
Bagi peminat sayuran atau salad pasti akan suka dengan salad tembikai. Rasanya rangup-rangup. Kalau dimakan, boleh menyihatkan badan. Sebab penuh dengan sayur dan buah. Cubalah.
SALAD TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
4 potong tembikai
1 pek salad campur
1/2 cawan keju feta
10 helai daun pudina (dihiris)
Sedikit taugeh
BAHAN SOS
3 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar jus limau
3 sudu besar madu
Garam

CARA MEMBUAT
1. Hiris tembikai ikut bentuk yang disukai. Masukkan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan salad campur, keju feta, daun pudina dan taugeh.
3. Bahan sos disatukan dalam mangkuk lain dan gaul sebati. Kemudian tuangkan ke atas salad dan gaul.
4. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bayam Hijau VS Bayam Merah, Boleh Cuba Kerepek Bayam Sekali….

Jika selama ini anda gemar makan sayur bayam tetapi tidak tahu apa kandungan vitamin yang daun bayam berikan untuh tubuh badan kita, eloklah diambil tahu daun bayam mana yang sesuai di makan dan bila waktu yang sesuai.
Kandungan vitamin dan mineral dalam bayam baik untuk kesihatan mata dan mencegah kanser. Sayuran ini semakin popular dalam mencegah kekurangan zat besi atau anemia.

Bayam merupakan sumber kalsium, vitamin A, vitamin E dan juga vitamin C, zat besi, serat dan juga betakarotin. Selain itu bayam juga memiliki kandungan zat besi yang tinggi untuk mencegah anemia. Ada dua jenis bayam, bayam merah dan hijau. Manakah yang lebih bernutrisi?
Bayam merah dan bayam berwarna hijau sebenarnya sama-sama memiliki manfaat baik. Dalam 100 gr bayam hijau mengandung energi sebesar 16 Kkal, protein 0,9 gm, lemak 0,4 gr, karbohidrat 2,9 gr, kalsium 166 mg, serat 0,7 gr, zat besi 3,5 mg dan 41 mg vitamin C.

Sedangkan untuk 100gr bayam merah mengandung energi sebesar 41,2 kkal, 2,2 gr protein, 0,8 gr lemak, 6,3 gr karbohidrat, 520 mg kalsium, serat 2,2 gr, 7 mg zat besi dan 62 mg vitamin C.
Bayam elok di ambil ketika?
Jika tubuh sudah mulai terasa sering sakit kepala, mual, wajah terlihat pucat dan kuku juga terlihat pucat sebaiknya segera mengonsumsi bayam agar tubuh tetap kembali fit.
Remaja dan ibu hamil lebih berisiko terkena anemia, untuk itu sebaiknya rajinlah mengonsumsi bayam terutama bayam merah yang memiliki kandungan vitamin C dan zat besi yang lebih tinggi dibandingkan dengan bayam hijau.
Selain untuk cegah anemia, bayam juga dapat menghambat enzim angiotensin converting yang dapat membantu menurunkan tekanan darah. Sedangkan Zeaxanthin dan lutein sangat baik untuk menjaga kesihatan mata. Kandungan kalsium dalam bayam juga dapat mencegah reput tulang.
Sayuran sihat ini boleh diolah menjadi sup, tumisan atau omelet sayuran yang sihat untuk sarapan agar tubuh tak cepat penat saat melakukan aktiviti.
Sumber: food.detik.com
Ini dia variasi lain dari rempeyek, sejenis kudapan bersalut tepung. Kerepek Bayam namanya, daun Bayam memberi citarasa tersendiri pada makanan ini, dan tentunya terasa lebih lazat bagi penggemar bayam. Untuk sekali menggoreng, cukup 3-4 lembar daun bayam agar kembang sekata dan tidak melekat antara satu sama lain . Berikut adalah langkah demi langkah cara membuat kerepek Bayam, selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK BAYAM

BAHAN-BAHAN:
- 100 helai daun bayam, pilih yang tebal dan lebar
- 200 ml santan dari 1/3 butir kelapa parut
- 150 gm tepung beras
- minyak goreng secukupnya
Bahan yang dikisar halus:
- 3 butir buah keras, sangrai
- 1/2 ruas jari kunyit bakar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar, sangrai
- 1 inci lengkuas
- garam halus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campur dan satukan tepung dan serbuk halus, kacau sambil tambahkan santan hingga tercampur rata dan menjadi adunan lembut.
2. Siapkan kuali, panaskan minyak cukup banyak dengan api sedang.
3. Celupkan daun bayam ke dalam adunan, lalu goreng hingga kedua sisinya berwarna perang.. Angkat dan toskan minyak.
4. Siap untuk dimakan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Niyah Abd Karim
Buat Solok Lada Guna Resipi Bonda, Memang Sedap Terangkat!


Buat penggemar nasi kerabu, pasti biasa tengok menu solok lada hijau ini. Solok lada ini adalah sejenis lauk sayuran dari Kelantan yang melengkapi hidangan nasi kerabu.
Solok lada hanya berintikan kelapa parut dan juga isi ikan, sangat sedap dimakan ketika panas. Pemilihan lada yang digunakan juga main peranan.
Apa kata jom kita buat menu mudah ini daripada Saripah Che Mat.
SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:

10-12 tangkai cili hijau besar
5-6 ekor ikan sardin/kembung/pelaling mentah (ikut berapa banyak ikan nak diguna)
1 cawan kelapa parut (bahagian putih saja)
2-3 batang serai – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
3-4 ulas bawang merah atau ½ biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1 kotak kecil santan – beli online di sini
Gula
Garam
Cuka (jika tak suka, boleh gunakan jus limau kasturi)
CARA-CARA:
1. Cili hijau dipotong tengah sampai ke hujung, namun jangan sampai putus ye. Keluarkan biji di dalamnya. Basuh dan toskan. Ketepikan.

2. Tumbuk serai dan halia hingga hancur. Kemudian, masukkan bawang merah/besar, bawang putih, tumbuk lagi. Akhir sekali, masukkan kelapa dan tumbuk lagi.



3. Buang kulit ikan dan rata atau leperkan isi ikan tersebut. Kemudian, masukkan ikan ke dalam bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Tumbuk sehingga hancur. (letak banyak isi ikan dan kelapa sikit saja pun tak apa. Rasa lebih sedap)


4. Selepas semua siap ditumbuk, alihkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula, garam, serbuk lada hitam dan cuka. Gaul bagi sebati, biar ada rasa masam, manis masin, pedas. Pendek kata, inti itu menjadi sesedap rasa ikut selera masing-masing.


5. Kemudian, sumbat inti tadi ke dalam cili hijau besar yang sudah dibelah. Isi inti sedang-sedang saja.

6. Susun dalam periuk. Tuangkan santan sehingga cili itu separuh tenggelam. Jangan tambah air ye, hanya gunakan santan saja.

7. Letak periuk atas dapur. Pastikan periuk ditutup supaya apabila mendidih, santan semua menutupi cili. Api jangan terlalu kuat, biarkan sederhana atau perlahan kerana tidak mahu santan cepat kering.

8. Selalu periksa dengan buka tutup periuk, tengok takut santan kering sangat. Bila santan tinggal sikit, tutuplah api. Solok lada dikira masak apabila cili dah bertukar warna.

Kredit resipi & foto: Saripah Che Mat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
20 Resipi Kukus & Rebus Istimewa Sempena Ulang Tahun RASA Ke 20
Lagi Jimat Buat Sendiri, Resipi Ayam Tandoori Sama Seperti Di Kedai Mamak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tauge Tumis Makanan Laut. Menu Ringkas Tapi Sedap & Penuh Khasiat.

Tauge adalah sayur yang sangat mudah didapati dan boleh diperolehi dengan harga yang murah. Walaupun ringkas, tapi sayur ni sangat sedap dan boleh dipelbagaikan cara masakannya. Salah satu menu yang sedap ialah Tauge Tumis. Tak perlu masak lama pun. Sekejap sahaja dah siap. Ditambah pula dengan campuran aneka makanan laut, menambahkan lagi keenakan menu ni. Anda boleh cuba!
TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tauge
- 100gm kucai
- 10 ekor udang saiz sederhana
- 2 ekor sotong saiz sederhana
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh sos ikan
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- Serbuk lada putih secukup rasa
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
- Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
- Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.
Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak.

