Setelah enam bulan perjalanan Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, jejaka ceria dari Cheras, Kuala Lumpur, Muhammad Qayyum Irwanzi berjaya merangkul gelaran JagOH Rasa BABA’S! yang berlangsung di Symphony Square, Petaling Jaya.
Membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi bersalut emas 24 karat, Qayyum dari zon Sentral dan di bawah team leader, Zulin Aziz, berjaya menambat hati para juri dengan menyediakan menu Korea, Bibimbap Kari Katsu Ayam Bersama Akar Teratai Keemasan BABA’S.
Dicabar oleh pesaing yang tidak kurang hebatnya di mana peserta zon Selatan, Aliff Oslan dari team leader Cik Piah yang memasak Duo Gyoza Kam Heong ini berjaya merangkul tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 5,000.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Sharifudin Salleh, zon Selatan juga dari team Cik Piah yang menyediakan Rendang Udang Bunga Kantan Dengan Pulut Kuning BABA’S dengan hadiah wang tunai RM 3,000.
Sementara itu, satu-satunya peserta wanita, Nor Azimah atau Kak Long dari zon Sentral di bawah team Zulin Aziz, menyediakan resipi Sepit Biru Kari Kering Kasih BABA’S berada di tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM1,000.
Pelbagai cabaran yang dihadapi peserta ketika pertandingan akhir JagOH Rasa BABA’S ini. Antaranya dalam cabaran pertama, para peserta perlu menyediakan satu masakan dalam masa 1 jam berdasarkan bahan yang disediakan dalam Black Box.
Fuhh, memang berdebar tau. Keempat-empat peserta memang kena kreatif cipta resipi dalam masa 1 jam sahaja! Bahan-bahan yang ada pula ikan dori, udang, bayam dan tiga produk BABA’S iaitu Tepung Kacang Kuda BABA’S, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S dan Rempah Sup BABA’S.
Memang kelam kabut semuanya sampaikan Qayyum pun boleh terjatuh lempeng Koreanya! Manakala Aliff dan Sharifudin tenang sahaja. Tapi dalam hati siapalah tahu kan. Kak Long pula, memang hebat sebab sekejap sahaja sudah siap masak!
Memang gamat waktu pertandingan, apatah lagi para peserta diusik pengacara, Sherry Alhadad. Tamat saja cabaran pertama, maka tibalah untuk peserta sediakan ‘signature dish’ masing-masing.
Ketika inilah kehebatan semua peserta terserlah. Macam lipas kudung masing-masing untuk menyediakan masakan yang tersedap dalam masa 1 jam 30 minit!
Walaupun masakan dalam cabaran kedua ini adalah hidangan yang biasa dimasak oleh mereka, namun dugaan tetap hadir. Menariknya, Sharifudin atau mesra dipanggil Cik Din antara peserta yang paling tenang menyediakan masakan.
Sementara itu, Qayyum paling aktif dan beraksi seolah-olah dia berada dalam rancangan masakannya sendiri. Happy mood sungguh Qayyum walaupun dalam keadaan tertekan.
Aliff pula seorang yang teliti dan boleh dikatakan Mr. Perfect. Sebolehnya dia nak menyediakan makanan dan plating sempurna di mata juri.
Para peserta tidak keseorangan pada malam finale kerana ditemani team leader iaitu Cik Piah dan Zulin Aziz. Debaran menanti keputusan bertambah dengan usikan daripada Sherry. Tak kering gusi dibuatnya mengusik Qayyum dan Aliff memandangkan kedua-dua masih single.
Masakan peserta diadili barisan juri iaitu Pengurus Pengurus Perhubungan Halal BABA’S, Puan Nor Shalina Razali, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo dan juga Editor Pengurusan Rasa, Cik Ida Abdul Aziz.
Hadiah disampaikan Ketua Operasi BABA’S, En K.Siva Subramaniam, Pengurus Perhubungan Halal BABA’S, Puan Nor Shalina Razali, Pengurus Jaminan Kualiti BABA’S, En Hamid Abdul Kader dan Eksekutif Jualan Wilayah BABA’S, En Muhammad Fahmi S. Mohsin.
Tidak dilupakan, sokongan para penaja yang berbesar hati menaja makanan buat team produksi JagOH! Rasa BABA’S iaitu nasi dan lauk kenduri daripada The Kenduri, Nasi Daging Kedah Kahaq, Mee Kolok Sarawak dari Datang Sitok Café.
Misi mencari jagOH RASA BABA’S dimulakan di empat zon berbeza iaitu Utara, Pantai Timur, Selatan dan Sentral. Dan setiap zon ini diwakili barisan team leader Shiha Zikir (Utara), Sharifah Shahirah (Pantai Timur) Feeya Iskandar (Selantan) & Zulin Aziz (Sentral).
Peserta di setiap zon, harus memasak hidangan terbaik mereka dan memenangi hati juri untuk ke peringkat seterusnya. Dari ratusan yang dinilai di setiap zon, hanya 12 peserta yang mara ke peringkat separuh akhir. Untuk ke peringkat akhir, 4 peserta yang layak selepas melalui proses undian awam secara dalam talian.
Turut diumumkan pada malam pertandingan akhir JagOH Rasa BABA’S itu juga ialah pemenang bagi Golden Tiket. Mereka yang bertuah ialah Nursyahirah Bee Mohd Idrus (RM2,000), Nurdiana Lina Khaleda (RM3,000) dan Mazita Mohd Rani (RM5,000).
Tahniah kepada semua pemenang!
DOOL PAJEON BABA’S HAMNIDA
BAHAN-BAHAN:
Serbuk Kari Daging BABA’S
Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas
Serbuk Kari Ikan BABA’S
Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas
Serbuk Lada Hitam BABA’S
Serbuk Lada Sulah BABA’S
Serbuk Kunyit BABA’S
Telur
Lemon
Limau
Bawang besar | dimayang
Bawang putih
Bawang India
Halia
Bungab kantan | dihiris halus
Kacang Badam
Susu
Epal | disagat
Lobak putih | disagat
Minyak masak
Garam
Gula
BAHAN BLACK BOX:
Serbuk Kacang Kuda BABA’S
Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S
Rempah Sup BABA’S
Bayam | dihiris kasar
Udang
Ikan Dory
CARA MEMBUAT SOS:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, bawang india dan halia yang dihiris halus.
2. Masukkan Serbuk Kari Daging BABA’S dan Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas dan Rempah Sup BABA’S tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air. Perahkan sedikit lemon dan limau ke dalam sos. Masukkan sedikit susu. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
CARA MEMBUAT LEMPENG:
1. Campurkan Tepung Kacang Kuda bersama Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas, Serbuk Kari Ikan BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas, Serbuk Lada Hitam BABA’S, Serbuk Lada Sulah BABA’S, Serbuk Kunyit BABA’S, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S dan Rempah Sup BABA’S.
2. Pecahkan telur ke dalam campuran tadi bersama sedikit air.
3. Masukkan sekali bawang besar, daun bayam, isi udang, hirisan ikan dory, epal, lobak merah dan bunga kantan. Gaul sebati.
4. Perasakan dengan sedikit garam, gula serta pecahan jus lemon dan limau. Biarkan adunan diperap seketika.
5. Panaskan pan dengan sedikit minyak dan tuang adunan ke dalam pan, terbalikkan.
*TIP untuk lempeng tidak melekat, pastikan adunan tidak terlalu besar saiznya.
CARA MEMBUAT INTI HIASAN:
1. Perap isi udang serta ikan dory bersama Serbuk Kari Ikan BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S, Serbuk Lada Hitam BABA’S dan Serbuk Lada Sulah BABA’S.
DOLSOT BIBIMBAP KARI KATSU AYAM BERSAMA AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S
BAHAN DOLSOT BIBIMBAP:
2 cawan beras Korea
Air
100gm tauge
100gm bayam
100gm lobak merah
100gm cili benggala
100gm timun jepun
100gm cendawan shitake
10 ulas bawang putih | dicincang halus
100gm biji bijan yang disangai
1 biji telur
Minyak bijan
Garam
Minyak masak
Daun bawang dihiris untuk hiasan
BAHAN KATSU AYAM:
2 keping dada ayam
1 sudu kecil serbuk kari daging BABA’S
1 sudu kecil serbuk lada hitam BABA’S
1 sudu kecil serbuk cili BABA’S
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
200gm tepung goreng ayam pedas
200gm serbuk roti
2 biji telur putih
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS KARI KATSU AYAM:
3 sudu besar mentega
1 biji bawang Holland
3 sudu besar Serbuk Kari Daging BABA’S
1 sudu besar Rempah Garam Masala BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Cili BABA’S
1 biji kentang
Air secukupnya
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk pati ayam
BAHAN AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S:
1 batang akar teratai
100gm tepung gandum
Air untuk merebus
2 sudu besar mentega
2 sudu kecil serbuk Kari Daging BABA’S
50gm daun kari
2 sudu besar serbuk telur masin
½ sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
CARA MEMASAK DOLSOT BIBIMBAP:
1. Basuh beras Korea dan bilas. Masak di dalam periuk nasi dengan sukatan air sekali ganda daripada beras.
2. Secara berasingan, tauge dan bayam dibersihkan dan direbus di dalam bekas yang berbeza seketika bersama sedikit garam. Kemudian toskan dan gaul bersama sedikit bawang putih yang telah dipotong halus, minyak bijan dan biji bijan yang telah disangai. Ketepikan kedua-dua bahan.
3. Lobak merah, lada benggala, timun jepun di potong halus dan dicampur bersama garam di dalam bekas yang berbeza. Perapkan seketika. Kemudian goreng kilas seketika bersama sedikit bawang putih dan minyak bijan. Ketepikan.
4. Goreng sebiji telur mata, pastikan kuning telur cair. Ketepikan.
5. Cendawan shitake pula dihiris dan digoreng kilas. Perasakan bersama dengan Serbuk Lada Hitam BABA’S dan garam. Ketepikan.
6. Untuk menghidang, di dalam mangkuk batu, susunkan semua sayuran di atas nasi bersama kari katsu ayam, telur mata dan akar teratai keemasan BABA’S. Taburkan sedikit daun bawang serta biji bijan sebagai hiasan.
CARA MEMASAK KARI KATSU AYAM:
1. Perap dada ayam bersama Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Lada Hitam BABA’S, Serbuk Cili BABA’S, garam dan serbuk pati ayam. Perap seketika.
2. Cairkan mentega dan masukkan bawang holland yang telah dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan Serbuk Kari Daging BABA’S, Rempah Garam Masala BABA’S dan Serbuk Cili BABA’S. Kacau sebati.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan rempah masak seketika. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu, masukkan air lagi, biarkan kentang masak empuk.
5. Perasakan dengan sos ikan, garam serta serbuk pati ayam. Masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekat kuah. Kacau sebati dan tutup api.
6. Ayam yang telah diperap, dimasukkan ke dalam tepung goreng ayam pedas, kemudian celupkan ke dalam telur putih dan akhir sekali ratakan ke dalam serbuk roti.
7. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Hiriskan ayam dan boleh dihidang di atas nasi bersama sosnya.
CARA MEMASAK AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S:
1. Buang kulit akar teratai dan hiris membulat halus-halus. Rebus akar teratai yang telah dihiris selama 15 minit dan toskannya.
2. Akar teratai dicelupkan ke dalam tepung gandum dan terus digoreng sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan.
3. Cairkan mentega, tumis Serbuk Kari Daging BABA’S bersama sedikit daun kari.
4. Masukkan serbuk telur masin dan kacau sebati. Perasakan bersama sedikit lada sulah, garam serta gula.
5. Akhir sekali masukkan akar teratai yang telah digoreng dan kacau sehingga sos melekat dengan rata. Sedia untuk dihidang.
Terlepas siaran? Jom tonton siaran Pertandingan JagOH Rasa BABA’S di Youtube & Facebook Majalah RASA