Sambal Bilis Bunga Kantan Petai. Buat Makan Nasi Bertambah-Tambah

Share

Sambal bilis bunga kantan petai. Buat makan nasi bertambah-tambah. Lauk simple tapi ‘berbahaya’ orang kata. Sebabnya, boleh buat kita tak berhenti makan. Betul tak?

Aroma bunga kantan yang wangi ditambah pula dengan petai, memang membuka selera sesiapa saja untuk menikmari sambal ini. Kalau beli, harganya mahal juga. Buat sendiri lagi puas hati dan lebih rendah bajetnya. Selain itu, boleh simpan dan boleh tahan sampai seminggu.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Sally Mally

ini ye.

Sambal Bilis Bunga Kantan Petai

Bahan-bahan:

Ikan bilis (goreng terlebih dahulu) – boleh beli online di sini

Bunga kantan (racik halus)

Petai (buang kulit)

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Ajinomoto (jika perlu) – boleh beli online di sini

Asam jawa – boleh beli online di sini

Sedikit air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Kisar Kasar:

Bawang besar

Bawang putih  – boleh beli online di sini

Lada kecil/cili padi (letak lebih supaya lebih umphh)  – boleh beli online di sini

Cara Memasak Sambal Bilis Bunga Kantan Petai:

Panaskan minyak, Tumis bahan yang telah dikisar kasar tadi hingga pecah minyak.. Tambah sedikit air. Pstikan ia pecah minyak supaya hilang bau maung daripada bahan-bahan tumis tersebut.

Kemudian masukkn bahan perasa garam, gula dan ajinomoto. Masukkn bunga kantan dan sedikit asam jawa. Gaul sebati. Akhir sekali masukakn petai  dan masak lagi sekitar dua minit dan tutup api.

Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi supaya kekal rangup.

Dh siap!! Boleh makan dengan nasi putih dan telur mata. Bila sambal dh sejuk masukkan dlm bekas kedap udara. Insya-Allah boleh tahan seminggu.

**Sukatan ini tak ada sukatan khusus. Semua agak-agak ikut ikut suka hati.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa