Sajian Mudah Berasaskan Mi, Pilihan Tetamu Di Majlis Rumah Terbuka!

Share

Menyediakan hidangan untuk sajian rumah terbuka berasaskan mi dan bihun semestinya menjadi hidangan paling popular untuk disediakan. Malah hidangan ini menjadi pilihan tetamu. Chef Obie berkongsi 4 resipi untuk kamu cuba jika membuat majlis rumah terbuka nanti. Hidangan ini juga sesuai dimasak untuk majlis ‘potluck raya’ di pejabat.

 

 

BEE HOON GORENG PERANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Bee Hoon Perang | direndam dan toskan
  • 7 ulas bawang putih | dicincang
  • 5 biji shallot | dimayang
  • 1 sudu makanserbuk lada sulah
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 4 biji tomato | hiris atau dadu
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Daun sup secukupnya
  • Hirisan kobis sedikit
  • 1 ssudu makan stok ayam
  • 3/4 sudu makan garam bukit
  • 3/4 sudu makan gula perang
  • 3/4 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan shallot hingga wangi, masukkan air. Biar mendidih.
  2. Masukkan bee hoon perang, stok ayam, garam bukit, gula perang, lada sulah, lada hitam. Gaul mesra.
  3. Masukkan tomato, kobis, daun ketumbar dan sup. Kacau hingga bee hoon masak.
    Siap utk dihidang.

 

MI HAILAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 paket mi kuning
  • 8-10 ekor sotong/udang | potong nipis
  • 1 keping fish cake
  • 200 gm sawi hijau
  • 100 gm kobis
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap karamel
  • 1 ketul kiub ayam
  • 4 ulas bawang putih | ketuk
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung | bancuh dengan air
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak bijan

CARA MEMASAK:

1. Celurkan Mee Kuning.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut. Masukkan mi kuning.
4. Masukkan kicap cair dan karamel, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan pula sayur kubis dan sawi.
5. Perasakan dengan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat.
6. Akhir sekali letak satu sudu kecil minyak bijan atas permukaan mi hailam dan hidangkan.

 

MI REBUS JOHOR

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm Keledek oren | direbus dan kisar
  • 5 sudu makan udang kering
  • 3 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 180gm udang sederhana
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji bawang merah | dikisar
  • 500gm tulang/ daging tetel lembu/daging lembu | direbus ambil air rebusan 2liter
  • 2 sudu makan taucu
  • 1 batang serai | diketuk
  • 1 inci lengkuas | diketuk
  • Gula dan garam sebagai perasa
  • 3 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai, udang kering sebentar, kemudian masukkan rempah kari kacau mesra dan masukkan air rebusan dan lengkuas.
  2. Apabila mendidih masukkan keledek,taucu, udang kacau hingga memekat, perasakan dengan gula dan garam.
  3. Siap untuk dihidang bersama bahan sampingan mi kuning, tauhu goreng, cili hijau, telur rebus, tepung goreng rangup.

 

 

MEE BANDUNG MUAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 liter air rebusan daging | daging dihiris
  • 200gm udang | size sederhana
  • 4 sudu makan udang kering | dikisar
  • ½ cawan cili | dikisar
  • 1 inci halia tua | dikisar
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • ½ cawan sos tomato
  • 200gm keledek | direbus dan dikisar
  • 100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar kasar
  • Sedikit sawi, lobak merah, buah tomato dan kobis
  • Gula dan garam sebagai perasa
  • Minyak secukupnya
  • Telur

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak, masukkan air rebusan beserta hirisan daging dan udang biar mendidih, masukkan keledek, kacang tanah, sos tomato, kacau mesra, masukkan sayuran dan perasakan.
  2. Akhir sekali pecahkan telur dan matikan api. Siap untuk dihidang bersama mi kuning yang telah dicelur.

 

Kongsi resipi: INSTA FAMOUS: CHEF OBIE

Published by
Mastura Abu Kassim