Hidangan ini sangat sesuai bagi anda yang gemarkan lauk pauk moden. Rasa mentega dan susu cair memberi rasa lemak berkrim. Boleh juga tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
- 5 biji cili padi | dihiris
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 tin susu cair
- 3 tangkai daun kari
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
- Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
- Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Esok Hari Kebangsaan, Jom Cuba 5 Sajian Cina, Stail ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia.
Hari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah. Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga ‘taukeh’ restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah .
Menariknya masakannya stail ala Hong Kong tetapi telah diolah semula oleh Datin Haslinda mengikuti selera dan citarasa rakyat Malaysia. Jika anda nak bersantai cuti Hari Kebangsaana boleh aje menjamu selera di restoran ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Jom kita semak dan cuba resipi yang dikongsi ini.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100gm bawang putih
- 100gm bawang besar
- 50gm serai
- 100gm lada merah
- 150gm pes cili @ cili boh
5 keping asam keping
50gm asam jawa
50ml air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan di potong kasar dan digoreng sekejap sahaja :
(secukupnya ikut citarasa)
- Kacang panjang
- Kacang bendi
- Tomato
- Bawang besar
- Lada merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus dalam pengukus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
4. Campurkan sedikit air jika rasa agak kering.
5. Masukkan ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
| dikisar satu persatu
- 100gm bawang putih
- 100gm lada merah
- 50gm cili kering
- 50gm serai
- 50gm belacan
- 50gm udang kering
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1.Udang galah yang sudah dicuci bersih gorengkan separuh masak.
2. Bahan-bahan yang dikisar ditumis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang telah digoreng
4. Gaulkan dan biarkan masak dan naik minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHANNYA :
- 300gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng setengah masak
- 15gm lada hitam
- 50gm marjerin
- 100gm sos cili
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan lada hitam, sos cili dan gula , dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan pula ayam dan gaul lagi hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. TAUHU LABU
BAHAN-BAHAN :
- 2 batang tauhu Jepun
- ¼ biji labu kuning
- ½ paket cendawan putih Shimeji
- 200gm brokoli
- 1 ulas bawang putih
- Minyak untuk mengoreng
- Stok ayam secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak, dan goreng tauhu hingga kuning.
Cara masak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinya menggunakan sudu dan buang kulitnya.
5. Kisar halus isi labu tadi.
6. Kemudian panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga kuning.
7. Masukkan labu yang dikisar tadi dan kacau mengikut citarasa pekat atau cair.
8. Sambil kacau masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Ketepikan sos labu.
9. Rebus brokoli dengan sedikit minyak.
10. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
11. Letakkan tauhu ditengah pinggan kemudian siramkan dengan sos labu tadi
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 300gm sayur kailan
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dan toskan minyak agar garing. Ketepikan
3. Batang sayur kailan digoreng bersama bawang putih dan garam secukup rasa.
4. Taburkan daun sayur kailan yang digoreng tadi di atas batang sayur kailan
5. Siap untuk dihidangkan.
Terima kasih : Restoran Haslinda Sim Abdullah
Alamat : No. 46, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 1100 pagi – 1030 malam
Sukakan Sajian Berempah? Spanish Eggs With Masala Ni Sesuai Anda Nikmati Sewaktu Sarapan Esok.
Sajian fusion yang disesuaikan dengan cita rasa Melayu ini menjanjikan kenikmatan dalam setiap suapan. Memang rugi kalau tak cuba.
SPANISH EGGS WITH MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 2 biji tomato masak ranum | di potong dua
- 1 tin kacang panggang
- 1 tin sup tomato
- 1 sudu makan serbuk masala
- 1 sudu teh herba basil
- 1 sudu teh stok ayam
- Garam dan lada secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Oleskan remekin dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sup tomato, kacang panggang, serbuk masala dan stok ayam lalu gaul sebati.
- Kemudian susunkan tomato yg sudah dihiris dua.
- Pecah telur dan masukkan ke dalam remekin sebiji demi sebiji.
- Taburkan herba basil dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Hidangkan panas-panas bersama roti bakar atau roti bawang putih untuk rasa yang lebih enak.
Resipi Gulai Kunyit Telur Ayam Cara Orang Pantai Timur
Resipi gulai kunyit ini, cara orang Pantai Timur. Biasanya gulai seperti ini menggunakan telur itik tapi jika nak menggunakan telur ayam pun boleh juga.
Gulai kunyit ini kalau dihidang, kombinasi yang paling padu adalah ikan goreng dan sambal belacan. Gabungan ini memang boleh buat kita menambah nasi. Bagi yang nak belajar cara buat gulai ini boleh rujuk perkongsian Aftisa Fahmy.
Resipi gulai kunyit telur stail pantai timur
Bahan-bahan
4 biji telur ayam
200 ml santan
Asam keping
1 batang serai dititik
Tomato/cili hijau
Bahan kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1-2 inci kunyit
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar cili boh
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air bersama santan. Didihkan sebentar.
3. Masukkan serai dan asam keping.
4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Biarkan didih dengan api sederhana.
5. Boleh pecahkan telur satu persatu. Perlahan kan api. Kacau sedikit saja untuk elak telur pecah.
6. Bila telur dan masak boleh masukkan masukkan tomato dan cili hijau. Siap!
Tip telur cantik tak pecah dalam gulai
Jika bimbang telur hancur jika dimasukkan terus boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur elok.
Sumber: Aftisa Fahmy