ikut suka
  • 1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
  • (Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
  2. .Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih.
  3. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan gaul seketika.  Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Bila ayam sudah masak, keluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  5. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
  6. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mihun yang dicelur.
  7. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik.
  8. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.

 

INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.

 

 

SOTONG MASAK HITAM BLC

  Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!

BAHAN-BAHAN:

  • 6- 7 ekor sotong saiz sederhana

 

BAHAN A:

Ads
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1/2 inci halia /ditumbuk kasar
  • 1/2 inci kunyit hidup |ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

 

BAHAN B:

  • 1 biji bawang besar |dihiris bulat
  • 2 – 3 biji cili hidup | padi
  • 1 batang serai |diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
  2. Kemudian tos dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan 1 dan serai.
  4. Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan seketika. Masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
  5. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.

 

INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.

 

DENDENG DAGING

Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!  

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 1/2 kg cili merah | buang biji dan kisar kasar
  • 1/2 kg bawang besar |dikisar
  • Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
  • 2/3 sudu makan cuka
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging hingga lembut.
  2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
  3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
  5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
  6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

Ads

INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.

 

Penyelaras: FARIDAH TALIB

Foto: MOHD IZARI ROSLI

Terima Kasih: Bunga Lawang Cafe

Resipi: Hasnah Hassan dan Ruhil Shafinaz Hussein

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI