Kalau makan nasi berlauk sedap macam mana pun, kalau tak ada sambal belacan memang tak lengkap hidangan. Bila ada sambal belacan yang sedap dan padu, memang berselera betul kita makan. Ini ada resipi Sambal Belacan Goreng yang dikongsikan  Norliza Razali. Boleh simpan buat stok dalam peti sejuk. Sambal Belacan Goreng Sempoi ini sesuai untuk semua jenis masakan juga sama ada makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam dan ayam atau daging. Jom kita cuba.

RESIPI SAMBAL BELACAN GORENG SEMPOI

Sambal Belacan Goreng Sempoi, Rugi Kalau Tak Cuba Resipi Ini

BAHAN-BAHAN:

Ikan atau udang, ketam, sotong dan sebagainya (ikut cita rasa masing-masing) Ayam pun boleh

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL:

Ads

Cili padi (jika suka pedas boleh lebihkan) – BELI ONLINE
Bawang besar
Belacan – BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Kisar cili padi, bawang besar dan belacan. Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk.

Sambal Belacan Goreng Sempoi, Rugi Kalau Tak Cuba Resipi Ini

2. Pinggan di atas untuk bahan-bahan sambal yang dikisar manakala pinggan di bawah pula bawang yang digunakan bersama sambal. Lebih banyak bawang lebih sedap.

Sambal Belacan Goreng Sempoi, Rugi Kalau Tak Cuba Resipi Ini

3. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng sehingga garing. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Masukkan bawang besar. Selepas bawang besar layu, masukkanlah apa jenis lauk yang kita suka.

4. Inilah hasilnya. Siap untuk dihidangkan.

Ads

Sambal Belacan Goreng Sempoi, Rugi Kalau Tak Cuba Resipi Ini

Sumber kredit: Norliza Razali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Puasa Selera Kampung

Ads

Paprik Campur Sedap. Resipi Berbuka Yang Mudah, Cepat & Jimat Masa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI