Salad kentang sedap penuh rasa lemak berkrim. Kalau versi Melayu, boleh panggil kerabu kentang.
Ia boleh dijadikan sebagai hidangan hidangan pembuka. Makan waktu sedang berehat selepas solat tarawih pun sedap.
Atau bagi yang tak suka makan makanan berat waktu sahur, boleh juga makan salad kentang ini. Hidangan ini boleh dimakan panas atau sejuk.
Menurut puan Siti Hazneza Abdul Hamid, yang berkongsi resipi ini, potato salad atau salad kentang ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Okay, ini resipinya ye.
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 labu bawang besar – cincang halus – boleh beli online di sini
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus – boleh beli online di sini
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Cara Memasak:
Dadukan ubi kentang yang telah direbus mengikut saiz yang memudahkan untuk dimakan. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk, lecek telur rebus menggunakan garfu.
Kemudian tambahkan mayonis, garam, serbuk Rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula dan cuka/jus lemon/ jus limau nipis. Gaul rata.
Masukkan sayur-sayuran yang dah dicincang dan dihiris halus tadi dan gaul rata.
Setelah itu, masukkan ubi yang didadu dan gaul rata.
Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official