Resipi ni memang win. Siapa yang boleh tolak kalau terhidang dihadapan mata udang besar begini. Dengan bahan-bahan yang ringkas ini, anda boleh tambat hati suami dan anak-anak.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
  • 200gm bawang merah | dikisar
  • 50gm bawang putih | dikisar
  • 200gm cili merah |dikisar
  • 200gm cili kering | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 biji bawang besar | dihiris bulat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan: 12 orang.
Jenis hidangan: Lauk pauk.
Waktu memasak: 30 jam.
Cara masak: Goreng dan tumis .
Keistimewaan:Gabungan rasa pedas dan manis udang sangat memukau rasa.
Anggaran kos:RM50.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI