Sambal belacan mentah ini tak susah pun cara nak membuatnya. Tapi, ken hati-hsti. Boleh buat makan nasi bertambah-tambah ni!
Sambal belacan ni sesuai dimakan dengan macam-macam masakan lain seperti ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman dan macam-macam lagi.
Pendek kata, kebanyakan masakan memang ngam bila digandingkan dengan sambal ini. Tambah pula bila belacan dibakar dulu sebelum ditumbuk. Peh..semerbak harum sambal belacan mentah itu nanti.
Simple saja membuatnya. Ikuti perkongsian daripada puan Mas Zelika
8-10 biji limau kasturi – belah dua dan buang bijinya
6-8 batang cili besar – potong kecil
20-30 biji Cili Padi – tambah lagi kalau nak lebih pedas – boleh beli online di sini
Sedikit air Asam jawa – sebaiknya gunakan air suling untuk membuat air asam jawa kalau mahu membuat stok untuk simpan di peti ais – boleh beli online di sini
Sedikit Gula – boleh beli online di sini
Garam
2 inci belacan – boleh beli online di sini
Bakar dahulu belacan untuk menaikkan lagi aroma sambal belacan nanti. Ketepikan.
Masukkan semua bahan di dalam pengisar. Tambahkan gula dan garam. Kisar hingga sebati dan jangan terlalu lumat. Kena ada tekstur kasar sikit supaya makin sedap sambal ini.
Siap. Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk dijadikan stok. Mudah kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official