Setelah enam bulan perjalanan Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, jejaka ceria dari Cheras, Kuala Lumpur, Muhammad Qayyum Irwanzi berjaya merangkul gelaran JagOH Rasa BABA’S! yang berlangsung di Symphony Square, Petaling Jaya.
Membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi bersalut emas 24 karat, Qayyum dari zon Sentral dan di bawah team leader, Zulin Aziz, berjaya menambat hati para juri dengan menyediakan menu Korea, Bibimbap Kari Katsu Ayam Bersama Akar Teratai Keemasan BABA’S.
Dicabar oleh pesaing yang tidak kurang hebatnya di mana peserta zon Selatan, Aliff Oslan dari team leader Cik Piah yang memasak Duo Gyoza Kam Heong ini berjaya merangkul tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 5,000.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Sharifudin Salleh, zon Selatan juga dari team Cik Piah yang menyediakan Rendang Udang Bunga Kantan Dengan Pulut Kuning BABA’S dengan hadiah wang tunai RM 3,000.
Sementara itu, satu-satunya peserta wanita, Nor Azimah atau Kak Long dari zon Sentral di bawah team Zulin Aziz, menyediakan resipi Sepit Biru Kari Kering Kasih BABA’S berada di tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM1,000.
Pelbagai cabaran yang dihadapi peserta ketika pertandingan akhir JagOH Rasa BABA’S ini. Antaranya dalam cabaran pertama, para peserta perlu menyediakan satu masakan dalam masa 1 jam berdasarkan bahan yang disediakan dalam Black Box.
Fuhh, memang berdebar tau. Keempat-empat peserta memang kena kreatif cipta resipi dalam masa 1 jam sahaja! Bahan-bahan yang ada pula ikan dori, udang, bayam dan tiga produk BABA’S iaitu Tepung Kacang Kuda BABA’S, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S dan Rempah Sup BABA’S.
Memang kelam kabut semuanya sampaikan Qayyum pun boleh terjatuh lempeng Koreanya! Manakala Aliff dan Sharifudin tenang sahaja. Tapi dalam hati siapalah tahu kan. Kak Long pula, memang hebat sebab sekejap sahaja sudah siap masak!
Memang gamat waktu pertandingan, apatah lagi para peserta diusik pengacara, Sherry Alhadad. Tamat saja cabaran pertama, maka tibalah untuk peserta sediakan ‘signature dish’ masing-masing.
Ketika inilah kehebatan semua peserta terserlah. Macam lipas kudung masing-masing untuk menyediakan masakan yang tersedap dalam masa 1 jam 30 minit!
Walaupun masakan dalam cabaran kedua ini adalah hidangan yang biasa dimasak oleh mereka, namun dugaan tetap hadir. Menariknya, Sharifudin atau mesra dipanggil Cik Din antara peserta yang paling tenang menyediakan masakan.
Sementara itu, Qayyum paling aktif dan beraksi seolah-olah dia berada dalam rancangan masakannya sendiri. Happy mood sungguh Qayyum walaupun dalam keadaan tertekan.
Aliff pula seorang yang teliti dan boleh dikatakan Mr. Perfect. Sebolehnya dia nak menyediakan makanan dan plating sempurna di mata juri.
Ads
Para peserta tidak keseorangan pada malam finale kerana ditemani team leader iaitu Cik Piah dan Zulin Aziz. Debaran menanti keputusan bertambah dengan usikan daripada Sherry. Tak kering gusi dibuatnya mengusik Qayyum dan Aliff memandangkan kedua-dua masih single.
Masakan peserta diadili barisan juri iaitu Pengurus Pengurus Perhubungan Halal BABA’S, Puan Nor Shalina Razali, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo dan juga Editor Pengurusan Rasa, Cik Ida Abdul Aziz.
Hadiah disampaikan Ketua Operasi BABA’S, En K.Siva Subramaniam, Pengurus Perhubungan Halal BABA’S, Puan Nor Shalina Razali, Pengurus Jaminan Kualiti BABA’S, En Hamid Abdul Kader dan Eksekutif Jualan Wilayah BABA’S, En Muhammad Fahmi S. Mohsin.
Tidak dilupakan, sokongan para penaja yang berbesar hati menaja makanan buat team produksi JagOH! Rasa BABA’S iaitu nasi dan lauk kenduri daripada The Kenduri, Nasi Daging Kedah Kahaq, Mee Kolok Sarawak dari Datang Sitok Café.
Misi mencari jagOH RASA BABA’S dimulakan di empat zon berbeza iaitu Utara, Pantai Timur, Selatan dan Sentral. Dan setiap zon ini diwakili barisan team leader Shiha Zikir (Utara), Sharifah Shahirah (Pantai Timur) Feeya Iskandar (Selantan) & Zulin Aziz (Sentral).
Peserta di setiap zon, harus memasak hidangan terbaik mereka dan memenangi hati juri untuk ke peringkat seterusnya. Dari ratusan yang dinilai di setiap zon, hanya 12 peserta yang mara ke peringkat separuh akhir. Untuk ke peringkat akhir, 4 peserta yang layak selepas melalui proses undian awam secara dalam talian.
Turut diumumkan pada malam pertandingan akhir JagOH Rasa BABA’S itu juga ialah pemenang bagi Golden Tiket. Mereka yang bertuah ialah Nursyahirah Bee Mohd Idrus (RM2,000), Nurdiana Lina Khaleda (RM3,000) dan Mazita Mohd Rani (RM5,000).
Tahniah kepada semua pemenang!
Ads
DOOL PAJEON BABA’S HAMNIDA
BAHAN-BAHAN:
Serbuk Kari Daging BABA’S Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas Serbuk Kari Ikan BABA’S Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas Serbuk Lada Hitam BABA’S Serbuk Lada Sulah BABA’S Serbuk Kunyit BABA’S Telur Lemon Limau Bawang besar | dimayang Bawang putih Bawang India Halia Bungab kantan | dihiris halus Kacang Badam Susu Epal | disagat Lobak putih | disagat Minyak masak Garam Gula
BAHAN BLACK BOX:
Serbuk Kacang Kuda BABA’S Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S Rempah Sup BABA’S Bayam | dihiris kasar Udang Ikan Dory
CARA MEMBUAT SOS:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, bawang india dan halia yang dihiris halus. 2. Masukkan Serbuk Kari Daging BABA’S dan Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas dan Rempah Sup BABA’S tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sedikit air. Perahkan sedikit lemon dan limau ke dalam sos. Masukkan sedikit susu. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. 4. Gaul sebati dan masukkan kacang badam yang telah dicincang kasar.
CARA MEMBUAT LEMPENG:
1. Campurkan Tepung Kacang Kuda bersama Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas, Serbuk Kari Ikan BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas, Serbuk Lada Hitam BABA’S, Serbuk Lada Sulah BABA’S, Serbuk Kunyit BABA’S, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S dan Rempah Sup BABA’S. 2. Pecahkan telur ke dalam campuran tadi bersama sedikit air. 3. Masukkan sekali bawang besar, daun bayam, isi udang, hirisan ikan dory, epal, lobak merah dan bunga kantan. Gaul sebati. 4. Perasakan dengan sedikit garam, gula serta pecahan jus lemon dan limau. Biarkan adunan diperap seketika. 5. Panaskan pan dengan sedikit minyak dan tuang adunan ke dalam pan, terbalikkan.
*TIP untuk lempeng tidak melekat, pastikan adunan tidak terlalu besar saiznya.
CARA MEMBUAT INTI HIASAN:
1. Perap isi udang serta ikan dory bersama Serbuk Kari Ikan BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S, Serbuk Lada Hitam BABA’S dan Serbuk Lada Sulah BABA’S. 2. Kisar bersama sedikit telur, garam dan gula. 3. Kemudian masak di atas pan sehingga menjadi seperti telur hancur, taburkan di atas lempeng yang siap dimasak.
Ads
DOLSOT BIBIMBAP KARI KATSU AYAM BERSAMA AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S
BAHAN DOLSOT BIBIMBAP:
2 cawan beras Korea Air 100gm tauge 100gm bayam 100gm lobak merah 100gm cili benggala 100gm timun jepun 100gm cendawan shitake 10 ulas bawang putih | dicincang halus 100gm biji bijan yang disangai 1 biji telur Minyak bijan Garam Minyak masak Daun bawang dihiris untuk hiasan
BAHAN KATSU AYAM:
2 keping dada ayam 1 sudu kecil serbuk kari daging BABA’S 1 sudu kecil serbuk lada hitam BABA’S 1 sudu kecil serbuk cili BABA’S 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk pati ayam 200gm tepung goreng ayam pedas 200gm serbuk roti 2 biji telur putih Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS KARI KATSU AYAM:
3 sudu besar mentega 1 biji bawang Holland 3 sudu besar Serbuk Kari Daging BABA’S 1 sudu besar Rempah Garam Masala BABA’S 1 sudu kecil Serbuk Cili BABA’S 1 biji kentang Air secukupnya 1 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil serbuk pati ayam
BAHAN AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S:
1 batang akar teratai 100gm tepung gandum Air untuk merebus 2 sudu besar mentega 2 sudu kecil serbuk Kari Daging BABA’S 50gm daun kari 2 sudu besar serbuk telur masin ½ sudu kecil lada sulah ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil gula
CARA MEMASAK DOLSOT BIBIMBAP:
1. Basuh beras Korea dan bilas. Masak di dalam periuk nasi dengan sukatan air sekali ganda daripada beras. 2. Secara berasingan, tauge dan bayam dibersihkan dan direbus di dalam bekas yang berbeza seketika bersama sedikit garam. Kemudian toskan dan gaul bersama sedikit bawang putih yang telah dipotong halus, minyak bijan dan biji bijan yang telah disangai. Ketepikan kedua-dua bahan. 3. Lobak merah, lada benggala, timun jepun di potong halus dan dicampur bersama garam di dalam bekas yang berbeza. Perapkan seketika. Kemudian goreng kilas seketika bersama sedikit bawang putih dan minyak bijan. Ketepikan. 4. Goreng sebiji telur mata, pastikan kuning telur cair. Ketepikan. 5. Cendawan shitake pula dihiris dan digoreng kilas. Perasakan bersama dengan Serbuk Lada Hitam BABA’S dan garam. Ketepikan. 6. Untuk menghidang, di dalam mangkuk batu, susunkan semua sayuran di atas nasi bersama kari katsu ayam, telur mata dan akar teratai keemasan BABA’S. Taburkan sedikit daun bawang serta biji bijan sebagai hiasan.
CARA MEMASAK KARI KATSU AYAM:
1. Perap dada ayam bersama Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Lada Hitam BABA’S, Serbuk Cili BABA’S, garam dan serbuk pati ayam. Perap seketika. 2. Cairkan mentega dan masukkan bawang holland yang telah dihiris sehingga naik bau. 3. Masukkan Serbuk Kari Daging BABA’S, Rempah Garam Masala BABA’S dan Serbuk Cili BABA’S. Kacau sebati. 4. Masukkan sedikit air dan biarkan rempah masak seketika. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu, masukkan air lagi, biarkan kentang masak empuk. 5. Perasakan dengan sos ikan, garam serta serbuk pati ayam. Masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekat kuah. Kacau sebati dan tutup api. 6. Ayam yang telah diperap, dimasukkan ke dalam tepung goreng ayam pedas, kemudian celupkan ke dalam telur putih dan akhir sekali ratakan ke dalam serbuk roti. 7. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Hiriskan ayam dan boleh dihidang di atas nasi bersama sosnya.
CARA MEMASAK AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S:
1. Buang kulit akar teratai dan hiris membulat halus-halus. Rebus akar teratai yang telah dihiris selama 15 minit dan toskannya. 2. Akar teratai dicelupkan ke dalam tepung gandum dan terus digoreng sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan. 3. Cairkan mentega, tumis Serbuk Kari Daging BABA’S bersama sedikit daun kari. 4. Masukkan serbuk telur masin dan kacau sebati. Perasakan bersama sedikit lada sulah, garam serta gula. 5. Akhir sekali masukkan akar teratai yang telah digoreng dan kacau sehingga sos melekat dengan rata. Sedia untuk dihidang.
Terlepas siaran? Jom tonton siaran Pertandingan JagOH Rasa BABA’S di Youtube & Facebook Majalah RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raya bakal diraikan beberapa hari lagi. Bagaikan tidak lengkap tanpa juadah istimewa untuk dihidangkan buat keluarga mahupun tetamu yang berkunjung ke rumah nanti. Sempena dengan ketibaan Syawal ini, buat julung kalinya Kelas Masakan Eksklusif Raya Live Bersama Anchor x RASA #30Hari30Resipi diadakan dan berlangsung sangat meriah.
Walaupun diadakan secara virtual namun ia tidak menghalang para peserta untuk turut serta malah memberikan satu pengalaman baru buat semua.
Bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi platform slido. Buat mereka yang tidak dapat menyertai kelas ini dapat menyaksikannya di platform digital RASA iaitu di facebook, youtube, web dan instagram.
Kelas masakan ini dikendalikan oleh chef selebriti, Zam Akmal dan Influencer Masakan, Lynn Mikael dan diceriakan oleh host Fiza Frizzy.
Gabungan kedua-dua personaliti hebat dalam bidang masakan ini ternyata begitu serasi dan menjadinya kelas menjadi sangat interaktif. Banyak tip serta panduan yang dikongsi sepanjang kelas masakan berlangsung. Sepanjang kelas ini, peserta aktif mengaju pelbagai soalan, menjadikan suasana begitu meriah seakan berada dalam kelas masakan yang nyata.
Sebanyak empat resipi dikongsi bersama para peserta. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Mana tidaknya, masak menggunakan mentega Anchor. Tentulah hasilnya sangat enak.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menyalin resipi semasa dalam kelas tadi, RASA kongsikan kembali buat anda. Bolehlah cuba masak untuk keluarga tersayang.
Kalau nak menu lain dari kebiasaan, jom cuba resipi istimewa daripada Chef Zam Akmal iaitu Creamy Garlic Butter Chicken. Nampak sungguh enak dan menyelerakan. Makan dengan pasta pun sedap ni. Nak lagi sedap, gunakan Mentega Anchor. 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Menambah rasa dan keharuman dalam masakan.
CREAMY GARLIC BUTTER CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam – bahagian dada
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya – dikisar
4 sudu Mentega Anchor Unsalted – cairkan
15 ulas bawang putih
1 cawan air rebusan ayam
¼ cawan Anchor Heavy Whipping Cream
2 sudu besar Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
3 sudu besar serbuk paprika
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu besar Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf
CARA MEMASAK:
1.Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam. Goreng ayam di atas kuali, kulit ke bawah dengan api sederhana sehingga kedua-dua belah menjadi garing dan perang keemasan. Ketepikan ayam dan buang minyak dari kuali.
2.Masukkan mentega Anchor Unsalted ke dalam kuali dan masukkan bawang putih dan tumis. Masukkan air rebusan ayam, Anchor heavy whipping cream, Fernleaf Full Cream Milk Powder dan keju Perfect Italiano Grated Parmesan . Kacau hingga sebati.
3.Masukkan ayam tadi, lada /paprika, garam dan kecilkan api hingga mendidih, kacau ayam beberapa kali supaya betul-betul masak.
4.Kacau, tutup api dan hidangkan segera bersama pasta.
Pastikan anda masak menggunakan mentega Anchor. Barulah sedap nanti. Maklumlah, Mentega Anchor diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Barulah bertambah-tambah keenakan Salted Brown Butter Crispy Treats tu nanti.
SALTED BROWN BUTTER CRISPY TREATS
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan Mentega Anchor Unsalted
½ sudu kecil garam Kosher
330gm marshmallow
5 cawan rice crisp cereal
5 cawan cornflakes
1 cawan biji bunga matahari
½ sudu kecil flaked sea salt
CARA MEMBUAT:
1.Sapukan mentega kepada bekas yang akan digunakan.
2.Dalam pot, panaskan mentega Anchor Unsalted pada suhu medium dan kacau sentiasa sehingga mentega bertukar warna keemasan,hati-hati jangan sampai hangus.
3.Bila mentega mula bertukar warna matikan api dan masukkan garam, kacau dan masukkan marshmalow. Kacau hingga marshmallow cair.
4.Panaskan semula bahan sehingga larut.
5.Matikan api dan masukkan bahan lain.
6.Masukkan bancuhan ke dalam bekas yang telah dioles bersama dengan mentega dan tekan hingga padat. Taburkan sedikit garam semasa ia panas dan biarkan ia sejuk dan boleh dipotong.
Spageti Rendang Daging yang dikongsi oleh Lynn Mikael. Memang enak dan ‘terangkat’.Untuk lebih sedap, pastikan masak menggunakan Mentega Anchor. Mentega tulen yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Aromanya sahaja sudah mampu membangkit selera.
SPAGETI RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
200gm daging – hiris nipis
4-5 sudu makan Mentega Anchor Salted
1 pek spageti
3-4 sudu makan pes rendang
Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf secukupnya
2 batang cili padi – dihiris
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
6-7 biji tomato ceri
2-3 helai daun limau purut – untuk hiasan
Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya – untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1.Rebus spageti hingga masak kemudian toskan airnya.
3.Masukkan pes rendang. Tumis sehingga pes menjadi sedikit garing dan pecah minyak.
4.Seterusnya masukkan hirisan daging. Masak sehingga daging sedikit empuk.
5.Seterusnya masukkan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf dengan secukupnya.
6.Tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu).
7.Masukkan spageti yang sudah direbus tadi. Gaul sebati.
8.Tambahkan tomato cheri dan juga hirisan cili padi.
Rahsia buat Biskut Semperit Klasik yang sedap tentunya dengan menggunakan Mentega Anchor. Warna kuning keemasan semula jadi buat biskut kita nampak cantik kejadiannya. Rasa berkrim dan kaya. Biskut pun bau harum.
BISKUT SEMPERIT KLASIK
BAHAN-BAHAN:
250gm Mentega Anchor Salted
1 biji kuning telur
150gm gula aising
250gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
40gm tepung jagung
150gm tepung kastard
Coklat urai – untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1.Kacau rata Mentega Anchor (salted) dengan gula aising.
2.Tambahkan kuning telur dan esen vanila.
3.Tambahkan tepung jagung dan juga tepung kastard.
4.Kemudian masukkan tepung gandum.
5.Kacau rata semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut.
6.Masukkan doh ke dalam acuan semperit.
7.Boleh letak hiasan seperti coklat urai di atas biskut. Jika dibiarkan kosong juga sedap.
8.Bakar selamat 15 minit pada suhu 160C. (masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing)
9.Biskut Semperit Klasik sedia untuk dihidangkan.
Kelas Masakan Virtual Bersama Anchor x RASA ini juga dihangatkan dengan soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh host. Hadiahnya? Baucar AEON sebanyak 100 ringgit! Menarikkan.
Tahniah diucapkan kepada lapan peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas.
Demi pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s, peserta dari Kuala Terengganu ini, sanggup beli tiket bas untuk datang ke Mydin Tunjong, Kota Bharu!
Sudah tertulis rezeki, usaha Asmahani Mohamedterbalas apabila dipilih top 2 wakil Zon Pantai Timur.
“Saya memang dah mula berjinak-jinak dengan dunia pertandingan secara online (fb/ig) sejak 2020. Tapi belum pernah sertai pertandingan anjuran Majalah Rasa mahupun Baba’s.
“Tak ingat bila saya daftar untuk menjadi ahli Rasa, tapi setelah dapat kiriman WhatsApp dari Majalah Rasa berhubung peraduan, dan kebetulan hari tersebut hari terakhir untuk hantar sesi Pantai Timur, jadi tanpa fikir panjang terus hantarkan penyertaan.
Rempah Baba’s sudah ada lama dah tapi idea selalunya akan datang last minute. Mulanya ingat nak hantar satu saja tapi kebetulan datang pula idea, jadi hantarlah dua menu untuk pertandingan
Asmahani menyediakan menu Kari Kofta Baba’s dan Focaccia Kari Baba’s.
Bukan mudah ye nak cipta resipi sendiri, tapi kalau kata dah minat, idea muncul bagaikan juara! Kata Asmahani, hidangan berasaskan kari/gulai selalu yang paling digemari di rumah.
“Kari yang paling laris di rumah adalah kari daging. Jadi terciptalah Kofta Kari Daging.Saya pun belum pernah makan kofta, jadi dengan sedikit ubah suai, saya buatlah resipi kofta daging yang ada gabungan daging serta sayuran dalam bebola dagingnya tu.
“Manakala roti pula memang sesuai dicicah bersama kari. Jadi untuk kelainan, maka saya cipta roti Focaccia perisa kari,” kata Asmahani.
Apabila ditanya apa harapannya jika menang hadiah utama pertandingan ini. Asmahani memberitahu, dia ingin menunaikan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
FOCACCIA KARI BABA’S
BAHAN (A) ADUNAN FOCACCIA:
3 sudu besar minyak zaitun 245gm gm air 350gm tepung gandum 2 sudu besar serbuk kari ikan BABA’S 1 sudu besar serbuk kari daging BABA’S 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil gula 6gm garam
BAHAN (B) TOPPING & SAPUAN:
3 sudu besar minyak zaitun ½ sudu kecil jintan putih Bebola berperisa ketam 1 biji bawang merah Daun kucai | dicincang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, minyak, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau rata. 2. Masukkan pula tepung, serbuk kari dan garam. Gaul hingga sebati. Tutup dan rehatkan selama 30 minit. 3. Lapik loyang dengan kertas parchment kemudian oleskan dengan 1 sudu besar minyak. Kemudian tuang adunan dan ratakan. 4. Tutup dan peram selama 2 jam. Selepas itu tekan keseluruhan adunan dengan hujung jari. Taburkan pula dengan jintan dan susun topping. 5. Kemudian tuang 3 sudu besar minyak. Tutup dan peram lagi selama 1 jam. 6. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C api atas dan bawah selama 10 minit. Kemudian bakar focaccia selama 20 minit.
KARI KOFTA
BAHAN (A) KOFTA:
200gm daging kisar ½ cawan kobis | dicincang 1 labu bawang besar | dicincang 2 sudu kecil serbuk lada putih 4 sudu kecil serbuk kari ikan BABA’S ½ sudu kecil garam 1 biji telur 10 sudu kecil tepung kacang kuda Sedikit serbuk perasa Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian bulatkan menjadi 13 biji bebola sama saiz. 2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan goreng kofta sehingga perang. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
BAHAN (B) KARI KOFTA:
1/3 cawan minyak 1 labu bawang besar | dimayang ½ sudu kecil biji jintan putih 4 ulas bawang putih | ditumbuk 1 biji tomato | didadukan 1 inci halia | ditumbuk 2 biji cili padi | dibelah dua 1 peket kecil serbuk kari daging BABA’S ½ sudu besar serbuk ketumbar ½ sudu besar garam masala 2 sudu besar pes cili kering 1-2 cawan air (anggaran untuk kuah) 2 sudu besar daun ketumbar | dicincang Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili padi serta jintan hingga wangi. Masukkan pula halia serta bawang putih, tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan cili kering, serbuk kari, serbuk ketumbar, tomato serta sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan kofta dan gaul hingga mesra. Kemudian tambahkan air. Perlahankan api dan renehkan hingga pekat (sesuai citarasa). 4. Tambahkan garam masala, gula serta garam sesuai citarasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau hingga layu dan matikan api.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Air Fryer merupakan perkakas dapur moden yang menjadi buruan para penggemar gajet terutamanya bagi ibu-ibu moden yang mahu menyediakan sajian yang cepat dimasak dan lebih sihat buat keluarga.
Kenapa ramai sangat suka guna Air Fryer? Sebabnya fungsi utama Air Fryer adalah untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak menjadikan sajian anda lebih berkhasiat.
Dah rasa kagum ke? Nah…Fungsi-fungsi yang lain ini bakal buat anda rasa makin tak sabar nak miliki Air Fryer.
Kalau nak tahu, Air Fryer ni ada fungsi yang lain juga. Anda boleh gunanya untuk memanggang dan membakar seperti ketuhar. Ayam panggang, daging bakar, pizza, roti, kek dan biskut. Semuanya anda boleh masak menggunakan Air Fryer. Hanya perlu selaraskan masa dan tunggu hidangan enak tersedia. Nak rebus telur dan goreng ikan bilis pun boleh. Memang mudah.
KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR FRYER
Sebelum beli, pasti anda nak tahu berbaloi ke tidak membelanjakan wang untuk gajet ini. Berikut adalah kelebihan Air Fryer yang boleh membantu anda membuat keputusan:
1. MAKANAN BERGORENG JADI LEBIH SIHAT
Kredit: 123rf
Memasak menggunakan Air fryer tidak memerlukan minyak bahkan jika perlu, hanya sedikit sahaja digunakan, menjadikan makanan yang dimasak jadi lebih sihat. Masaklah apa sahaja. Karipap ‘frozen’, nuget, kentang, sosej hingga ke daging burger. Hasil gorengan memang cantik macam digoreng dengan minyak dan sedap tanpa berubah rasa.
2. PELBAGAI FUNGSI
Kredit: 123rf
Jika ketuhar boleh digunakan untuk membakar, Air Fryer juga memiliki fungsi yang sama. Dengan Air Fryer, anda boleh membakar kek, roti, biskut, pizza, pasta dan bermacam-macam lagi. Cuma anda perlu tahu, hanya loyang atau bekas bersaiz tertentu sahaja boleh digunakan mengikut kapasiti Air Fryer anda. Namun jangan risau, beberapa pilihan seperti loyang, besi pemanggang dan lain-lain biasanya diberikan secara percuma bersama pembelian.
3. PRAKTIKAL & MAKANAN TIDAK CEPAT HANGUS
Buat 2-3 kerja sambil memasak adalah perkara biasa bagi ibu-ibu terutamanya yang sedang bekerja dari rumah (work from home). Kadang-kadang terlupa sampai hangus lauk atas dapur. Nah…ini bermaksud anda memang perlukan Air Fryer. Barulah boleh buat kerja tanpa risau. Hanya masukkan makanan, tetapkan suhu dan selaraskan masa memasak sahaja. Mudah kan? Sesuai bagi anda yang tidak mempunyai banyak waktu di dapur.
4. MUDAH & SELAMAT DIGUNAKAN
Kalau menggoreng, tidak sah kalau minyak tidak merecik satu dapur. Berbeza bila menggunakan Air Fryer, tiada lagi masalah dapur berminyak. Malah anda juga boleh minimakan kecederaan di dapur seperti terkena minyak atau terpegang kuali panas. Anak-anak pun boleh gunakan Air Fryer dengan selamat. Jadi anda tidak perlu risau jika anak-anak membantu memasak di dapur.
5 JENAMA AIR FRYER TERBAIK UNTUK ANDA!
Berminat nak miliki Air Fryer idaman? Senarai jenama Air Fryer terbaik 2021 ini boleh membantu anda membuat pilihan. Ia antara jenama yang dipercayai sehingga kini, ada pelbagai kelebihan dan boleh dimiliki dengan harga di bawah RM200.
1. NAKADA AIR FRYER (NKD1100)
Harga: RM199
CIRI-CIRI PRODUK:
Mudah digunakan dan dicipta dengan Dual Temperature Sensing Mode.
Dilengkapi 5 fungsi : steam, roast, bake, grill & fry.
Kapasiti mesin 5L & pot 4L muat untuk seekor ayam.
Rekaan telus pandang yang menarik.
Ringan & mudah dibersihkan.
Dilengkapi sistem 360°C Hot Air Circulation menjadi masakan dimasak dengan lebih sekata.
Tetapan pemasa 60 minit dan suhu sehingga 230°C.
Menggunakan kuasa 1100W membuatkan ianya lebih jimat elektrik berbanding Air Fryer yang lain.
Kalau ada bilangan ahli keluarga yang ramai, mungkin boleh pertimbangkan Strom Jumbo Air Fryer. Ianya bersaiz besar pada harga RM399 yang masih mampu dimiliki! Reka bentuknya moden dan masih kompak untuk disimpan di ruang dapur anda.
5. STROM JUMBO AIR FRYER
Harga: RM399
CIRI-CIRI PRODUK:
Reka bentuk yang besar & menjimatkan ruang.
Kapasiti 6.5L dengan saiz bakul 5.5L. Cukup untuk menyediakan sajian untuk 10 hidangan.
Kuasa: 1200W
Pelarasan suhu dari 80 – 200°C
Tetapan pemasa: 30 minit
Bakul makanan tahan lekat dengan kelulusan LFGB & FDA
Kalau nak tengok Air Fryer, warna dan bentuknya boleh tonton video dibawah ya.
Nak cuci mata lebih banyak produk dapur? Boleh klik dan download Go Shop App di sini.
Semoga dengan sedikit info berkaitan Air Fryer ini mampu mengubah cara masakan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Oh ya…Nak tahu menu apa boleh masak menggunakan Air Fryer? Seleksi resipi-resipi di bawah ini anda boleh cuba.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!