Sambal Belado Bilis Kentang & Terung, Lauk Simple Tapi Sedap. Sepinggan Nasi Confirm Tak Cukup!

Share

Sambal belado bilis kentang dan terung lauk simple dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Bila makan lauk macam ni tak cukup sepinggan nasi mesti bertambah.

Masakan belado begini boleh juga ditambah dengan bahan-bahan lain seperti tempe. Goreng semua bahan dan kacau sebati dengan bahan yang dikisar, rasa dia memang paling legend.

Kalau dah jemu makan lauk bersantan dan juga berlemak, boleh jadikan menu ini idea untuk hidangan keluarga. Berebut semua nak makan.

Sambal belado bilis kentang & terung

Bahan-bahan:

Ikan bilis

Kentang (potong dadu)

Terung (potong memanjang)

Tempe

(semua bahan goreng tak perlu letak kunyit)

Bawang putih

Bawang merah

Cili api merah

Cili besar

Belacan

Bahan (kisar kasar)

Bawang holand ( hiris besar

Garam

Gula

Cara Memasak:

  1. Goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe secara berasingan dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar kasar sampai garing.
  3. Masuk garam, gula, dan bawang Holland
  4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang sedap!

Kredit resipi dan foto: Siti Nornaim Keng

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin