Bagi peminat nasi kandar, kini anda tidak perlu pergi jauh nun ke Pulau Pinang sana untuk menikmatinya. Kini anda hanya perlu pergi ke Kajang sahaja kerana Salman Nasi Kandar menawarkan nasi kandar yang enak untuk anda cuba.

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, gerai ini tidak putus-putus menerima kehadiran pelanggan. Menawarkan nasi kandar dengan cita rasa Melayu, gerai nasi kandar ini kini sudah mempunyai peminat setianya yang tersendiri.

“Kami dah beroperasi selama empat tahun di tepi jalan. Memang gerai kami di sini dan pelanggan boleh makan di gerai atau bungkus untuk dimakan di rumah. Konsep warung macam ni kami kekalkan supaya pelanggan boleh dapat makan dengan harga lebih murah. Itulah sebabnya kami kekalkan gerai macam ni,” ujar pemilik Salman Nasi Kandar, Fatin Suhaila Faridudin.

Ads

 

Salman Nasi Kandar, Gerai Tepi Jalan Tapi Cita Rasa Lima Bintang

MURAH TAPI SEDAP

Resipi nasi kandar ini dicipta sendiri dengan lima jenis kuah rahsia iaitu kari ikan, kari daging, kuah daging masak hitam, kuah masak hitam biasa dan kuah pedas. Kelima-lima kuah ini menjadikan Salman Nasi Kandar lebih istimewa.

“Dengan adanya lima jenis kuah ini, boleh saya katakan inilah keistimewaan resipi yang kami cipta mengikut cita rasa Melayu. Nasi kami warna kuning sebab saya dan suami berasal dari Kedah. Orang sana kan popular dengan mihun warna kuning jadi saya kekalkan warna tu dalam nasi kandar kami,” katanya lagi.

Salman Nasi Kandar, Gerai Tepi Jalan Tapi Cita Rasa Lima Bintang

Nasi kandar special RM10 sahaja

Selain itu, Fatin turut menegaskan bahawa ayam goreng yang menjadi lauk utama nasi kandar ini saiznya besar. Seekor ayam hanya dipotong lapan supaya puas dimakan oleh pelanggan.

Ads

Salman Nasi Kandar, Gerai Tepi Jalan Tapi Cita Rasa Lima Bintang

Nasi kandar biasa RM5.

“Ayam goreng kami rangup dan sedap. Kami memang cerewet bab ayam goreng kerana ayam goreng perlu nampak menarik. Inilah lauk utama nasi kandar kami jadi ayam goreng kena betul-betul sedap dan bila orang tengok tu terus bangkit selera nak makan. Walaupun portion kami besar dan sedap, kami tawarkan harga murah. Sepinggan nasi kandar biasa harganya RM5 manakala nasi kandar istimewa harganya RM10 sahaja. Sesuai dengan tagline kami iaitu Murah, Banyak, Sedap,” katanya.

Ads

Salman Nasi Kandar, Gerai Tepi Jalan Tapi Cita Rasa Lima Bintang

Ayam goreng yang jadi kegilaan ramai.

SEMPENA NAMA SUAMI

Ketika ditanya kenapa menggunakan nama Salman, Fatin memberitahu penulis, “Saya nak guna nama sendiri iaitu Fatin tapi macam tak kena dengan menu nasi kandar. nasi kandar ni ada ciri maskulin. Jadi guna nama suami. Kebetulan nama suami saya Muhammad Noor Salman Shafie. Jadilah nama Salman Nasi Kandar. Nampak sesuai kan sebab ada ciri maskulin dan hindustan sikit di situ.”

Info Kedai:
PEMILIK: Fatin Suhaila Faridudin.
ALAMAT: Sebelah Balai Polis Sungai Tangkas, Kajang.
WAKTU OPERASI: 11.30 pagi hingga 8 malam (Jumaat cuti)
WAJIB CUBA: Nasi Kandar Special

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI