Sambal Bilis Garingmemang jadi kegemaran ramai. Dimasak pula dengan sambal pekat begini, lagilah menambah selera. Menurut empunya resipi, saudari Mariana Zainal, sambal ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan boleh menjadi lauk ‘penyelamat’ dikala tidak sempat memasak lauk pauk yang lain. Makan dengan nasi sahaja dah cukup. Ia juga sesuai dibawa semasa mengembara, sebagai bekalan anak-anak di asrama dan bermacam-macam lagi. Nampak sedap kan? Makan dengan Nasi Lemak pun sesuai ni. Jom cuba!
BAHAN KISAR: 40 tangkai cili kering – beli online disini 3 biji bawang besar – beli online disini 10 ulas bawang putih – beli online disini 3 sudu besar ikan bilis yang sudah dikopek 1 1/2 cawan minyak masak (boleh lebihkan. Nanti siap masak, boleh ceduk buang lebihan minyak)
CARA MEMASAK: 1.Ikan bilis digoreng sampai garing kemudian toskan. Biarkan sejuk. 2. Masukkan bahan kisar dan asam keping ke dalam kuali. Masak guna api sederhana. 3. Bila sambal sudah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna, masukkan gula, garam dan bahan perasa. 4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Tutup api. Biarkan sambal betul-betul sejuk.
5. Bila sambal sudah sejuk, boleh masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi. 6. Cedok @ buang lebihan minyak. 7. Boleh simpan Sambal Bilis Garing Sambal Pekat dalam bekas bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Siapa pernah makan Kuih Getas masa kecil-kecil dulu? Kuih orang lama-lama ini sampai sekarang masih ada pengikut setianya. Selalunya nenek-nenek dan juga mak-mak kita yang suka masa Kuih Getas ini. Selain mudah nak buat, Kuih Getas ini cepat hendak dimasak. Jom kita cuba buat Kuih Getas ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Fiqa Syafiqa
RESIPI KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN:
1 peket tepung pulut –BELI ONLINE 1 biji kelapa parut putih Sedikit garam –BELI ONLINE 1 cawan air (secukupnya menjadi doh) Minyak untuk menggoreng –BELI ONLINE
BAHAN-BAHAN SIRA:
1 cawan gula 1/2 cawan air panas 1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan hingga menjadi doh. Boleh bentuk-bentukkan jadi panjang dan leper.
2. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan sedikit, kemudian angkat. Ketepikan.
3. Masukkan bahan-bahan untuk membuat sira di dalam kuali yang telah dpanaskan. Masak sehingga likat.
4. Masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Kacau hingga gula menjadi kering. Siap untuk dihidangkan.
Selain dimasak kari, ikan tenggiri memang enak dimasak kicap begini. Tekstur isinya yang padat serta lembut digandingkan bersama kuah kicap pedas berperisa, menjadikan hidangan ini begitu enak sekali.
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan tenggiri | perap bersama garam dan serbuk kunyit
1 biji bawang besar | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
1 biji bawang besar | dimayang
2 sudu makan kicap pekat
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
1 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Goreng ikan yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
Kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Masukkan asam gelugur, gula dan juga garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng dan juga bawang besar yang telah dimayang. Masak sehingga kuah agak pekat.
Sedapnya Cinnamon Roll ni. Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli. Tapi menerusi resepi perkongsian saudari Shida Ambok ni, puan-puan boleh buat sendiri. Lebih istimewa lagi resepi Cinnamon Roll ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer atau uli tepung pun. Hanya guna 4 bahan sahaja. Hasilnya? Tentulah gebu dan sangat sedap. Memang berbaloi cuba buat untuk keluarga tercinta.
RESEPI & CARA BUAT CINNAMON ROLL YANG SANGAT MUDAH & SEDAP