Masak apa pun sedap kalau ada sotong. Jangan biar dalam peti sejuk aje..Cuba masak cepat. Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya. Ni min kongsi dua sajian sotong dimasak stail masakan Cina dan yang satu lagi ala tradisional.
Mudah aje masaknya. Tapi ingat tau, sotong ni jangan masak lama sangat, nanti liat pulak. Boleh lah cuba resipi nih…
1. SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
- 300 gm tauchu
- 120 gm bawang merah
- 120 gm bawang putih
- 40 gm cili padi
- 400 gm cili merah
- 120 gm cili boh
- 120 gm sos plum
- 30 gm sos tiram
- 90 gm halia
- Gula secukupnya
- 50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
- 200 gm cili boh
- 60 gm bawang besar
- 60 gm bawang putih
- 40 gm cili kering
- 40 gm cili padi
- 40 gm tauchu
- 40 gm asam jawa
- 200 gm sos tomato
- 200 gm sos cili
- 10.air putih.80 gram
- 80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api
4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian China
Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2 . KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
- 5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
- 1 cawan beras pulut
- 1/2 cawan setengah santan
- 6 ulas bawang merah | dimayang
- 2.5 sm halia | dimayang
- 1/2 sudu teh halba
- 2 batang serai | diketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong
2. Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam.
3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi.
4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan.
5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit.
6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang
Masa memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
INGIN MEMBELI PETI SEJUK BARU UNTUK KEKALKAN KESEGARAN MAKANAN LAUT. JOM BELI DI SINI
JOM TRY JUGAK RESIPI INI :
Nasi Goreng Sotong Pedas Menyengit, Kecur Air Liur Dibuatnya
DAN JUGA RESIPI INI :
ANDA BOLEH TENGOK JUGA VIDEO INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI