Restoran Ummis Hijau Kasturi yang bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari.
Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diRaja Brunei selama lebih dari lapan tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada di kalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.
Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat di sini.
Buat mereka yang mengenali pemilik serta chef di restoran ini, sudah pasti mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian.
Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana.
Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan,Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
Patutlah Dapat 30K Share Di FB, Resipi Colek Kampung Ni Memang Padu
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap & Mudah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI