Ayam Geprekmemang enak. Ayam digoreng garing dan dinikmati bersama sambal yang memukau rasa. Namun ada juga yang ‘tidak tahan’ dengan rasa Sambal Geprek yang pedas. Kanak-kanak pun tak berani nak makan. Bagi anda yang suka makan Ayam Geprek tapi tidak tahan pedas yang melampau, jangan risau kerana resipi yang dikongsi hari ini adalah Sambal Geprek versi kurang pedas perkongsian saudari Rodziah Zaharin. Penyediaannya tidak sukar malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Sesuai untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN SAMBAL: 6 biji cili merah besar 4 biji cili padi hijau 2 biji cili padi merah 1 1/2 biji bawang besar atau bawang merah – beli online disini 4 biji bawang putih – beli online disini 1 biji limau nipis 2 sudu teh gula – beli online disini 1 sudu teh garam – beli online disini 1 sudu teh cuka – beli online disini 1- 1 1/2 sudu makan minyak gorengan ayam
CARA MEMASAK: 1. Gaul ayam bersama telur. Kemudian, gaul ayam di dalam tepung bestari pedas hingga bersalut sempurna.
2. Goreng menggunakan api yang sederhana hingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Seterusnya untuk sambal, goreng cili merah besar, cili padi hijau, cili padi merah, bawang besar atau bawang merah dan bawang putih dalam minyak yang panas selama 3 hingga 4 minit. Toskan.
Ads
4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditoskan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan gula dan garam. Tumbuk separuh lumat.
5. Kemudian, masukkan jus limau nipis.
6. Masukkan pula cuka.
7. Masukkan juga minyak gorengan ayam tadi.
Ads
8. Masukkan serbuk perasa dan gaul rata.
9. Sambal Ayam Geprek kurang pedas siap! Boleh dimakan bersama ayam goreng tepung tadi. Selamat mencuba.
Ni reseipi yang dikongsikan oleh Zulfaza Loves Cooking ZLC. Paling sedap walau sempoi aje bahannya.
Menurut Zulfaza dua hari lepas jirannya beri seguni batang keladi depan pagar, jadi dia ambil peluang masak Asam Rebus lah pulak. Selain Asam Pedas memang sedap juga batang keladi dimasak Asam Rebus tau.
Basuh dan siang batang keladi, rebus dulu barulah tak gatal. Jom tengok resipinya…
ASAM REBUS BATANG KELADI BAHAN-BAHAN :
1 1/2 pokok keladi (kalau kecil guna 3 pokok) disiat kulitnya dan potong. Kalau ada ubinya ambil sekali
4 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
2 batang serai dititik
Bahan Kisar/tumbuk
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih (optional)
1 genggam ikan bilis kopek
1 inci kunyit hidup atau sedikit serbuk kunyit
Sedikit belacan – bakar
CARA MEMASAK :
Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk. Toskan. Ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar, asam keping, daun kesum, dan serai. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih. 3. Masukkan batang keladi tadi, sedikit gula dan garam secukup rasa.
4. Biarkan merenih seketika. Tutup api. Sedia dihidangkan dengan lauk pilihan.
Sedap buat smoothies tembikai ni. Rasanya manis, lemak-lemak sikit. Sesuai diminum seisi keluarga. Boleh dibuat minuman kala musim panas.
SMOOTHIES TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Tak tahu nak masak apa hari ini? Kalau mahukan sajian yang ringkas, mudah tapi sedap, bolehlah cuba masak Ayam Masak Kunyit Halia. Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, boleh bertambah-tambah nasi. Kena pula dengan nasi panas-panas dan sambal belacan, lagilah ‘terangkat’ habis. Mari kita cuba resipi Ayam Masak Kunyit Halia yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.
RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil secukup rasa Maggi 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam – BELI ONLINE 1 senduk/2 sudu besar cili boh 1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE 1 keping asam keping – BELI ONLINE 1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Bawang besar dan cili merah (dihiris)
CARA MEMBUAT:
1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.
3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.
5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.
7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!