
Sambal belacan goreng versi yang sangat mudah hanya perlu di blender.
SAMBAL BELACAN GORENG
BAHAN-BAHAN
- 2 batang cili merah
- 10 batang cili padi
- 1 biji bawah merah
- 1 biji tomato
- 1 inci belacan bakar
- 1 sudu gula
- suku cawan minyak
CARA MEMASAK:
1. Potong bawang, tomato dan cili. Basuh semua dan toskan. Campak semua kecuali gula dalam kuali dengan minyak panas.
2. Tutup sekejap sebab masa ini akan meletop-letop. Goreng sekejap sampai bawang dan tomato layu/bertukar warna.
3. Sudah senyap tidak meletop itu cuba buka penutupnya. Nampak sudah bertukar warna dari yang tadi. Boleh matikan api.
4. Masukkan semua bahan tadi blender. Senang kisar tapi kalau rajin boleh.
5. Sebelum kisar masukkan dulu minyak baki goreng tadi. Ini untuk mudahkan proses mengisar. Agak-agak berapa banyak perlu masuk.
6. Jangan lupa tambahkan sesudu gula. Kisar sampai halus.
INFO:
- Jika suka rasa masam boleh perahkan limau ikut citarasa anda.
- Sambal boleh pencicah ayam goreng , ikan masin atau makan bersama lauk pauk yang lain.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nisa Delivery
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Resipi Mudah Ayam Goreng Berempah Untuk Suri Yang Baru Belajar Masak
Perghh Merecik! Bertambah-Tambah Selera Dengan Sambal Belacan Thai Legend
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Belacan Resipi Dari Selatan Thailand, Memang Umph!

Sambal belacan memang pelengkap kepada menu hidangan nasi berlauk kita. Adakala, hanya sambal belacan dan ikan goreng saja pun dah cukup memadai. Tak perlu lauk lain lagi.
Disebabkan itu, sambal belacan yang sedap memainkan peranan penting untuk melengkapkan satu-satu hidangan. Kalau sedap, memang buat makan bertambah-tambah. Pelbagai resipi sambal belacan yang dihasilkan, namun resipi yang satu ini antara yang cukup padu.
Menurut Farah Din yang sudi berkongsi resipi sambal belacannya yang sedap ini, resipi tersebut merupakan resipi arwah neneknya dari Golok Selatan Thailand. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Thailand memang mahir menghasilkan pelbagai jenis sambal seperti ini dan diperakui kelazatannya. Jadi, jom kita buat. Boleh buat stok juga dan simpan di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan di bawah ini untuk dua orang makan sahaja. Jadi, jika ingin buat lebih, boleh gandakan bahan-bahannya.
SAMBAL BELACAN PADU
BAHAN-BAHAN:
15-20 biji cili padi hijau & merah – Boleh beli online di sini
Tomato (dihiris halus, gunakan sedikit sahaja)
1 inci gula Melaka – Boleh beli online di sini
1 inci belacan bakar – Boleh beli online di sini
Garam secukup rasa
Limau nipis (ambil jusnya)
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan ke dalam lesung.
Saya bakar belacan begini saja.
Siap sedia untuk menumbuk. Perahkan asam limau juga ye.
Hampir siap. Kalau tak nak letak tomato pun ok. Ini pun dah sedap.
Akhir sekali, masukkan tomato yang dihiris halus tadi. Lenyek-lenyekkan tomato tersebut.
Perasakan. Biar cukup rasa manis, pedas, masam dan masinnya barulah dihidang.
Makan pula dengan ikan kerisi bakar berserta ulam-ulaman. Memang sedap.
Kredit: Farah Din
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Mudah & Sedap Cara Masak Hati, Perut, Limpa & Paru Sempena Aidiladha

