Lepas puasa dan raya ni kita kembali kepada menu yang ringkas tapi tetap sedap untuk hidangan seisi kelaurga. Salah satunya, menu Sambal Ayam Daun Selasih Ala Thai ini, bahan simple dan cara masak pun mudah. Lebih kurang masak ayam masak merah tetapi ia lebih pedas dan kaya dengan aroma daun selasih. Anda bolehlah cuba resipi ini ye.
AYAM SAMBAL DAUN SELASIH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
7. Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
8. Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
INFO: Jika ingin lebih aroma daun selasih, boleh tambah daun . Ikut cita rasa.