Negara Thailand bukan hanya popular dengan destinasi yang menarik di kalangan pelancong malahan masakan Thai sungguh menggamit rasa. Aroma masakan menyelerakan dengan garapan rempah ratus yang menjadi kemestian dalam penyediaan masakan Thailand. Masakan Thailand kaya dengan rasa aslinya. Dalam menu hidangan pasti ada rasa pedas, masam,manis dan masin yang seimbang. Maka tidak hairan masakan Thailand menjadi kegemaran ramai. RASA menyediakan menu tradisi Thailand yang kekal popular hingga kini.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
AYAM PANDAN ( GAR HOR BAI TOEG )
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Perap,kukus dan goreng
Jenis masakan :Hidangan sampingan
Keistimewaan: Aroma daun pandan yang amat menyelerakan
Anggaran kos : RM 7.00

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1/2-1 sudu makan serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu makan cili kisar)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu makan kicap pekat)
sedikit garam
daun pandan saiz besar secukupnya
bilah pencungkil gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus:
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 ketul kunyit hidup

Cara memasak:
1. Bersihkan ayam. Tos seketika.
2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencungkil gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
3. Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakkan dari daun terbuka.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
DAGING MASAK KARI HIJAU ( GAENG KIAW WAN )
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan :Hidangan sampingan
Keistimewaan: Pedas dan lemak serta wangi aroma daun selasih
Anggaran kos :RM 7.00

Bahan-bahan :
1kg daging | potong nipis
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
500ml santan pekat
2 biji terung bulat | belah empat
2 biji limau purut | perah dan ambil jus
80gm gula kabung
Sedikit sos ikan
Sedikit garam dan lada putih
200ml air
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:
15 tangkai cili hijau
9 tangkai cili padi
2 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
4 batang serai
5 helai daun limau purut
4 tangkai daun ketumbar
4 helai daun selasih
1 sudu teh belacan
Sedikit kulit limau purut

Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2.Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis, tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan daging dan kacau hingga sebati.
4.Kemudian masukkan sos ikan, gula kabung dan jus limau purut. Tuangkan sedikit air, masak daging sehingga kecut dan gulai mendidih.
5.Akhir sekali, barulah masukkan santan dan terung bulat, gaul sebati. Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
SEAFOOD PAPRIK
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumisan
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Pedas dan manis
Anggaran kos :RM 7.00

Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
100gm udang
100gm sotong
100gm bunga kubis
5gm kacang panjang
1/2 biji bawang Holland
1/2 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
Sedikit daun limau purut

Bahan B
3 ulas bawang putih
2 sudu makan cili boh
Sedikit minyak masak

Ads

Bahan C
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili sos
Sedikit kicap pekat
Gula dan garam secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang dan sotong
3. Biarkan seketika, lalu masukkan bahan A dan biarkan selama dua minit sambil kacau
4. Akhir sekali masukkan pula bahan C dan biarkan ia mendidih
5. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
AYAM KOM POO THAI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumisan
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Pedas dan manis
Anggaran kos :RM 7.00

Bahan-bahan:
2-3 keping dada ayam | dihiris nipis
2-3 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh serbuk ketumbar
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 inci halia| ditumbuk bersama bawang putih
3-4 tangkai cili kering | boleh dipotong  lebar 1 inci atau digunting serong lebar ½ cm
2-3 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar | dibelah 4 atau 6 (bergantung pada saiz)
Lada benggala / capsicum | dipotong dadu besar
½ cawan air | boleh kurangkan atau lebihkan ikut selera
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1.Hirisan ayam digaul dengan garam dan tepung jagung, digoreng sehingga masak, tak perlu garing.
2.Kurangkan minyak dalam kuali dan goreng hirisan lada kering. Ketepikan.
3.Tumis bawang putih dan halia sampai garing. Jangan hangus.
4.Masukkan campuran sos cili dan sos tiram, tuang air.
5.Bila dah didih masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau ayam dan sos tadi hingga rata.
6.Masukkan bawang besar dan capsicum yang sudah didadu. Gaul sekejap dan siap.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
GULAI SIAM IKAN TENGGIRI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Lemak pedas
Anggaran kos :RM 7.00

Bahan-bahan:
500gm ikan tenggiri
10 tangkai cili kering
15 biji cili api
3 batang serai
1 inci lengkuas
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup | (Cili kering, cili api, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih, belacan dan kunyit hidup dikisar bersama) 3 cawan santan (1 biji kelapa)
Sebiji terung bulat yang kecil
5 batang kacang panjang (dipotong pendek)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
10 biji buah belimbing buluh
3 biji cili hijau (dibelah dua)
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, terung bulat, kacang panjang dan daun limau purut. Biarkan mendidih.
4. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan garam. Kemudian perlahankan api. Biarkan mendidih dan pecah minyak.
5. Apabila kuah sudah pekat, tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
AYAM SELASIH THAI ( PAD KRA PAO GAI )
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Manis & pedas
Anggaran kos :RM 7.00

Bahan-bahan :
2 keping dada ayam saiz besar dicincang halus
5-6 ulas bawang putih
7-8 biji cili api (kalau tak makan pedas boleh kurangkan)
1 biji cili merah
Daun kemangi/basil dalam 20-30 helai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap masin
½ sudu teh serbuk ketumbar
Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Tumbuk halus bawang putih dan cili api.
2. Masukkan serbuk ketumbar.
3. Tumis hingga naik bau, masukkan ayam cincang, masuk air sedikit kalau nak
berkuah boleh lebihkan air.
4. Masukkan segala sos dan kicap.
5. Masukkan cili api dan daun selasih. Masukkan gula dan garam secukup rasa .
6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
SEA FOOD TOM YAM GONG
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Lemak pedas
Anggaran kos :RM 10.00

Bahan-bahan:
3 ekor udang saiz L
3 ekor sotong – dihiris bulat
2 batang serai – dihiris halus
2 inci lengkuas – dihiris halus
5 helai daun limau perut-dihiris halus
6 batang cili padi – dihiris halus (kurangkan jika tak suka pedas)
2 biji limau nipis – ambil jusnya
4 biji tomato – belah 2
1 pokok daun ketumbar – dimayang
1 peket perencah Tom Yum
1 kiub Tom Yum
1 kiub ikan bilis
2 sudu makan stok ikan
1 sudu makan gula
100ml santan KARA
air secukupnya

Cara memasak:

1.Rebus air bersama hirisan serai, daun limau perut dan lengkuas hingga mendidih

2.Setelah mendidih masukkan perencah Tom Yum, kiub Tom Yum, kiub ikan bilis, stok ikan dan cili padi.

3.Biar kuah mendidih lagi.

4.Masukkan santan, jus limau nipis dan perasakan dengan gula secukupnya.

5.Akhir sekali masukkan udang dan sotong serta tomato

6.Tutup kuali dan biarkan udang dan sotong masak sempurna.

7.Sedia dihidangkan bersama taburan daun ketumbar.

Ads

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
NASI KOMOK ( KHAO MOK KAI )
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan goreng
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Set hidangan nasi dan ayam goreng berempah Thai
Anggaran kos: RM 10.00

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
3 sudu makan rempah Komok
4 cawan beras basmathi
6 cawan (cwn sama ukuran beras)+ 1 mangkuk air

Rempah penumis
(1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 pelaga, 5 cengkih)
6 ulas bawang merah* | 2 ulas dimayang halus
3 ulas bawang putih* | 1 ulas dimayang halus
1 1/2 inci halia | 1/2 inci dimayang halus
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu teh marjerin
2 sudu makan minyak masak
1/2 tin susu cair

BAHAN UNTUK SOS
8-10 ulas cili padi
2-3 biji cili merah
5 tangkai daun ketumbar
2 sudu teh cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:-
1. Potong ayam(selalunya potong 16) cuci dan toskan. Cuci juga beras basmathi, rendam selama 10 minit dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda*.
3. Panaskan minyak sapi, marjerin dan minyak. Bila dah cair masukkan rempah penumis dan bahan yang telah dimayang halus,masak sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula rempah komok yang telah dibancuh bersama sedikit air. Kacau rata dan masukkan air.
5. Apabila air menggelegak, masukkan ayam. (saya masukkan juga batang, akar serta sedikit daun ketumbar)
6. Apabila ayam telah hampir masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam (kali ini lumurkan juga dengan sedikit rempah komok)
7. Goreng ayam kekuningan tetapi jangan terlalu garing nanti ayam menjadi agak kering.
8. Keluarkan semangkuk air rebusan ayam untuk sos.
9. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan curahkan ke semua bahan dan air rebusan ayam tadi.
10. Masukkan juga susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan nasi masak dan kering.
11. Kisar cili dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang diketepikan tadi.
12. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Reneh sehingga kuah agak pekat.
13. Hidangkan Nasi Komok bersama daun salad, ketumbar dan timun.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
KENG SOM IKAN MERAH
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Pembuka selera untuk hidangan
Anggaran kos :RM 10.00

Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai | ketuk
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar | sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

Cara memasak:
1.Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Masakan Thai Kesukaan Semua. Padu Rasa
IKAN MANGGA THAI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Gandingan ikan dan mangga sungguh menyelerakan
Anggaran kos : RM 8.00

Bahan-bahan:
2 keping isi ikan dory
3 sudu makan kicap cair (manis dan masin)
2 sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk ketumbar
sedikit garam
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
minyak utk menggoreng

Ads

Cara memasak :
1. Potong isi ikan sebesar ibu jari dan gaul dengan garam, kicap , lada sulah dan serbuk ketumbar. Perap lebih kurang 30 minit.
2. Campurkan telur dan tepung gandum,gaul rata. 3. Golekkan isi ikan di atas tepung jagung, kemudian goreng hingga kekuningan. Tos dan biarkan.

Bahan untuk sos:
1 botol sos plum
½ botol sos tiram
1 gelas air limau kasturi
cili padi | ikut citarasa sendiri nak pedas mana | tumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa
2-3 tangkai daun ketumbar

Cara memasak :
1. Campurkan semua sekali bahan itu kecuali daun ketumbar dan masak di atas api sederhana.
2. Kacau hingga pekat, kalau agak pekat tambahkan sedikit air sebab sos ni tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Bila dah nak serasi rasa, masukkan daun ketumbar dan tutup api. Siap untuk dihidang.

Bahan tabur atas isi ikan:
1-2 biji mangga muda
Daun ketumbar
4-5 ulas bawang merah
Cili padi ikut citarasa
Lobak merah

Cara memasak :
1.Sagat/parut mangga dan lobak merah
2. Hiris nipis bawang merah dan daun ketumbar
3. Potong kecil-kecil cili padi
4. Gaul semua bahan tadi, kemudian tabur di atas ikan yang digoreng tadi
5. Tuang sos di atasnya

RESIPI: Rozel Linda

KALAU NAK MEMBELI KUALI NON STICK, LIHAT DI SINI.

Sedap Betul Daging Bakar Danoq Ni, Puas Hati Sungguh!

Singgang Tulang, Sedap Sampai Ke Titisan Kuah Terakhir

7 Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI