Dah namanya orang Malaysia, tidak lengkap sajian makan tanpa adanya Sambal Belacan. Bagi anda yang memang wajib ada sambal bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan tumbuk guna lesung batu perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya wajib untuk dicuba. Mudah sahaja tapi rasanya memang terbaik. Rugi kalau tak cuba tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BELACAN TUMBUK BY MARIANA ZAINAL
Ads
BAHAN-BAHAN: 25 biji cili padi 1 biji cili merah (cili besar) 1/2 sudu teh gula (jangan banyak. Tak nak sambal jadi manis) Sedikit bahan perasa Belacan sebesar ibu jari – beli online disini 1/4 cawan air asam jawa pekat – beli online disini 1 biji limau nipis (perah ambil jusnya) 2 sudu makan air
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk cili padi, cili merah, gula, bahan perasa dan belacan menggunakan lesung batu. Boleh guna mesin pengisar tapi lebih sedap jika tumbuk guna lesung.
2. Satukan bahan tumbuk dengan air asam jawa, perahan jus limau kasturi dan air.
3. Kacau sebati dan Sambal Belacan Tumbuk yang sedap sedia untuk dinikmati.
Zaman dulu-dulu agar-agar sirap rose atau dipanggil lengkong ni memang jadi menu ‘wajib’ di majlis keraian dan Hari Raya. Aroma pandannya memang buat terliurlah.
Tapi agar-agar siap rose ni dah tenggelam dek penemuan pudding dan agar-agar pelbagai rupa yang menarik dan warna-warni. Yang geli hatinya bila dihidang pada anak-anak muda berebut depa memakannya.
Jom kita cuba agar-agar legend yang resipinya dikongsikan dalam FB Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dahlah bahan-bahannya murah aje, buatnya pun punyalah mudahnya
AGAR-AGAR SIRAP ROSE
.
BAHAN-BAHAN : 1 paket agar- agar tali(25 gm)
2 liter air
3-4 helai daun pandan
2 cawan gula
1 ketul gula batu saiz setengah ibu jari
3 sudu teh sirap rose
CARA MEMASAK : 1. Rendam agar-agar hingga lembut
2 . Masak dengan 2 liter air dan pandan
3. Bila mendidih dan pastikan semua agar- agar sudah larut, baru masukkan gula dan sirap rose
.
4. Tapis dan bekukan dalam loyang @ bekas. Sedap dimakan sejuk-sejuk ni.
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Foto : Thinkstock
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Foto : Thinkstock
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa
Foto : Thinkstock
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Foto : Thinkstock
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Foto : Thinkstock
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Foto : flickr /muh jember
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA : 1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata. 3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. 4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Anak-anak di rumah tengah buat apa tu? Sekolah masih tutup lagi, mari luangkan masa di dapur pulak. Muffin sunquick kaya dengan rasa dan aroma oren menusuk kalbu ni memang sedap dan tak muak rasanya.
Jom wahai mak-mak ajaklah anak kita ‘membaking’pulak. Anak remaja, kanak-kanak sekolah rendah pun boleh belajar, hanya tujuh bahan sahaja tetapi rasanya ya ampun memang terbenam gigi menggigitnya. Ikut aje resipi dari laman FB Azlina Ina Fans ni, mudah difahami, gerenti sedap nih.
MUFFIN SUNQUICK GEBOO MUDAH
BAHAN-BAHANNYA:
250 g mentega/majerin
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar
1 susu besar sunquick
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven pada suhu 180C,susun paper cup dalam loyang muffin.. 2. Putar mentega dengan gula dan sunquick serta esen vanila hingga kembang, 3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. 4. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, sampai habis. 5. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. 6. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi.