Kata orang, sambal belacan merupakan pembuka selera dalam mana-mana hidangan. Bila ada sambal belacan ni, makan nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Makan pula dengan ikan bakar, memang tak pandang kiri kanan dah. Tetapi, tak semua orang tahu untuk buat sambal belacan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan resipi sambal belacan menggunakan belimbing buluh yang dikongsi oleh Leya Aalieya.
RESIPI SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Belacan papar (besar ibu jari)
Belimbing buluh 4/5 biji
Lada padi 10 tangkai
Lada besar 2 tangkai
Tomato 1 biji
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Udang kering 1 genggam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Ajinomoto @ pati ayam
3 sudu makan minyak (untuk menumis)
Ads
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan di atas bersama sedikit air, panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi.
2. Masukan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Ads
3. Bila dah kering dan pekat, tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman serta lauk-pauk kegemaran.
Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan sukar utnuk disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidang di majlis keraian, kenduri kendara atau untuk makanan harian.
Kelemakkan dan warna gelapnya, yang membuatkan daging dendeng adalah sejenis hidangan yang memerlukan banyakpengorbanan masa dan berjam-jam waktu memasak di atas dapur yang panas, hanya boleh dibuat oleh chef-chef dan makcik-makcik yang penuh berpengalaman. Memang benar, resepi dan kerumitan mungkin berbeza dari dapur ke dapur, tetapi, bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda boleh membuat daging dendeng yang hebat dan tidak kurang lazatnya dengan hanya bahan ringkas…
Hidangan yang seakan rumit ini sebenarnya sangat mudah dibuat. Ada yang perlu diketuk-ketuk sedikit, jadi mintalah bantuan dari yang lebih berotot atau dari anak-anak yang besar sedikit. Mesti mereka suka tolong ketuk-ketuk! Jadi, cubalah memasak resipi daging dendeng ini. Beri kejutan masakan anda kepada keluarga tersayang!
RESIPI DAGING DENDENG IBU MERTUAKU
BAHAN-BAHAN:
Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
Bawang merah 3 biji (kisar)
Bawang putih 5 ulas (kisar)
Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
Sos tomato
Bawang goreng
Kicap kipas udang manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
Ambil periuk dan masukkan daging . Letakkan kicap paras daging itu . Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung (jika nak carik-carikkan daging pun boleh) . Ketepikan .
Kemudian ambil kuali masukkan minyak. Goreng kan sekejap sahaja . Dan angkat . Ketepikan .
Minyak sama , tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi . Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra . Masukkan sos tomato , boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
1 inci belacan
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
1 inci gula melaka
Sedikit minyak masak
BAHAN TUMBUK KASAR:
4 biji cili merah – potong kasar
2 biji tomato – belah 8
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.
2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.
4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.
5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!