Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk sarapan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai, snek sedap dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi putih
10 gm bawang merah kecil | dicincang
10 gm daun bawang | dihiris
4 ulas bawang putih | dicincang
15 gm kismis
2 cawan serbuk roti
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
4 cawan minyak masak
20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil
10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil
10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil
3 sudu makan tomato puri
2 helai daun bay
1 sudu besar thyme kering
1 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih. 3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa. 5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati. 6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum. 7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit. 8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak. 9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis masakan: Sajian Itali Cara memasak : Goreng Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef :Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna
1sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
4 cawan gula putih
½ cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan minyak masak
Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS
Ads
BAHAN-BAHAN :
2 cawan susu segar
1 1/2 sudu makan yis
6 sudu makan gula perang
4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam halus
1/3 cawan baking soda
3 cawan air suam
8 sudu makan mentega | dicairkan
Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari) 2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit. 3. Masukkan mentega dan gula. 4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus. 5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit. 6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam. 7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar. 8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC. 9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang. 10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas. 11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper. 12. Renjis dengan garam kasar. 13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan. 14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
Ads
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
5 keping kulit popia | dipotong 12
200gm udang
50gm tepung
20gm mentega
20gm bawang merah
200gm ‘heavy cream’
10gm lada hitam
10gm cendawan butang | dimayang
20 gm keju
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : Cara masak inti quiche : 1. Cairkan mentega dalam kuali. 2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang, 3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam. 5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api. Cara membuat acuan quice : 1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian. 2. Lalu disusun dalam acuan muffin 3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit 4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi. 5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven. 6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
400 gram daging cencang
3 biji bawang Holland (dibelah dua)
5 helai daun oregano (dicencang halus)
½ kg serbuk roti
2 biji telur
300 gram tepung gandum
1 sudu teh paprika
Serbuk perasa
Keju krim (untuk sos)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK : 1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa. 2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan. 3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella. 4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum. 5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti. 6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan. 7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kanak-kanak memang suka makan snek terutamanya nuget ayam. Oleh itu anda boleh hasilkan hidangan ini secara homemade. Jika buat sendiri, anda boleh mengawal jumlah garam serta abaikan penggunaan MSG. Lebih sihat malah lebih jimat. Jom cuba!
NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN NUGET:
4 keping isi dada ayam ( kisar)
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar ( optional)
1 sudu teh lada sulah
3 sudu makan tepung gandum ( liza guna breadcrumbs sebab tepung habis. Jumlahnya bergantung pada tekstur adunan.)
Sedikit minyak zaitun ( jika ada. Boleh gandti dengan minyak lain)
Sedikit garam
BAHAN SALUTAN:
Telur
Serbuk roti ( breadcrumbs)
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, telur, bawang putih, bawang besar dan lada sulah. Kisar.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung gandum ( Nor Azliza guna serbuk roti kerana kehabisan gandum), minyak dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
3. Kukus adunan hingga setengah masak dan bentukkan mengikut kreativiti anda. Jika sukakan keju, boleh tambah keju mozarella dalam isi ayam tadi.
4. Untuk menyalut nuget, celup kepingan nuget ke dalam telur dan golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti. Ulang langkah sama hingga adunan nuget habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Untuk menghasilkan nuget tempura, gantikan serbuk roti kepada tepung goreng ayam yang telah dibancuh dengan air serta telur. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
7. Kemudian celupkan nuget ke dalam bancuhan tepung dan golekkan ke dalam serbuk tepung ayam. Goreng hingga keemasan.
Biarpun bermacam-macam kek moden yang dihiasi aising, ganache atau fondan menjadi kegemaran ramai, namun kek lama masih menjadi pilihan bagi memeriahkan Aidilfitri. Bukan sahaja rasanya enak dan mudah disediakan, malah ia juga menggamit kenangan beraya bersama keluarga.
1. KEK BUAH
BAHAN A:
300 gm mentega
280 gm gula kastor
6 biji telur
BAHAN B:
1 kg buah-buah campuran kering | gaul dan rendam selama 4-5 jam
1 cawan | jus oren
BAHAN C:
360 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh serbuk kayu manis
CARA MEMASAK:
Pukul bahan A sehingga kembang dan masukkan telur.
Campur bahan B. Gaul dengan sudu kayu.
Masukkan tepung dan gaul perlahan dengan senduk kayu hingga sebati.
Bakar selama 45 minit pada suhu 165C.
Info Chef : Boleh juga gunakan jus dalam tin/kotak.
2. CHOCOLATE SWISS ROLL
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
3 biji telur
60 gm gula
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar ovallate
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu besar susu tepung
60 gm mentega – cairkan
Krim segar secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul bahan A dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim.
Masukkan mentega cair. Kaup balik dengan hingga sebati.
Tuang adunan dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak. Ratakan.
Bakar suhu 170° S selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
Biarkan kek sejuk. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Buang kertas alas bakar tadi.
Sapukan permukaan kek dengan krim mentega dan gulung kek dengan cermat.
Info Chef : Krim segar boleh dibeli di pasar raya (dalam kotak). Hanya pukul sehingga kembang.
3. KEK LAPIS BLUEBERRY
BAHAN A:
20 biji telur (gred A) / | pukul 7 putih telur sahaja
280 gm gula kastor
BAHAN B:
450 gm mentega
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil vanila
BAHAN C – DIAYAK:
140 gm tepung halus
2 sudu teh rempah kek
BAHAN D:
1 sudu teh esen blueberry
1 sudu teh pewarna ungu
CARA MEMASAK:
Asingkan 7 putih telur dan pukul bersama gula (bahan A).
Pukul kuning telur (asingkan).
Pukul bahan B dan masukkan Bahan C. . Kaup balik dan campur bersama bahan adunan tadi.
Bahagi kepada dua bahagian dan campurkan D pada salah satu adunan.
Bakar berselang seli selama 15 minit setiap lapis sehingga habis pada suhu 170°S.
Info Chef : Pastikan anda menggunakan senduk kayu ketika mengaup-balik adunan.
4. MUFFIN VANILA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur saiz besar
1/2 cawan mentega – cairkan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula, esen vanila dan kemudian masukkan mentega yang dicairkan. Kacau sebati. Tuang sedikit demi sedikit dalam tepung. Kacau sebati.
Sudu kan dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20 minit pada suhu 165°S.
Info Chef : Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
5. KEK BATIK MILO
BAHAN A:
200 gm Milo
250 gm mentega
230 gm susu pekat
1 sudu teh vanila
BAHAN B:
300 gm biskut Marie
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan A. Masak guna kaedah `double boil’.
Patah-patahkan biskut dan gaulkan dengan bahan A.
Tekan dalam Loyang 10×10. Sejukkan sebelum potong.
Info Chef : Bagi menambah kesedapan, boleh cuba taburkan horlick, oat atau kekacang sebagai ‘topping’.
6. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
6 biji pisang – dilecek
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
¾ cawan mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang/vanila
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pisang lenyek, garam dan soda.
Pukul telur, gula dan esen pisang hingga kembang. Masukkan mentega cair.
Tuang adunan pisang dalam adunan telur. Kaup balik hingga sebati.
Bakar selama 40 minit pada suhu 165°S.
Info Chef : Pisang berangan dan embun antara yang sedap digunakan untuk kek pisang.
7. KEK GULA HANGUS
BAHAN A:
1 ¼ cawan gula halus
1 cawan air panas
125 gm mentega
BAHAN B:
4 biji telur gred A
¼ cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Buat gula hangus. Masukkan air panas perlahan lahan. Masukkan mentega cair.
Pukul perlahan telur dengan senduk kayu dan campur susu pekat serta vanila.
Campurkan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan dalam loyang.
Biarkan adunan 4-5 jam sebelum bakar pada suhu 165°S selama 40-45 minit.
Info Chef : Sebaiknya jangan menggunakan pengadun elektrik ketika memukul telur.
8. KEK COKLAT
BAHAN A – DIAYAK BERSAMA:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 ½ sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
BAHAN B:
250 gm mentega
¾ cawan gula kastor
¾ cawan gula perang
3 biji telur
1 ¼ cawan susu mentega
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila.
Selang-seli kan bahan A dan susu mentega. Akhiri dengan bahan A
Bakar selama 25 minit pada suhu 160°S.
Info Chef : Kek ini juga enak jika dimasak secara kukus.
Mendengar celoteh pelakon dan pengacara Sharifah Shahira atau Shira memang tidak kering gusi ketawa. Ada saja gurau sendanya yang mencuit hati. Istimewanya kali ini selebriti ini digandingkan pula dengan Dato’ Chef Wan. Maka gamatlah suasana sepanjang sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang Ramadan nanti
Berkongsi Nostalgia Ramadan bersama selebriti yang berasal dari Pahang ini mengakui antara masakan yang digemarinya ialah gulai tempoyak, sambal belimbing dan kulat sisir. Seingat Shira emak akan masak seperti orang dulu-dulu antaranya ikan cencaru belah belakang. Tambah Shira keluarganya menyukai mi yang berkuah.
Shira akui dia paling menyukai laksam.“ Nak cari laksam yang menepati selera memang sukar. Kami dulu buat sendiri. Arwah nenek menyediakan palang khas untuk menjemur tepung ini dikukus. Bancuhan tepung perlu dibuat sebaiknya. Kuahnya juga tidak manis, isi ikan dirasai, sedikit campuran lada hitam ,bunga kemangi dan dimakan dengan sambal. Itulah ramuan laksam paling sedap. Laksam ni kita buat untuk dijual juga,” cerita Shira.
Mi kari juga amat digemari Shira dan menjadi menu wajib di kala Ramadan. Kalau sudah buntu tidak tahu nak makan apa, itulah menu menyelerakan , makan sehingga waktu sahur. Manakala manisan pula Shira menyukai Puding diraja .
Dato’ Chef Wan menyediakan dua masakan yang digemari oleh selebriti ini dengan olahan istimewa iaitu Mi Kari dan Agar Agar Pandan. Sungguh menyelerakan untuk idea berbuka puasa nanti.
MI KARI Bahan-bahan:
350gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200gm bebola ayam (dibelah dua)
100gm kek ikan
150gm udang ( dibersihkan dan dibuang kulit kecuali ekor)
600gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200gm taugeh (dibuang ekor dan dicelur)
2 keping tauhu lopong ( tauhu pok)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
45gm rempah kari daging basah
500ml (2 cawan) santan cair (diperah dari pada 1 biji kelapa parut)
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3cm ( 1 inci ) kulit kayu manis
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato (dipotong kecil)
3 tangkai daun kari
625ml air ( 2 ½ cawan)
1/2 sudu teh garam
2-3 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
Daun pudina
Stok rebusan udang
Pes rempah:
3 ulas bawang merah }dikupas
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2cm halia }dikupas dan dihiris
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan masak sehingga naik bau.
2.Masukkan daun kari dan udang kering. Kemudian masukkan rempah kari daging basah dan goreng sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sedikit udang untuk perasa. Masukkan santan dan stok rebusan udang lalu kacau sebentar.
4.Masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu lopong.
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6.Masukkan segenggam daun pudina dan dua batang daun bawang yang sudah dipotong.
7.Kacau dan biar ia didih untuk seketika. Masukkan bawang goreng. Biarkan seketika untuk udang masak dengan betul.
8.Sedia untuk dihidang.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
30gm agar-agar tali
2 cawan santan pekat
600ml air
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
1 cawan gula pasir
PENYEDIAAN AGAR-AGAR:
1.Sukat air masak sebanyak 600 ml dan masukkan ke dalam periuk.
2.Rendamkan agar-agar dan masukkan secawan gula pasir.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kacau
PENYEDIAAN ADUNAN SANTAN DAN PANDAN:
1.Masukkan santan pekat dan boleh tambahkan air jika tidak cukup
2.Masukkan 100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
3.Masukkan telur dan 2 cubit garam.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan adunan santan dan air pandan ke dalam agar-agar.
2.Kacau dan pastikan adunan itu tidak pecah untuk seketika.
3.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4.Biarkan agar-agar sejuk seketika dan boleh dinikmati.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.