Bila dah jemu merendang mula mencari hidangan yang mudah dan sedap untuk dimakan ketika sahur (puasa enam) ni. Klau tak sihat pun sesuai di makan sebagai penambah selera. Jom cuba!
Ads
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan bilis dibasuh dan ditoskan air (guna ikan bilis kecil. Kalau nak guna yg besar boleh, blend kering (jgn blend halus, blend kasar kasar)
3 paket cili flakes (cili flakes ya, bukan cili powder. Yg mcm kita dapat bila beli pizza domino tu. Kat pasaraya ada jual, jenama Meriah. Kalau xde, just sangai kering/bakar kejap lada kering, then blend kering, tapi kasar2).
Minyak masak secukupnya
Gula perang secukup rasa (faa guna dalam 1 sudu setengah)
Serbuk limau nipis knorr secukup rasa(kalau xde, guna pes asam jawa/asam keping/cuka)
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu kicap manis
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan 1/2 kg minyak. Guna api sederhana. Goreng ikan bilis sampai garing. Kacau selalu. Jangam sampai hangit. Jangan xmasak. Betul2 garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak. Goreng sampai habis.
Sambil goreng ikan bilis, dalam kuali lain, masukkan 1 cawan minyak masak. Guna api kecil. Masukkan cili flakes,gula perang, serbuk limau nipis, kiub ikan bilis & kicap manis. Kacau rata sampai nampak dah garing terus tutup api. Jangan sampai hangit. Biarkan betul-betul sejuk.
Gaul rata dua benda ni dan masukkn ke dalam balang. Pastikan betul sejuk baru tutup.
Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain dan mengolahnya mengikut kesesuaian selera sendiri atau tempatan.
Untuk itu, Chef Mohd Faizal dari Sime Darby Convention Centre, SDCC, berkongsi enam menu olahan seafood beberapa negara jiran dan barat yang disesuaikan dengan selera kita orang Malaysia.
KARI PEKAT UDANG GALAH BAHAN-BAHAN:
500gm udang galah
5 sudu makan serbuk kari |bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh halba
3 sudu makan pes cili kisar
3 biji kentang
1 cawan susu cair
1/2cawan yogurt
1 tangkai daun kari |lurut dari tangkai
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis halba dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau rata.
Apabila agak kering masukkan pes cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
Masukkan air asam jawa, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, masukkan santan, biarkan mendidih.
Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Udang sedia dihidangkan.
LALA MASAK SAMBAL HIJAU BAHAN-BAHAN:
500gm lala |bersih dan toskan
1 biji bawang Holland
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
15 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang Holland, setelah bawang layu masukkan lala.
Kacau rata rata 3-4 minit atau hingga cengkerang lala bertukar warna.
Tutup api dan Sambal Hijau Lala sedia dihidangkan.
KUPANG MASAK TOMATO BERKEJU BAHAN-BAHAN:
1kg kupang | bersih dan tos
80gm bawang merah | hiris
50gm bawang putih | dihiris
200gm batang saderi |hiris
200gm lobak merah | potong dadu
500gm sos tomato pronto
1 biji lemon
30gm minyak zaitun
20gm keju parmesan
5gm daun parsli Inggris
100 gm buah zaitun hitam
10gm jeruk kaper
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bakar bawang putih dalam ketuhr dengan suhu 150 C sehingga garing dan lembut.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang merah, saderi dan lobak merah.
3. Kemudian masuk bawang putih yang dibakar tadi.
4. Tambahkan ke dalamnya sos tomato pronto dan kacau selama 5 minit.
5. Perasakan dengan garam dengan lada hitam secukupnya.
6. Masukkan kupang, gaul rata hingga kupang terbuka sepenuhnya.
7. Perahkan lemon di dalamnya, kemudian masukkan buah zaitun, sayur kaper dan taburkan keju parmesan di atasnya.
8. Tutup api, kupang sedia dihidangkan.
SALAD KULIT TEMBIKAI BERSAMA SOTONG BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan dan tos
200gm kulit putih bahagian dalam kulit tembikai
1 biji bawang holland | hiris
5 biji cili padi | hiris
1 biji lemon | ambil jus
1 sudu makan minyak zaitun
Sedikit belacan | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dihiris, kemudian celur sekejap dan toskan airnya.
Kulit tembikai dihiris halus memanjang.
Kisar kasar cili padi dengan belacan, sedikit garam dan gula hingga sebati.
Masukkan kulit tembikai, sotong dan hirisan bawang besar ke dalam mangkuk.
Tambahkan minyak zaitun, bahan bumbu yang dikisar tadi ke dalamnya.
Perahkan jus lemon, gaul hingga rata dan cukup rasa.
Setelah cukup rasa, salad sedia dihidangkan.
KERABU KERANG DENGAN PERIA BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang | bersihkan dan rebus seketika
5 biji peria katak | hiris nipis
1 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan pekat
1 biji lemon| ambil jus sahaja
2 biji bawang Holland | hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3 biji cili merah
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Kopek kerang kemudian tos dan ketepikan.
Celur peria sekejap dalam air panas.
Masukkan peria dalam mangkuk bersama kerang, santan, kerisik, bahan kisar.
Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus perahan limau Kasturi.
Siapa je yang tak suka makan sambal tempe. Lebih-lebih lagi bila ada petai. Memang sangkut habis bila makan nasi. Padu sangat!
Melihatkan pada resipi perkongsian daripada Siti Zubaidah Hassan, cara nak sediakan sambal tempe ini nampak mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Apa menu hari merdeka ni yang boleh membangkitkan nostalgia menu dulu-dulu? Hari saja nak share satu resipi berkaitan dengan petai yang menjadi ulam paling disukai ramai dari dulu sampai sekarang, iaitu Sambal Telur Puyuh Petai. Rugi kalau korang tak cuba, mudah dan sedap, berbaloi buat.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.