Sambal belado bilis kentang dan terung lauk simple dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Bila makan lauk macam ni tak cukup sepinggan nasi mesti bertambah.
Masakan belado begini boleh juga ditambah dengan bahan-bahan lain seperti tempe. Goreng semua bahan dan kacau sebati dengan bahan yang dikisar, rasa dia memang paling legend.
Kalau dah jemu makan lauk bersantan dan juga berlemak, boleh jadikan menu ini idea untuk hidangan keluarga. Berebut semua nak makan.
Sambal belado bilis kentang & terung
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kentang (potong dadu)
Terung (potong memanjang)
Tempe
Ads
(semua bahan goreng tak perlu letak kunyit)
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan
Ads
Bahan (kisar kasar)
Bawang holand ( hiris besar
Garam
Gula
Ads
Cara Memasak:
Goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe secara berasingan dan ketepikan.
Tumis bahan kisar kasar sampai garing.
Masuk garam, gula, dan bawang Holland
Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang sedap!
Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Tapi anda pernah tak terfikir untuk buat sendiri secara homemade sardin seperti yang dijual dalam tin tu? Serius memang tak susah kalau nak buat. Anda boleh cuba buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga. Sekali cuba, pasti anda akan jarang beli sardin tin dah lepas ni.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet
BAHAN-BAHAN:
5-6 ekor ikan sardin segar (bersihkan buang kepala & ekor)
2 biji tomato ranum
2 labu bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato purée
1/2 cawan sos tomato
1 cawan air + secukupnya
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bawang besar, bawang putih dan tomato dikisar halus.
2. Dalam periuk, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan kisar beberapa minit.
3. Masukkan tomato purée dan sos tomato. Tambah air dalam secawan.
4. Masukkan ikan dan tenggelamkan dalam kuah.
5. Tambah garam dan gula secukupnya.
INFO CHEF:
Jika selepas 60 minit ikan belum cukup lembut, boleh tambah masak 30 minit lagi. Tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat.
Kalau guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
Kalau simpan dalam freezer, letakkan dalam bekas yang kecik (portion untuk sekali masak).
Kredit gambar & resipi sepenuhnya : Chef Sue M. Arukin
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
Ikan talang kering masak asam pun boleh. Kalau selalu dibuat gulai atau dimasak sambal cuba pula masak cara ini.
Lauk ringkas sebegini memang sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan tanpa perlu banyak lauk, memang cukup kena dengan selera jika teringin hidangan simple.
Ikan talang kering masak asam
Bahan-bahan
Ikan talang kering – dipotong kecil dan direndam sekejap untuk kurang masin
4 ulas bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih- dihiris
20 tangkai cili padi
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Rendam ikan talang kering dalam air sekejap supaya rasa masinnya berkurang. Kemudian cuci bersih.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan talang sekejap hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam minyak lebihan gorengan ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan cili padi dan air asam jawa, kacau rata.
5. Masukkan ikan talang goreng tadi, kacau dan biar mendidih sekejap supaya semua bahan sebati.
Siap untuk dihidang!
TIP
Rendam ikan talang kering supaya rasa masin berkurangan dan tak terlalu kuat bila dimasak.
Tidak perlu tambah garam kerana ikan talang sudah masin.
Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi ikut selera.
Tambah sedikit hirisan halia jika suka
Lauk ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman segar.