Bahagian organ dalaman lembu ada peminatnya sendiri. Min sendiri pun suka makan bahagian hati dan perut lembu.
Mungkin ada sesetengah orang tidak suka, namun jika kena gaya masakannya, memang boleh jadi sedap!
Buat peminat atau penggemar organ dalaman lembu seperti hati, limpa, paru ataupun perut, ini RASA kongsikan menu dengan pelbagai cara memasak yang anda boleh cuba. Kesemua menu mudah disediakan dan disukai oleh ramai.
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar – beli online di sini
3 ulas bawang putih | dikisar –beli online di sini
1 ½ inci halia | dikisar – beli online di sini
1 inci lengkuas | dikisar – beli online di sini
3 sudu cili kering kisar – beli online di sini
2 batang serai | dititik – beli online di sini
1 mangkuk santan – beli online di sini
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
TONTON Makan Di Mana Eps 17: Menu Simple, Harga Baik, Wajib Try…
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
2. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air – beli online di sini
5 biji cili padi | dipotong kecil – beli online di sini
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik – beli online di sini
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
PERUT SAMBAL BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar
BAHAN KISAR:
50gm cili besar merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur.
3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RENDANG CAMPUR BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus
250gm hati | rebus
250gm limpa | rebus
1kg santan pekat
1 sudu makan pes asam jawa
5 sudu makan kerisik
3 sudu makan | rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering | potong dan rebus
1 biji bawang besar
4cm lengkuas | hiris
3cm halia | hiris
3 batang serai | hiris
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
4. Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
5. Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak. Angkat dan hidangkan.
SAMBAL HATI
BAHAN-BAHAN:
1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan cili sos
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2. Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
5. Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
6. Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula. Angkat dan sedia dihidangkan.
HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | rebus dan hiris
10 batang kacang panjang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
2 batang serai | titik
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau. Masukkan hirisan hati, kacau rata.
2. Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
5. Gaul rata kemudian tutup api. Sambal paru sedia dihidangkan.
RENDANG TOK HATI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | cuci bersih dan rebus seketika
500ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm halia |hiris nipis
3cm lengkuas | hiris halus
4 batang serai | hriis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Hati yang telah direbus tadi dihiris nipis, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan pes cili bersama air asam jawa.
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan hati yang telah dihiris bersma hirisan bawang. Kacau rata, tambahkan sedikit santan, dan kecilkan api.
4. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, kacau rata. Perasakan dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
5. Setelah kering dan timbul minyak tutup api, Rendang hati sedia dihidangkan.
KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
2 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
4 batang serai |dihiris nipis
10 tangkai cili api | dihiris nipis
1 batang timun | buang biji dan potong dadu
3 biji limau kasturi
Garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus. Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
3. Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata. Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
RENDANG HATI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | cuci bersih dan rebus
1 biji bawang besar |hiris
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi
2 batang serai
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis hati, kemudian ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati. Kacau rata, apabila hati kecut dan kering airnya masukkan santan.
3. Gaul rata dan masukkan air asam, kerisik. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga kuah pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api. Hati cili padi sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Homemade Mushroom Seasoning Guna Tiga Bahan Je

Isi Kandungan
ToggleHomemade mushroom seasoning atau serbuk perisa cendawan ini hanya menggunakan tiga bahan saja. Wow! Mudahnya.
Semakin ramai yang menggunakan mushroom seasoning ini di dalam pelbagai masakan, menggantikan bahan perasa lain. Sedap dimasukkan ke dalam sayur goreng, sup dan sebagainya. Sememangnya ia menambah kesedapan hidangan.
Kalau beli yang sedia terjual di kedai/pasar raya, harganya boleh tahan juga. Jadi, kalau nak jimat buatlah sendiri.
Payah ke? Eh, tak payah pun. Bahan yang diperlukan juga hanya tiga. Senang kan? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Ai Haiza Abdul Jabar ini ye.
Homemade Mushroom Seasoning
Bahan-bahan:
100gm cendawan shiitaker kering – boleh beli online di sini
Sesudu kecil garam – boleh beli online di sini
1 sudu kecil gula – boleh beli online di sini
Cara Membuat:
Mula-mula, cuci dahulu cendawan shiitake. Boleh lap dengan tisu dapur untuk keringkannya. Pastikan ia tak basah ye (kalau perah cendawan tu dan tak keluar air, kira okay dah tu).
Masukkan ke dalam air fryer dan bakar 100C selama kira-kira 20 minit.
Masukkan cendawan ke dalam pengisar. Kemudian tambah garam dan gula.
Kisar sampai teksturnya halus seperti dalam gambar. Siap! Mudah kan? Boleh simpan dalam botol atau bekas kedap udara.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Tomyam Siam Paling Padu, Kuah Sedap & Tak Bau Hamis Ayam
Makaroni Bakar Cheese Meleleh Dapat Sepotong, Kenyang Hingga Tengah Hari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official