Sambal belacan Siam ini sesuai sangat dibuat dan dijadikan stok  kalau di rumah ramai yang suka pedas.

Tak dinafikan memang sedap, kalau ke kedai makan Thai memang wajib kita pesan sekali. Kali ini kita cuba buat sendiri

Cara buat sambal belacan Siam

Ads

 

Bahan-bahan

1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih
1 labu bawang besar holland
1 inci belacan
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Baca: Sambal Pauh, Resipi Orang Kampung Yang Sangat Sedap & Mudah

Sambal Belacan Siam Padu & Pedas. Ini Cara Membuatnya

Cara membuat sambal belacan Siam

1) Bakar bawang putih, bawang holland dan belacan.

2) Kemudian kisar ke semua bahan yang dibakar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.

3) Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan nampak berkilat.

Ads

4) Boleh hidang bersama ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam. Sedap juga cicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.

Tip: Boleh juga 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali supaya rasa sambal lebih sedap.

 

Ads

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

Baca: Sangat Sedap. Resipi Sambal Belacan Kenduri Kelantan Paling Padu

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI